Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 31 Julai 2012

Novelis Bujang & Karya 'Suami Isteri'

APAKAH maksud di sebalik tajuk posting aku kali ini? Jeng jeng jeng... agak-agak kontroversi tak? Entahlah, aku pun tak sure. Tapi aku ingatkan apa yang terkandung di dalam posting kali ini adalah apa yang aku fikir dari sudut pandangan aku. Jadi, mungkin tiada sesiapa yang berhak mencanggah/menghentam/menghina/mencaci isi posting kali ini. Ini just pendapat sahaja. Tapi kalau anda ingin berkongsi pendapat korang, amat-amatlah dialu-alukan kerana... manalah tahu, sudut pandangan dan pemikiran kita bercanggah. Boleh saling bertukar pandangan dan buah fikiran, betul tak?

Novelis Bujang dan Karya 'Suami Isteri'. Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan dari tajuk itu? Sebenarnya, ada juga yang  pernah membayangkan aku ni seorang penulis yang berwajah seperti berikut:


Ada juga yang menyangka HASRUDI JAWAWI adalah seseorang yang sudah...


Begitulah tanggapan segelintir pembaca mengenai HASRUDI JAWAWI melalui karya-karya seram, Islami dan cinta aku. Aku tak pernah salahkan mereka atas tanggapan dan banyangan mereka. Yalah, kat dalam novel aku ada yang tak papar gambar aku. Hanya beberapa buah karya aku sahaja yang ada showoff gambar aku. Peminat karya seram aku, ada yang menganggap aku ni seorang lelaki tua yang berjanggut bagai. Bila tahu tentang akaun Facebook aku, dan tengok rupaku yang sebenar, mereka agak terkejut juga.

Berbeda dengan pengemar karya aku yang lebih kepada tema cinta. Semua menganggap aku ni seorang lelaki yang sudah berkahwin dan punya anak. Bila mereka tahu status sebenar aku yang masih bujang terang tang tang, ada juga yang terkejut. Ini kerana, novel cintaku ada mengisahkan kisah alam rumah tangga.

Persoalan yang sering timbul di dalam fikirkan segelintir pembaca.

"Macam mana seorang penulis muda yang belum berkahwin dapat mengolah sebuah karya bertemakan kehidupan berumah tangga (suami isteri) dengan begitu baik, penuh emosi dan nampak real sekali?"

Sejujurnya aku juga pernah diajukan dengan soalan sedemikian. Kali pertama aku diajukan dengan soalan sedemikian aku juga tergamam, terdiam, terjeda tidak tahu untuk menjawab apa. Berhari-hari jugaklah aku memikirkan jawapan yang tepat untuk soalan itu. Sehinggalah sampai satu saat aku dapat jawapannya. Jawapan dari sudut pandangan aku adalah... daya...

Imaginasi


Cuba korang tengok gambar di atas. Mungkin kalau kita sekadar tengok, kita akan cakap: 

"Ala... setakat gambar macam ni, adik aku yang baru masuk taska pun boleh lukis"

Tapi, dari sudut pandangan manusia yang mempunyai daya imaginasi yang keriatif pasti memiliki tanggapan berbeza mengenai gambar di atas dan tahu nilai imaginasi yang cuba diluahkan melalui gambar di atas.

Samalah halnya, seperti penulis ni. Kadang kala, imaginasi mereka boleh melampaui batas dirinya sendiri. Lalu diluahkan melalui perkataan, cerita dan kisah yang dipelbagaikan. Cuma terserah kepada penulis itu sendiri untuk memilih tema yang diinginkan dan dia senang dengan jalan cerita yang cuba dikisahkan.

Imaginasi ni sebenarnya merangkumi penglihatan fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain tubuh kita. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya. Hal ni terjadi kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan memiliki ragam kemampuan yang begitu hebat. Diantaranya ialah.... daya imaginasi. Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau fitrah (anugerah Tuhan) berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa. Sebuah dunia imaginasi, tidak berkompromi dengan kata-kata...

Ketika bahasa (kata-kata atau verbal) menguasai mata fikiran, salah satu kesan yang akan kita tanggung adalah kita hanya mampu 'melihat' sebahagian kecil apa yang terlintas di depan mata kita. Sehinggakan ketika kita melihat, mendengar, merasakan dan mencium... apa yang kita fikirkan adalah sekadar memenuhi perintah otak tanpa sensasi yang sebenar. Sebab tu ada penulis yang masih bujang dapat merungkai kisah kehidupan suami isteri dengan begitu baik sekali kerana daya imaginasi mereka cukup tinggi.

