Home » , , » 10 Sebab Baraan (Marhaban) kaum Lelaki lebih cepat habis berbanding Baraan kaum Wanita

10 Sebab Baraan (Marhaban) kaum Lelaki lebih cepat habis berbanding Baraan kaum Wanita

Written By Hasrudi Jawawi on Rabu, 22 Ogos 2012 | 2:47 PTG



BARAAN, mungkin tak ramai yang tahu apa itu baraan. Istilah ini agak popular di Johor rasanya. Terutama di Batu Pahat. Memang setiap Lebaran setiap tahun akan ada tradisi baraan ini. Baraan ini adalah tradisi kujung mengunjung rumah jiran tetangga sekampung atau taman perumahan yang beragama Islam. Baraan ini dilakukan secara berkumpulan. Kebiasaannya untuk mengelak berlakunya pertindanan atau jumlah ahli yang ramai. Maka, akan dipisahkan kumpulan baraan ini mengikut peringkat usia dan status.

Yalah, kalau satu sesi baraan tu dekat 90 orang. Tak ke roboh rumah-rumah yang memiliki keluasan yang kecil. Terutama rumah kayu yang berlantai atas. So, nanti adalah yang tak naik rumah atau terpaksa duduk di luar rumah, timbul pulak cerita lain.

So, kumpulan baraan yang ada kat kampung aku ni dibahagikan kepada 3 kelompok. Kelompok petama adalah kaum Adam (bujang) yang belum berkahwin. tak kiralah umur tu berapa. Asalkan belum kahwin leh je join. Biasanya kelompok ni akan habiskan sesi baraan ni pada hari raya pertama dan hari raya kedua. 

Kelompok kedua pula kaum Adam lagi tapi untuk yang sudah berkahwin. Istilah yang digunakan pada surat, kaum bapa atau ketua keluarga. Biasanya kaum bapa ni akan mula sesi baraan mereka pada hari raya kedua dan tamat pada raya ketiga. Kenapa lewat sehari? Untuk mengelak bertembung dengan kelompok lelaki bujang. Kalau mereka serentak mula pada hari yang sama boleh sasau kaum ibu di rumah nak prepare untuk sambut mereka. 

Kelompok ke tiga pula adalah kaun Hawa. Yang ni aku tak pasti sama ada khas untuk kaum ibu-ibu atau kaun gadis-gadis. Apa yang pasti  semuanya kaum Hawalah kan? Tapi kebanyakkannya kaum ibu-ibulah. Bagi sesi baraan kaum wanita biasanya akan dilaksanakan pada raya keempat selepas sesi baraan kaum Adam bujang dan bapa-bapa selesai membuat sesi baraan mereka. Apa motif begini? Yelah, kalau kaum Hawa dulu buat sesi baraan diaorang, siapa nak sediakan makan minum, kuih muih untuk baraan lelaki? Nak harap kaum Adam yang bujang dan bapa-bapa buat tu semua? jangan harap, sebab itu baraan kaum Hawa biasanya selepas sesi baraan kaun Adam selesai. Faham kan?

Tapi kebiasaannya yang menjadi masalahnya sekarang, baraan kaum Adam, dalam masa dua hari dia orang boleh selesaikan sesi baraan mereka. Tapi kaun Hawa punya baraan, kekadang memakan masa berhari-hari berbanding baraan kaun Adam. Agaknya korang tau tak sebabnya? kalau tak tau meh sini aku senaraikan kenapa baraan kaum Hawa lambat nak habis kekadang memakan masa semingu. Kekadang nak cepat habis diaorang akan lompat2 rumah. 

Berikut adalah sebab-sebab kenapa baraan kaum Hawa lambat habis berbanding baraan kaum Adam;

1. Kaum lelaki kalau berjanji baraan pukul 8 pagi, pukul 8 pagilah dah mula bergerak. Tapi kaum perempuan, dalam surat pukul 8, tapi menunggu yang lain sampai, pukul 10pagi baru mula bergerak. Memasing nak melaram dah macam nak pergi rumah terbuka YB. Wal hal kawan2 dia sekampung jugak. Time nilah nak menunjuk apa yang baru kat badan kan? So, pasrah ajelah... haruslah chantek2 nak baraan...

2. Kalau kaum lelaki bila berselawat ke atas Rasul kita, hanya memakan masa 1 minit. Tapi kaun Hawa memakan masa 1 minit setengah. Sebab apa? Sebab lenggok diaorang memang merdu. Lumrah kejadian mereka agknya.

