Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 11 Mei 2012

ZOMBIJAYA - Adib Zaini


ZOMBIJAYA - sebuah novel yang lain dari yang lain. Aku beli novel ni kat Pesta Buku Antarabangsa KL 6 Mei lepas. Tanpa membaca sinopsis aku terus grab 4 novel FIXI terus dan dapat free 1 buku. Buku free tu aku kasi kat kawan aku sebab aku dah ada hehehe... sharing is caring kan?

Aku takkan ulas sinopsis atau menceritakan semula jalan cerita novel ni. Kalau korang nak tahu korang kena beli dan baca sendiri. Untuk mereka yang selalu menjamah 'makanan yang sama' sebelum ini, dan ingin menjamah 'makanan dari citarasa yang lain'. Maybe novel ini boleh dijadikan salah satu bahan bacaan korang.

Manalah tahu anda juga sama macam saya. Sedikit muak dengan jalan cerita cinta, romantik manja, kahwin paksa, mula2 gaduh akhirnya jatuh cinta, perebutan harta dan sebagai. *walaupun aku sendiri menulis ceritera sedemikian*. Novel ini mungkin boleh dijadikan satu bahan untuk 'mengembangkan' atau mencambahkan satu lagi ranting fikiran anda.

Jika selalu anda membaca kisah yang terlalu sempurna. Kisah tentang wanita tabah, lelaki tabah dan keluarga tabah. Tapi Zombijaya mengisahkan ceritera sisi kehidupan yang kita tak pernah terfikir dan tahu tentang kewujudan golongan ini di dalam novel-novel sedia ada. Kalau kisah wanita GRO, wanita muslimah, lelaki kaya kacak bergaya dan sebagainya. Zombijaya mengisahkan watak yang bertentangan dari watak-watak novel yang sedia meletop-letop di pasaran. Yang kita tak pernah tahu bagaimana kehidupan mereka sebenar.

Membaca Zombijaya anda perlu fokus. Lagipun taklah tebal mana. Tapi jalan cerita yang melompat-lompat membuatkan anda perlu ingat plot-plot yang terdahulu selain banyak watak yang muncul. Watak yang banyak tu pun anda perlu ingat. Sila-silap anda boleh keliru dengan watak Kamarul dan Aliff. Mana satu tunangan Sofea. Siapa Nora? Sebab watak tambahan di dalam novel ini agak banyak.

Aku sendiri kekadang ingat-ingat lupa siapa yang mula-mula jadi zombi, kalau tak silap Aliff kut, selepas di gigit anjing terus keinginannya untuk meratah daging segar meningkat. Lepas tu dia gigit seorang Wakil Rakyat ni. Lepas tu aku dah lose... apa jadi dengan watak wakil rakyat tu. Terus masuk kisah Nipis sampailah habis. Semua watak utama mati di geget zombi.

Bila dah masuk bab zombi semakin menganas seluruh KL aku dapat rasa yang KL dah tak selamat. Ingat yer... ni bukan bovel seram. Dia ala-ala Zombi Kampung Pisang gak. Banyak jugak plot lucu. Watak yang lucu adalah watak Nipis yang nama penuhnya Ramadan. Tak ke lari jauh konsep nama dia tu?

Novel ni more to sikap setiakawan, kerja sama, tolak ansur dan... kesetiaan. Cinta 0.8% je. Khabarnya novel ni akan ke layar perak. Watak Nipis akan di bawa oleh Zizan Razak dan watak Nora akan dibawa oleh Siti Saleha. Penggambaran dah siap katanya. Tinggal lagi, tunggu Q untuk di tanyangan di panggung ajelah... Rasanya Q untuk tahun ni dah penuh kena sumbat dengan filem Devid Teo rasanya... hehehehe... kenalah tunggu next year lalalala...

Ada beberapa perkataan sensor dalam novel ni yang pada aku kalau xde pun tak apa sebenarnya. Dia macam nak buat hilangkan kebosanan pembaca duk baca ayat skema aje Tapi tak belebihan sgtlah seperti novel CEKIK yang agak sensor dari segi jalan cerita dan perkataannya. Endingnya suspens... itu ajela yang boleh aku katakan. So, kepada mereka nak cari bahan bacaan yang berlainan sedikit mungkin Zombijaya boleh dijadikan salah satu pilihan yang ada.


ZIZAN RAZAK akan pegang watak NIPIS. Dalam novel Nipis berambut afro... mcm tak sama pulak. Hehehe...

SITI SALEHA akan pegang watak NORA. Yang mati akibat gigitan zombi. Sofea, kawan dia sendiri bunuh zombi dia.

Mantap