Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ulasan Filem: 8 JAM





SINOPSIS:
Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak – anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan – rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus – putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco – konco geng tersebut sering menghantui Alang. Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula.


 ULASANKU:

Dah lama aku rasa aku tak ulas filem. Bukan dah pencen tengok filem. Tapi sejak akhir-akhir ni aku ada layan filem MAIL LAMBUNG dan BAIK GILER. Kedua-dua filem lakonan Zizan tu SANGAT MENDUKACITAKAN dan MENGECEWAKAN. Seolah dia orang buat filem tu sekadar nak tangkap muat aje ke panggung. Aduhyai... macam tak ada mesej yang cuba disampaikan. Lepas tu lakonan ZIZAN yang nampak sangat dibuat-buat dan macam dah ketandusan idea nak berlakon menyebabkan aku macam meluat pun ada gak. Mungkin dia nak ikut macam Saiful apek dulu. Berlakon banyak filem, tahun depan boleh rangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Memang dah rezeki dia, tapi sebagai seorang yang popular, kenalah demand sikit bab jalan cerita. Bukan main sapu aje.... cerita mengarut macam tu macam... entahlah... susah nak komen. 

Okeh, sekarang ni aku nak komen mengenai filem 8 Jam ni. Sejujurnya aku tengok filem ni dari minit pertama sehingga habis. Tak forward2 macam filem MAIL LAMBUNG dan BAIK GILER tu. Sebab apa? Sebab aksi di dalam filem ni memag terbaik. Cinta tu dalam 30% jek... tak macam AKU HANYA CINTA KAU SEORANG dan AKU, KAU & DIA yang ala2 tema OMBAK RINDU. Aku tak tengok lagi dua filem cinta jiwang meleleh tu lagi. Tunggu ada mood aku baru nak tengok. Tak pun tunggu Raya nanti sure ada tayangan kat TV kekeke...

8 Jam memang tak mengecewakan di babak2 aksinya. Memang meletop dan gempaklah walaupun sound effect nya standard filem Thailand. Cuma... tetap ada cuma tuh. Sebab mengapa aksi (pergaduahan) itu berlaku macam tak menarik. Disebabkan curik ayam goreng boleh gaduh macam baru lepas meragut orang. Disebabkan mencuri dompet kat train, dia orang berkejar-kejaran dan main pukul2 macam baru lepas merompak bank negara. Tergelak-gelak  jugak  masa aku tengok filem ni. Aku terfikir, nak lari dari dikejar, pencopet (pencuri dompet) tu terpaksa bergaduh, berlari penatnya macam bekerja bercucuk tanam sayur satu ekar tanah. Lebih baik pencuri tu ambik upah cuci pinggan, sama jek. Pasal perempuan diusik pun siap nak bergaduh pukul-pukul dan kejar-kejar dengan parang siap bunuh membunuh dan cedera parah. Aku gelak2 lagi hehehe... aksi dah menarik, tapi sebab berlakunya pergaduhan tu, terlalu remeh dan macam budak-budak gaduh. Mungkin penulis skrip kena fikirkan hal yang lebih ganas gitu... aboi aku ni komen, bukan main lagi. Kalau suruh buat bukannya pandai... sebab aku tak pandailah aku tak buat... bukannya berlagak pandai tapi hasilnya... yang hado...


Tetap ada pengajaran yang boleh diambil. nak tahu apa pengajarannya? Kenalah tengok sendiri hehehe...

Apa-apa pun kalau setakat nak buat hiburan dan debaran kira okeylah filem ni. dari 5 bintang aku kasih 3 bintang... chaiyok! #Tetiba...http://matcuoi.com


Pada anda, best tak filem ni?
TERBAEEEEEK!
Bolehlah
Tak rugi tengaok.
Bosan
Tak tengok pun takpe...
Create your own poll



Mantap