3. Kaum Lelaki, boleh siap makan kuih atau juadah hari raya dalam masa 2 minit, lengkap dengan pakej doa dan sesi ucapan tuan rumah untuk menderma. Tapi kaun wanita, untuk menikmati sebiji kuih semperit memakan masa 5 minit. Tu belum kuih-kuih yang lain. Setiap kuh yang dirasa mulalah akan ditanya pada tuan rumah. "Beli ke buat?", "Beli kat mana?","Sedapnya kuih ni, macam mana nak buat?", "Boleh bagi resepi tak?". Agaknya kalau 10 jenis kuih ada kat atas meja tu, memakan masa 20 minit tak untuk ke rumah yang seterusnya?

4. Kaum lelaki kalau makan kuih atau juadah hari raya. Dia akan duduk dan hanya makan sambil menghirup minuman. Kekadang langsir rumah orang tu jugak di jadikan lap tangan. Tapi kaum Hawa tak, sambil makan, langsir tu takdelah di buat lap. Tapi, akan diteliti sebaiknya dan timbulah ayat-ayat ni: "Cantiknya langsir ni, buat ke tempah kedai?", "Ni kain apa ni?", "beli kain langsir ni kat mana?", "Mahal tak kain ni semeter?" dan soalan-soalan lain. Dah memakan masa kat situ. Cane tuh?

5. Kaum lelaki lepas habis makan akan terus meminta diri dan bermaafan dengan tuan rumah. Tapi kaum Hawa tak, lepas makan mulah meliar mata meneliti setiap barangan perhiasan yang ada di dalam rumah tu sambil bergossip panas. Lepas tu mintak maaf balik pada tuan rumah.

6. Kalau kaum Adam biasa borak-borak pasal rumah yang bakal nak dikunjungi. Tapi kaun Hawa tak, masa nilah nak cerita balik pasal tuah rumah yang bakal dikujungi selepas ini. Senang cerita bergosiplah. Mana tuan rumah yang sepanjang tahu penuh dengan cerita negatif, mulalah soseh2 sebelum naik rumah.

7. Kaum Adam cukup sekadar salam tuan rumah dan ucap "Selamat Hari Raya, minta maaf zahir batin ya?". Tapi kaum Hawa lain, setiap orang akan mengambil sesi bermaafan memakan masa 30 saat. Sedih-sedihnya macam lepas tu tak bersama lagi nak beraya rumah seterusnya. Kalau seoarang 30 saat, kali ajelah kalau 40 orang. Lumarah hati seroang wanita yang begitu lembut dan murni.

8. Kalau kaum Adam, sesi berehat mereka tengah hari untuk solat Zohor, hanya dari jam 1 ptg hingga 2 ptg. 2.15ptg dah sambung balik. Tapi kaum Hawa, rehat awal, Jam 12 dah balik. Mungkin nak kena masak untuk suami dan anak-anak. So, boleh diterima. Sambung balik pukul 2 ptg. tapi, pukul 3 ptg baru mula baraan balik. Sebab apa? Bersiaplah. Apa yang pasti, baju raya untuk sesi baraan pagi takkan sama dengan baju raya sesi baraan petang. Kalau kaum lelaki, pakai baju Melayu yg sama dari pagi sampai petang pun takde diaorang nak kisah. Tapi kaum Hawa berbeza ya?

9. Kaum Adam, semasa melangkah atau berpindah dari rumah ke rumah. Mereka akan buat hal masing-masing. Bila dah sampai rumah seterusnya, baru akan sambung borak lagi. Kaum Hawa lain, semasa melangkah rumah ke rumah, mesti akan berbual, bergossip sampailah kaki melangkah ke lantai rumah seterusnya. Nampaknya tahun depan kenalah minta maaf lagi.

10. Kaum Adam biasa takkan campurkan sesi baraan dengan sesi jualan langsung atau berkempen. Tapi kaum Hawa ada yang sambil baraan sambil menjual barangan langsung. Produk yang femes dia orang jual adalah produk dari AVON dan barangan katelog... cane tuh?

Itu 10 sebab yang femeslah. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi malas nak fikir. Apa-apa pun aku nak cakap, tak semua ok? Ada juga kaun Hawa yang tak melakukan kesilapan-kesilapan di atas. Kalau anda rasa sebab2 di atas tak lojik. Anggaplah sekadar untuk hiburan semata-mata. Selamat Hari Raya!



PERHATIAN! RUDI ZONE tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri di bawah Akta Keterangan 114A 2012.

PAPA NAK MENANTU
*Baru*
RM 22.90

OPS! ZULAIKHA *Terlaris*
RM 27.90

CINTA AWEK DAN PAKWE
*Terlaris!*
RM 25.90

DIA BUKAN NABI
RM 21.50

CUCUR BAWANG DAN KOPI O
*Terlaris!*
RM 25.90

Share this article :
 
Support : Creating Website | Rudi Zone
Copyright © 2014. RUDI ZONE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger