Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 14 Jun 2012

Kenapa LELAKI minat BOLA SEPAK?


WAHHH! Tetiba wat posting pasal bola sepak.. cane? Kelas tak? Ni semua gara-gara EURO 2012 ni keh. Hehehe... dikala aku tengah layan bola Germany Layan Nedtherland (kalau salah ejaan sorry keh hahaha). Yeah! Gomez jaringkan gol!!! Tetiba*. Okeh kali ni aku nak buat pasal KENAPA LELAKI MINTA BOLA SEPAK. Tapi tak semua lelaki tau? Aku tak minat bolak? *Berfikir jap lalaalala*.



Anda kaum wanita, pernahkah anda tertanya-tanya, kenapa lelaki minat gila bola?Ada juga kaum perempuan yang minat jugak bola, tapi ikut musim, agak-agak Manchester United nak menang liga, time tu diorg sokong. Ada yang ikot boyfriend diorg. Kalau boyfriend diorang sokong Kelantan, maka Red Warriors arr, kalau UiTM FC, UiTM FC lah dia sokong. Ada yang tak minat, tapi takdalah sampai protest kawan@bf diorang minat bola. Ada juga yang radikal. Maknanya kalau lelaki cerita pasal bola, atau sebut tentang isu bola, maka dia mulalah mengeluarkan statement yang agak bernanah telinga kalau didengar.

"korang main bola, macam sperma kejar ovum tau." 

"Main bola ni macam orang bengap. Kejar 1 benda. Ramai-ramai pulak tu." 

Jadi, untuk merungkai masalah pemikiran anda.Aku senaraikan kenapa. Jangan salah faham, bukan semua lelaki minat bola sepak. Setiap orang ada minat mereka tersendiri. Tetapi, bola sepak cukup sinonim dengan lelaki bukan? jadi sempena musim Euro ni, maka entry ini dicipta.

1. Bola sepak itukan sukan? jadi dalam Islam juga umatnya digalakkan bersukan supaya sihat badan dan cergas dalam melakukan amal ibadat dalam hidup asalkan ia tidak melanggar hukum syarak. Pergh..berdakwah pula di situ. Jadi, mereka memilih bola sepak itu sebagai aktiviti harian mereka. Atau lebih senang, Futsal yang amat popular di tanah air kita.

"Habis tu, sukan lain takda pula kau minat? basikal? pegi gym? jogging?"

ha..itu ibarat meningkatkan fitness bagi kaum lelaki. Yela, nak lari satu padang masa main bola, fitness kena tinggi. So, kenalah jogging? faham? apa yang aku nak terang dalam point ini ialah, bola sepak is main sports for them.Oklah, nanti aku terangkan lagi kenapa.

Nota kaki: Kekadang ada tu, dah penat main di padang, balik rumah dah tak boleh nak buat apa-apa. terus berehat. Solat entah ke mana. Ada juga yang sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana nak main bola. Sanggup solat Isyak lepas main futsal. Balik dah penat terus tidur. So, kena pandai jaga masa. (tak semua lelakilah)


2. Kaum lelaki juga berimaginasi. I mean, bukan imaginasi pasal perempuan. Macam kalian wanita juga. Anda inginkan Hana Tajima itu dalam diri anda. Anda pun gulung tudung macam-macam stail. Begitu juga lelaki. Mereka minat bola sepak,kelab,pasukan dan pemainnya. Mereka menjadikan pemain itu idola. Jadi, imaginasi di sini ialah, kaum lelaki bila bermain bola sepak@futsal, mereka ni seperti dirasuk semangat Lionel Messi yang membenam Man Utd sebelum ni.Opss.Semangat Sergio Ramos yang menjulang piala sampai kena lenyek dengan bas. Jadi, kami ibarat berangan-angan. Jika anda ada Kim Kardashian, mereka ada Didier Drogba. Kalau ada ada Nora Elena, mereka ada Fernando Torres.


3. Bola sepak itu seni. Kenapa seni? anda memerlukan critical thinking semasa permainan. Anda memerlukan skill yang tinggi supaya pasukan anda dan anda akan poyo dikemudian hari. Tahukah anda, Bola sepak mencabar hukum fizik? sepakan curl itu bukan mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan latihan yang kerap dan minat yang mendalam. Jadi bola sepak itu seni. Sila tengok gol Roberto Carlos di bawah ini. Ia amat hebat.









4. Bola sepak itu menyatukan umat sejagat. Tak percaya? tahukah anda, semasa Togo ke piala dunia 2006 di Jerman, perang saudara di negara itu terhenti kerana ingin menonton Piala Dunia. See, there a path of peace between the war.haha. Jadi kaum lelaki begitu juga. Contohnya, Seorang peminat Arsenal yang selalu berkumpul dengan kelab Arsenal Malaysia.Ketika itu,Arsenal menang menentang Barcelona. Semasa Arshavin gol, yang tak kenal pun boleh peluk dan cium2 sebab sokong team yang sama. Pulak siap nak julang dan lambung2 gitu.

5. Of course arr dengan bola, kaum lelaki mahu memikat wanita . HAHA. Ala..bukan ke kebanyakkan wanita suka tengok lelaki main bola berpeluh? seksi katanya. Toksah tipulah..jadi kaum lelaki menjadikan bola sepak ini sebagai platform untuk mereka menonjolkan kehebatan mereka didepan anda.Dengan harapan, mereka boleh kahwin dengan model kaki panjang.LOL.

Jadi, ini baru sikit, Ada banyak lagi sebab. malas aku nak cite panjang. Jadi aku meminjam cogan kata Coca-cola semasa WC98. Makan Bola, Tidur Bola, Hidup bola.haha.memandai je aku. - majulah sukan untuk negara

Credit to: Firestarter



Mantap