Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 15 Jun 2012

3 Situasi 3 Persepsi

BACA tajuk mesti orang ingat ni cerpen atau tajuk novel baru. Sebenarnya tak. Malam ni tetiba macam takde mood nak berkarya. Dari pagi tadi duk melayan movie jek, cari inspirasi kut. Hahaha... So, posting kali ni aku cuba nak mengulas tentang pendapat aku dari sisi fikirkan aku sendiri mengenai tiga situasi yang bakal dipaparkan. Aku harap tak ada yang nak kecik hati atau terasa. Ini sekadar pendapat aku sahaja. Ada 3 situasi yang biasa kita pandang tapi, persepsinya pasti berbeza. Jom kita mulakan.

Cuba anda tengok 3 gambar di bawah mewakili situasi 1 sehingga 3.


So, dah tengok? Pasti tercetus 3 persepsi berbeza-beza mengenai 3 gambar berbeza mewakili situasinya sendiri, kan? Sengaja aku susun gambar tu cengitu. Supaya otak korang boleh terima 'beban' dari yang ringan sampaikanlah yang berat. Sekali lagi diingatkan, apa yang bakal aku uraikan di posting ini *mungkin ramai yang tak suka baca panjang2* adalah pendapat aku sahaja. Tak ada kene mengene dengan yang hidup atau yang mati.

SITUASI 1
  • Cecuba tengok balik gambar situasi di atas . Bila seorang lelaki dan perempuan berjalan pegang tangan. Berpeluk sakan dan ada yang meraba-raba antara satu sama lain. Dah menjadi satu pemandangan bisa *Terkecuali untuk yang dah kahwin*. Kemesraan dia orang melebihkan orang yang dah kahwin. Orang tetap pandang biasa dengan keadaan itu walaupun hasilnya (pembuang bayi) sudah melata di akhbar-akhbar sedia ada. Betul tak?

SITUASI 2
  • Sila lihat balik gambar tengah di atas. Situasi ni pun boleh di anggap biasa. Kalau tetiba ternampak dua orang wanita saling berpelukan, melintas jalan saling pengang tangan, sorang duduk sorang baring kat riba, yang cium pipi di khalayak pun ada. Situasi itu juga orang anggap biasa. Alasan: 'Kaum perempuan kan kaum yang lemah. So, tak heranlah kalau mereka saling berpaut antara satu sama lain. Selain tu melambangkan kesetiakawanan mereka terlalu kuat dan melambangkan mereka golongan yang manja'. Okey,  jawapan macam tu boleh diterima. Kalau kita terpandang tomboy atau pengkit peluk-peluk perempuan pun, masyarakat masih boleh terima ia sesuatu yang biasa dan tak pelik. Tul tak? Cuma ada segelintir sahaja akan berfikirkan negatif.

SITUASI 3
  • Cecuba tengok balik gambar terakhir di atas. Sekali pandang aje, kita akan terus berkata: "Yark! Gelinya!!! Kenapa lelaki berdua tu macam tu?" sambil mengelitikan diri dan menjuihkan bibir. Alasan: 'Lelaki adalah ketua dalam keluarga, Ketua segala-galanya. Kenalah kuat. Kalau jalan pegang-pegang tangan, manja-manaja dengan kaum sejenis mereka sendiri dan mesra terlebih *kalau bercium semua terlentang agaknya*, mesra antara kaumnya sendiri, melambangan lelaki tu lemah dan macam mat Bangla. Sebab bangla2 je jalan pegang tangan.'. Bagi aku alasan ni sukar untuk diterima. Bila lelaki mesra dengan lelaki jek, terus diCOP GAY. Kenapa ek? Kenapa kat situasi kedua tu tak ada yang cop mereka LESBIAN? Apa yang pasti situasi ketiga itu lebih 80% akan fikir negatif. Selebihnya confuse dan biasa. Seolah lelaki tiada hak untuk mempunya kawan baik sebaik-baiknya.


Jadi, secara ringkasnya. Persepsi pertama yang melintas di kepala kita masa masa melihat gambar dan situasi di atas kebayakannya adalah seperti berikut.


SITUSAI 1
Biasalah tu. Pasangan bercinta...

SITUASI 2
Biasalah tu, sahabat baik memang macam tu.

SITUASI 3
Ee.... gay. Gelinya aku.

Dari ringkasan di atas, aku dapat buat analisa, yang situasi 3 lebih banyak mengundang persepsi negetif berbanding situasi 1 dan 2.

Sejujurnya ini pula persepsi aku bila melihat ketiga-tiga gambar dan situasi di atas.

Situasi 1 ~ Biasa dah. Kekadang meluat pun ada sebab over mesra.

Situasi 2 ~ Perlu ke nak tunjuk kemesraan kat semua orang?

Situasi 3 ~ Perlu ke nak tunjuk kemesraan kat semua orang?

Di atas ni just pendapat aku aje.. Agaknya apa plak persepsi peratama korang?



Situasi 1
Biasalah tu. Pasangan bercinta.
Pelik bagi saya.
Create your own poll


Situasi 2
Biasalah tu. Pasangan bercinta.
Pelik bagi saya.
Lesbian kut...
Create your own poll


Situasi 3
Biasalah tu. Pasangan bercinta.
Pelik bagi saya.
Gay ! Geli aku!
Create your own poll


Mantap