Ketika kita mengolah imaginasi dan visualisasi di mata fikiran kita, kita menggunakan bahagian-bahagian otak non-verbal. Akan tetapi, ketika kita berbicara atau berfikir dengan kata-kata, boleh dikatakan bahwa kita telah merampas kekuatan mata fikiran kita tu.

Para ahli saraf telah menemukan cara kerja mata fikiran di dalam otak dan menentukan bahagian belahan mana yang berfungsi ketika berlakunya aktiviti fikiran dan ingatan. Penelitian tersebut mengungkap bahwa belahan otak kanan hanya dapat '"melihat" sesuatu tetapi tidak dapat 'mengatakannya'. Contohnya :

Kita mungkin mahir dalam memvisualisasikan warna rumah kita, tetapi kita buruk dalam menyatakan fikiran kita dalam bahasa verbal tentang apakah sofa yang ada di salah satu sudut ruangan itu benar-benar sudah sesuai untuk diletakkan disana..

"Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati mimpi, melakukan hipnotis dan mengolah kreativiti berfikir." - Ian Robertson, pakar neuropsikologi.

Latihlah berimaginasi walau dimana kita berada. Kita dapat bervisualisasi dengan lebih baik, dari saat kita berada di klinik gigi hatta terjebak di dalam kesesakkan lalu-lintas sekali pun.. 

Jadi, janganlah nak kata penulis tu syok sendiri, kuat berangan dan suka fikir hal-hal yang 'nakal' bila mereka buat jalan cerita sebegitu. Semua itu adalah hak milik setiap manusia. Mustahil seorang manusia yang sempurna begitu lurus fikirannya. Terkadang terjebak juga dalam imaganasi 'nakal' yang tercipta dalam fikiran kita pada sesuatu ketika. Cuma ikut jugaklah kehendak penulis itu sendiri sama ada ingin diolah ke dalam karyanya atau sekadar menyimpan imaginasi yang tidak sepatutnya tu sebagai koleksi peribadi. Wahhh... dah macam simpan gambar dan rakaman video untuk simpanan pribadi pulak. Retis sangat!

Sebab itu, tidak semua manusia yang punya kelebihan imaginasi yang baik dan serentak dengan kelebihan mencurah imaginasi ke dalam bentuk huruf, ayat, perenggan, plot, bab dan cerita. Ya, memang ada yang boleh beimaginasi lebih baik dari penulis. Boleh becerita dengan begitu hebat imaginasinya dengan suara. Tapi, bila disuruh mencurahnya melalui perkataan dan ayat, dia tidak mampu lakukan.

Jadi, tidak mustahil seseorang penulis bujang itu yang belum pernah mengalami/lalui alam rumah tangga bisa menghasilkan sebuah karya alam rumah tangga dengan begitu baik sekali. Kerana, setiap manusia mempunyai daya imaginasi yang cukup tinggi dengan disokong dari bahan-bahan dari media massa, filem, drama, bahan bacaan dan lain-lain. Cuma cara seseorang itu meluahkan daya imaginasi mereka sahaja yang berbeda-beda. Ada yang diluahkan melalui lukisan, lagu, video, arca, gambar, dan lain-lain. Tapi, sebagai novelis, sudah pasti kami akan curahkan daya imaginasi kami melalui novel. Kan???

Tapi rasanya, jalan cerita mengenai alam rumah tangga dalam karya-karya aku semuanya pernah diperkisahkan di drama dan filem. Maksud aku dari segi cara sentuhan dan perbuatan watak. Tapi, untuk novel yang berjalan ceritakan (ayat apa nih? hehehe) kisah alam rumah tangga yang melibatkan sentuhan dan perbuatan di dalam kelambu, di atas katil, itu aku tak mampu dan tak nak komen. Sila tanyakan kepada penulis novel itu sendiri andai dia masih bujang. Buat masa ni, belum ada novel2ku yang mengisahkan hal di 'ranjang'. Sejujurnya walaupun imaginasi aku terkadang 'mampu' memikirkan akan hal itu, tapi aku tidak akan sesekali curahkan dalam novel-novelku. Aku tahu batasnya. Sungguh bahaya dan effectnya sangat jangka masa panjang... jika ada pun akan dikisahkan sepintas lalu tanpa diceritakan terlalu detail sehingga satu plot atau perenggan.

Mungkin ada yang masih tak jelas dengan penerangan dari sudut pandangan aku nih, dan mungkin ada yang tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Mungkin ada yang meluat jugak. Mohon maaf dipinta. Apa yang pasti apa yang aku coretkan dalam posting kali ni adalah dari sudut pandangan aku. Kalau ada yang silap, tersalah dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Mohon maaf dipinta...

Salam Ramadan untuk semua!!

Mantap