Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 20 Ogos 2012

10 tips elak makan banyak semasa beRAYA.



SYAWAL 1433 menjelma lagi tanggal 19 Ogos 2012. So, bila dah Hari Raya Aidilfitri, surelah makanan-mankanan di atas ada di atas meja rumah dan mungkin di atas meja di rumah saudara mara yang kita kunjungi. Lumrah kut kita orang Malaysia akan dijamu dengan makanan2 yang ada kat atas tuh. Kalau yang takde tuh, makananya korang salah datang rumah lah tu. Sure korang terdatang rumah Ah Meng. Datang rumah Dheepan di Hari Raya memang tak akan ada makanan2 kat atas tu. So, korang kenalah datang ke rumah manusia yang menyambut perayaan Hari Raya ni.

Sering kali kita ni yang nak jaga badan risau sangat berat badan naik selepas raya akibat makanan-makanan yang ada kat atas tuh. Yelah, kalau dah di hidang, rugilah tak makan kan? Lagi pun makanan2 yang ada kat atas tuh bukannya selalu ada walaupun hari-hari dah boleh makan sbb ada restoran yang jual makanan2 yang ada kat atas tuh. So, melantak macam perut tu berperut gajah. Walhal saiz perut korang tu sebesar tapak tangan aje... tapi makanan yang masuk 10 kali ganda besarnya. Cane? Kalaulah perut kita jenis statik tak meregang, sure cepat kenyang. Disebabkan perut kita boleh meregang macam belon, tu yang ada selagi boleh sumbat dengan makanan, dia akan subat macam esok dah tak raya. Cane tuh?

So, bila lepas raya seluar dah tak muat, perut semakin bulat, six packs hilang entah ke mana, dan jumlah timbangan badan naik mulalah tention dan nangis-nangis bagai. Mulalah mencari pil-pil kurus, bersenam (ala-ala jek... mula2 jek bersemangat api, lastly benti gak). So, kenalah beringat masa raya ni mengelak agar tak naik berat badan selepas hari raya. Sesungguhnya, rendang, kuah kacang, kuah lodeh, dan makanan-makanan hari raya yang lain memang tinggi kandungan lemak da karbohidratnya. So kena lah beringat.

Di bawah ni aku cuba bagi tips elak makan banyak semasa hari raya. Mudah dan menjimatkan. Hehehe...

1. Sebelum keluar beraya, kat rumah dok tonggak berbotol-botol AIR MASAK. Bukan air teh, kopi, oren, berkarbonat dan lain-lain ya? Korang ingat kalau duk berdiet tp minum air manis bergelas-gelas boleh kurus ke? Gula adalah salah satu punca kegemokan badan. So, bila korang dah kekenyangan minum air kat rumah, dan perut dah penuh dengan air, insyaALLAH, bila di rumah terbuka hari raya nanti, selera anda tak akan membuak-buak untuk melantak semua makanan dalam kuantiti yang banyak. Sekadar jamah-jamah dan tak akan bertambah-tambah. InsyaAllah...

2. Sebelum ke rumah terbuka hari raya yang dijemput hampir 6 majlis dalam sehari atau beraya berpuluh-puluh buah rumah dalam sehari. Pastikan sebelum bertolak anda pusing-puisngkan badan banyak-banyak kali sampai anda pening dan mual. Bila dah mual, insyaAllah selera pun akan hilang. Silap-silap akan muntah darah. Kalau nak berkesan, setiap kali lepas makan, anda pusing2 padan dalam keadaan BERDIRI bukan golek2 atas tanah. Garenti makanan yang anda makan akan terkular balik. Memang cara ni berkesan. Tpi kalau tak pasal2 korang berpuisng2 lepas makan kat rumah org, takut yang ada call rumah orang gila pulak. hahaha... nino nino nino nino...

