Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 10 Ogos 2012

10 Perkara Yang Mengores Hati Insan Yang Mencintai Kamu Tanpa Kamu Sedar

WAHH! Sejak akhir-akhirnya macam rajin pulak jari jemariku menaip perihal yang melibatkan percintaan. Bukan apa, masa duk buat kajian untuk novel terbaru aku kat Google, terkadang aku terpandang blog-blog cinta atau someone yang menjadikan blog mereka sebagai diari untuk meluahkan perasaan dan dibaca oleh ramai orang. Cara tu ada baik dan buruknya sebenarnya. Kalau anda buat akaun blogger dengan nama dan pic sebenar, memang akan diketahuilah identiti sebenar anda. Kalau anda buat akaun blogger guna nama samaran itu maybe lebih selamat. Kekadang ada eloknya meluahkan perasaan diblog nih. Apa eloknya? Kita akan dapat kata-kata perangsang dari followers atau pembaca setia blog kita. Tapi ingat, tak ketinggalkan yang mengeji. Jadi, kenalah terima baik dan buruknya ok?

So, dalam duk jengah-jengah blog orang ni, aku terpandang pada satu posting yang aku anggap menarik dan terkadang aku mengalami nasib seperti blogger itu sendiri. Cuma aku abaikan perasaan tu sebab aku anggap benda tu kecil. Tapi bila baca ayat dia yang berbunyi macam ni:

"Jgn nak anggap hal kecil dan remeh tu sbg 1 perkara yg kena abaikan sentiasa. Klu korg nk tau, dari hal yg remeh & kecil tu la akan jd bsar klu dikumpul atau dibiarkan lm2. Semua perkara dlm dunia ni berlaku atau terjadi semuanya dr kecil. Xde yg lahir ke dunia, terus dh besar!" ~ (copy & paste)

Bila baca ayat kat atas tu, betul jugak, kan? Semua yang berlaku dalam dunia ni semua dari hal yang kecil sehinggalah ke besar. Manusia, pokok dan binatang, semuanya membesar dari kecil sampai ke besar. Dari sikit, menjadi banyak. Begitulah masaelahnya di sini. Kekadang dari hal kecil ni akan jadi besar. Jadi, aku harap kepada pasangan kekasih tu, selepas baca posting aku kali ini sentiasalah beringat, okey? Hari ni kita buat dia sedih dan tergores, akan datang kita akan dapat balasannya yang berganda-ganda teruknya walaupun kemaafan itu sudah kau raih dari kekasih yang kau sedih dan tergores hatinya tu.



Sejujurnya semasa aku baca perkara-perkara yang disenaraikan dalam blog Si Pencinta itu, buat aku terfikir. Memang hal-hal itu remeh. Tapi, aku membayangkan kalau aku berada di situasi yang disenaraikan sudah pasti aku akan sedih andai si dia aku buat aku begitu. Jom kita geledah apakah perkara-perkara remeh yang mengores hati insan yang mencintai kita tanpa kita sedari tu.


1. Hal ni berkaitan dengan Facebook. Bohonglah kalau pasangan couple tu tak ada akaun Facebook. Kalau yg takde tu aku xtau nak cakap pe. Korang penah x alami kes, bila kite sms lover kita tu, dia lambat giler balas! Kalau x SMS, inbox atau chat kite kat FB kita tu di balas boleh di jangka masanye. Lima belas minit sekali. Kadang-kadang 5 minit sekali. Bila kita tanya, knp reply lbat. Dia bg alasan, ada kerja sikit, atau sbuk bt assignment. Tapi, bila kita tgok FB kita, berderet komen dia yang selang 1-2 minit aje kat status dia atau status kawan-kawan dia. Agak-agak korg skit hati x dpt lover mcm tu? Status kita haram nk di komennya. Klu komen pun satu dua komen je. Tanpa dia sdar dia dah gores hati couple dia. Sedeh... bila dah kantoi dia bagi alasan dia blas komen tu sambil2 aje, sambil buat kerja. Lg skit hati x? Komen2 tu bleh di balas selang 1-2 minit. Inbox atau SMS kita, selang 4-5 minit. Kdg2 kita akn terfikir kita ni x penting ke dlm hdup dia? Kenapa tiada kejujuran dlm bercinta?




2. Yg ni pun sm halnya. Berkaitan dgn FB jugak. Sebenarnya FB ni memberi pengaruh yg amat tinggi klu anda tidak jujur. Pnh x korang chat/inbox2 dgn kekasih anda di FB sbb nak jimat kredit atau on9 by blackberry? Kita chat dgn dia dengan lebih dari 1 org kt FB. Klu kite, wlupun kite chat/PM FB dgn member2 atau kenalan FB kite, bl dia ada inbox/Pm kat FB kite, kite akan balas inbox dia secepatnya. Kite abaikan chat/inbox yg lain sbb nak spen ms dgn dia aje. Tp bila kn pada dia, dia chat/Pm dgn lebih 1 org kat FB, dia boleh utamakan PM/inbox kwn2 dia tu dr kita ni couple dia. Sakit hti x? Agaknya apelah perasaan dia andai dia ada kt tpt kta saat tu?