3. Melihat gambar atau video yang memualkan sebelum pergi rumah terbuka hari raya. Apa-apa aje gambar yang boleh buat anda mual. Download jek kat YouTube, melambak-lambak, kemudian masukan dalam HP... tengok banyak-banyak kali sebelum masuk rumah terbuka hari raya. Sure anda akan mual. Gambar atau video yang diyakini boleh buat anda mual adalah gambar-gambar mangsa kemalangan jalan raya, mesin kilang dan akibat main mercun yang begitu trajis, siap putus tangan, hancur badan, terburai perut dan otak. Garenti, anda hanya akan menjamah BAU makanan sahaja. Kekeke... nak tau berkesan ke tau, cubalah try kekekeke...

4. Beraya ke rumah-rumah orang yang tak sambut raya. Iaitu rumah sahabat anda yang bukan beragama Islam. Dan memang tak akan sambut Raya. So, datang tu sure akan di jamu dengan air Ribena, kelas ko Shira! Dengan biskut kering kekekkee... tak pun roti canai satu!

5. Datang beraya ke rumah-rumah kosong (penghuni balik kampung). Bagilah salam banyak-banyak kali, memang tak ada yang jawab dan sambut walaupun lampu luar rumah menyala 24 jam. So, bila dah tak ada orang tak adalah nak makan apa-apa, kan? Balik je...

6. Beraya ke rumah-rumah hantu, rumah-rumah tinggal, rumah-rumah tak siap dan rumah-rumah replika di Taman Mini Malaysia. 

7. Berayalah ke shopping-shopping mall, panggung wayang, pusat karaoke, pusat bowling. Garenti korang tak akan makan banyak. Berhabis duit adalah. Kalau makan pun sure sekali jek sbb badjet duit kekeke... jangan risau, Hari raya shopping mall masih banyak kedai yang bukak sebab... ramai peniaga cina berbanding peniaga Melayu hehehe...

8. Kalau nak beraya tak perlu nak naik kenderaan bermotor dan berantai. Jalan kaki. Kalu boleh beraya kat rumah yang jauh-jauh. Cara ni ada dua kemungkinan akan berlaku. Satunya, mungkin anda tak jadi nak pegi beraya sebab tak sanggup nak berpanas dan berpenat jalan kaki. Garenti sampai rumah yang nak di datang beraya tu badan dah basah dengan peluh. Keduanya kalau korang berjaya sampai dan makan sebanyak-banyak, masa jalan kaki nak balik rumah tu, bolehlah bakar balik lemak-lemak yang korang telan tu semasa berjalan kaki. So, kira exercise lah tuh hehehe...

9. Yang ni tips yang agak boleh dipakai. Kalau yang lelaki guna tali pinggang, yang perempuan guna bekung. Sebelum keluar beraya, ikat tali pinggang seketat-ketatnya, muat-muat untuk korang bernafas jek (untuk kaum Adam). Ketatkan bekung anda sekatat-ketatnya (bagi kaun HAWA). Kalau lelaki yang suka pakai benkung tu, bolehlah pakai. So, bila dah ketat perut kita tu di jerut oleh tali pinggang dan bekung, insyaAllah korang takkan makan banyak. Kalau makan banyak garenti akan terkeluar balik. Kekekeke...

10. Yang akhir ni memang tips yang paling senang dan diJAMIN berkesan. Tipsnya adalah, tak payah keluar beraya duk rumah je tengok TV. Banyak tayangan menarik di TV. Tapi tip ni pun walaupun senang ada jugak cabarannya. Jangn pulak masak duk tengok Tv anda duk melantak kuih-kuih raya dgn air berkarbonat dari mula movie pertama sampai tayangan movie yang terakhir tgh malam karang. Sama je kesannya nanti. So, tengok TV dgn air kosong aje... 



So, aku harap tips-tips yang aku kongsikan ni boleh mambantu anda kurangkan makan dan mungkin tak makan langsung semasa di hari raya. Semuanya untuk mengelak korang kegemokan selepas hari raya nanti. Kekeke... pada sesiapa yang menganggap tips ni mengarut sorrylah yer... kalau korang ada tips yang lebih baik, silakan guna. SELAMAT BERHARI RAYA!!!

Pica di 1 syawal 1433


Mantap