3.  Msih berkaitan dgn FB. Byak betul effect FB ni pd psgan bercinta tanpa mereka sedar. Kenal dengan button jempol atau 'LIKE' ni tak? Ni pun sm halnya. Apa perasaan anda andai ternampak couple anda like banyak status kawan-kawan dia dan kawan-kawan kita. Sdgkan status kita stu pun tak 'like'. Tergores x hati klu itu jadinya? Rs mcm kite ni tak penting pun bg dia.


4. Mesti rami yg suka chatting kat FB chat, Skype, YM, Google  Maasenger, dan lain-lain kan? Apa korang rase masa chatting tu, dia lbt reply sbb di seronok chat dgn kawan2 dia yg lain dr chat dgn kita. Lgi bgang klu tgh web cam tu, kita punyalah tgok muka dia sbb hppy dpt tgok muka dia. Dia plak npak busy menaip sesuatu. Kita tnya buat apa? dia jwb type isi assignmnet, komen2 facebook. Wal hal duk chatting dgn kwan dia dan mungkin skandal dia atau mungin duk PM dgn manusia yng dia suka dlm diam. Sedih kan?


5. Time kita bergayut dgn dia by Phone, bila kita cakap tu, dia mcm blur. Soalan yg sllu dia tnya, "apa?", "ha?", so kita terpaksalah ulang apa yg kte ckap tu byak kali. Sbb apa, sbb dia xfokus pada perbulan kite. tak fokus sbb duk balas inbox someone atau sms kawan. Klu sekali dua xpe.. ni kalau berbalas sms lebih 5 kali, spe tak sedih kan? Kita dahlah call dia berhbis kredit. Dia plak duk sms/reply inbox kwn2 dia. Penting sgt ke kwn dia tu spi time dgn kite pun nk kena blas?


6. Penipuan Offline... kita call dia tnya, tgh buat apa? Tengah duduk2. Tak online ke? dia jawab "tak". Tak pun tanya soklan, dah offline ke? "Dah..." hakikatnya tengah syok web cam kat skype, YM dan lain-lain. Mungkin kita tak tau. Tp bila kita dpt tahu, hancur hati kita kan? Bila org yg dia chat/inbox tu tiba2 inbox kita bg tau dia tgh inbox2 dgn si dia. Hanya mampu menangis sendiri.


7. Bila dia chat/PM/webcam 'nakal' dgn org lain tanpa pengetahuan kite. 'Nakal' di situ adalah perbualan yg berbaur lucah yg melibatkan nafsu berahi. Alasan, sbb dgn kite xdapat. So, dia 'nakal' dgn org lain. Alasan yg xboleh terima. "Ala chat je pun, bkn betul2 pun." ~ apa guna couple kalau nafsu dan imaginasi tu utk org lain kan?


8. Duk bercerita tentang apa yg dia chat dgn kawan dia tu kat kita. Sdgkan kita tau dia pernah suka dgn kwn dia tu. Kita pun dgr dgn biasa. Hakikatnya, didalam hati dah merintih sedih kerna si dia lebih teruja cerita psal org lain berbandng ttg diri kita. Alasan: dah xde cerita pasal kita nak diceritkan...


9. Terlalu merahsiakan hubungan cinta antara kita dan dia. Dgn kawan rpt pun dia xberterus terang. Rs macam kekasih gelap pun ada. Tidak terlintas ke di kepalanya untuk jadikan kite ni penyeri hidupnya selama-lamanya? Terkilan...


10. Segala isi chat kita dgn kawan2 kita, siapa kawan2 kita semua dia nk tau. Tp bila kita nak tau apa isi chat dia dgn kwn2 dia, siapa kwn2 dia.. mmg tak akan dibagitahu... kecik hti kan? Tpt sbg manusia yg syg dia, cuba memhami dan menerima sikapnya seadanya... kadang2 dia bagi tahu dia tgh chat dgn kwan dia.. bil di tanya chat pasal apa? dia akn jawab "borak-borak kosong je" lps tu terus tukar topik.. tkut kena soal siasat. entah2 dia org sllu chat yg melibatkan perasaan dan lain. selama mn dia nk rahsia, akan diketahui jg suatu ms nnt bila dia dah xmmpu nk miliki apa yg berharga...


Begitulah 10 perkara yang buat orang yang cintai kita tergores hati tanpa kita sedar. Aku copy paste jek ayat2 di atas. So, kalau bahasa dia mcm merapu dan ayat singkatan dia banyak sangat, mohon maaf.. Aku akui setiap manusia ada egois dan perinsip hidup sendiri. Tapi, kalau perinsip pasangan kau, kau pulak tak hormati  prinsip dia. Mungkin ada yang terperasan perkara-perkara kat atas ni benar-benar berlaku. Anda fikirkanlah... kadang-kadang akan muncul insan ketiga dalam bercinta untuk buat korang menilai mn yg terbaik. Aku nasihatkan menilai dgn hati, bkn dgn nafsu dan paras rupa yg sebanarnya. Renung-renungkan.... selamat beramal...


Mantap