Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 7 Ogos 2012

11 Pengorbanan Insan Yang Mencintai Kamu

Jika sebelum ni aku pernah post tentang sikap insan yang mencintai kamu dalam posting yang bertajuk, Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu... tapi kali ini, aku nak kupas tentang Pengorbanan Insan Yang Mencintai Kamu yang mungkin anda tidak perasan. Apa-apa pun seperti posting sebelum ini, terlebih dahulu aku maklumkan, apa yang aku coret ini aku ambil sedikit demi sedikit dari blog-blog cinta yang ada kat Malaysia dan Indonesia. Dari posting-posting mereka aku kombinasikan menjadi satu. Jadi, andai ada percanggahan pendapat dengan kalian, mohon maaf banyak-banyak.

Sejujurnya pengorbanan ini biasanya atau mungkin kebanyakannya dialami oleh kaum Hawa. Kerana seperti yang sedia maklum kaum Hawa adalah kaum yang memiliki hati yang rapuh dan lemah. Tapi tak semua ya? Ada juga wanita yang gagah perkasa walaupun perwatakannya lembut. Dan mungkin juga ada golongan lelaki yang memiliki sikap tertentu yang sering melakukan pengorbanan ini kerana kecintaannya terhadap insan yang dia cintai itu terlalu tinggi dan ikhlas.

Agak-agaknya apakah pengorbanan insan yang mencintai kamu selalu lakukan yang mungkin kita tak perasan sebab pengorbanan yang akan aku rungkai ni bukanlah pengorbanan besar. Sekadar pengorbanan kecil. Tapi, dari pengorbanan yang kecillah adanya pengorbanan yang besar. Tanpa pengorbanan yang kecil, nescaya manusia takkan kenal erti menghargai.

Jadi, ayuh baca apa yang aku nak coretkan pada posting kali ini...


Berikut adalah senarai pengorbanan insan yang mencintai kamu yang mungkin kamu perasan, dan mungkin kamu tak perasan.

1. Rajuk di hati ~ Insan yang mencintai kamu itu, sukar untuk terlalu tunduk dengan rajuk di hatinya (tak semua) terhadap kamu. Hatinya terlalu mencintai kamu. Andai kamu tidak memujuk dia, nescaya dia kan menghubungi kamu semula beberapa jam/hari kemudian. Ini kerana dia tidak sanggup kehilangan kamu. Itu bukti jelas kesungguhan cintanya terhadap kamu. Dia sanggup mengorbankan perasaan di hatinya ingin dipujuk semata-mata tidak mahu kehilangan diri kamu.

2. Kredit handphone ~ ini adalah yang jelas nyata. Orang  yang mencintai kamu, tidak pernah berkira bab kredit handphone. Dia sanggup berhabis puluhan ringgit atau dalam sehari tu pasti akan membelanjakan kredit handphonenya dengan banyak semata-mata untuk menghubungi kamu dan ber-SMS dengan kamu. Kerana begitu bahagia hatinya tatkala membaca khabar SMS dari kamu dan mendengar suara kamu.

3. Masa ~ Terkadang, dia sanggup ketepikan hal yang boleh dikatakan penting semata-mata untuk memenuhi kehendak kamu untuk bersamanya. Dia sanggup ketepikan masanya bersama keluarga, kawan dan rakan sekerjanya semata-mata untuk anda. Kerana, baginya tiada yang membahagiakan tatkala bersama kamu.

4. Mengabaikan Family, BFF dan lain-lain ~ Mungkin hal ini anda tidak tahu kerana dia sentiasa memberi alasan 'tak apa', 'okey aje' bila kita tanya tentang kelapangannya untuk bersama kita. Kadang kala dia sanggup membatalkan temujanji atau pertemuan yang telah dirancang berbulan-bulan bersama keluarga atau sahabatnya semata-mata ingin bersama anda. Menatap wajah kamu lebih bererti baginya berbanding yang lain.

5. Duit ~ sepatutnya duit adalah no 1,  tapi aku meletakkannya di tangga ke lima kerana bagi aku duit bukanlah segala-galanya. Insan yang mencintai kamu memang tidak akan berkira bab duit dengan kamu. Padanya, duit boleh dicari, kasih sayang dan cinta sukar untuk dimiliki. Jadi, terserah kalian untuk menilainya macam mana. Sama ada menerimanya seadanya atau menerimanya sebab duitnya. Ingat, segala kejahatan pasti berbalas. Jadi, tepuk dada tanyalah hati. Terkadang dia sanggup mengabaikan hasratnya untuk membeli sesuatu yang sudah lama dia idam-idamkan semata-mata mahu menolong/membahagiakan kamu.

6. Penat lelah untuk bertemu anda ~ andai anda jauh di mata, dia tidak pernah merungut untuk ke tempat kamu semata-mata mahu bertemu denganmu. Dia tidak akan kenal erti penat drive berjam-jam, berpanas menunggu bas, kebingungan di airport tak tau nak ke mana, keletihan naik turun bas dan lain-lain. Dia akan cuba sebaiknya sampai ke destinasi pertemuan anda dengannya sehingga berjaya. Kerana padanya, kepenatan itu akan hilang tatkala dapat melihat wajah kamu di hadapan matanya.

7. Air mata ~ Mungkin ada tidak pernah tahu dia sering menitiskan air mata tatkala dia merisaukan anda, tatkala kamu mengabaikan dirinya, tatkala kamu tidak mementingkan dirinya, tatkala kamu melebihkan kawan kamu berbanding dirinya, tatkala kamu mementingkan yang lain berbanding dirinya. Tatkala kamu tidak menghubunginya, tatkala kamu memuji orang lain selain dirinya. Ini kerana, insan yang mencintai kamu tidak akan sesekli memaparkan kesedihannya di hadapan kamu kerana dia tidak mahu kamu turut sedih. Kerana baginya, berbahagia biarlah bersama, bersedih biarlah di sendiri.

8. Perhatian & Fokus ~ Orang yang mencintai kamu akan cuba sedaya upaya membalas dan menjawab setiap SMS dan Panggilan telefon dari kamu. Dia sanggup melarikan fokusnya pada kerja dan hal-hal lain sebentar dan mencuri sekelumit masa semata-mata mahu menjawab panggilan dari kamu dan membalas SMS dari kamu. Kerana di dalam fikirkannya dia ingin sentiasa ada dengan kamu pada bila-bila masa sahaja. Kerna, setiap SMS dan panggilan dari kamu adalah amat membahagiakan baginya. Jadi, kamu dinasihati janganlah terlalu berkira tentang kredit handphone anda. Sesungguhnya, dia lebih banyak berhabis untuk anda. 

9. Egoisnya ~ Cuba anda fikirkan semula, pernah tak SMS anda tidak berbalas dari dia? Andai dia tidak balas, pasti dia dalam kesibukan melampau, bila dia berjaya keluar dari kesibukan itu dia akan menghubungi anda semula (call bukan SMS ya?) untuk memohon maaf. Jika anda balas sms dia lambat atau tak balas sms dia, pasti dia akan call anda, itu kerana dia merisaukan anda. Sesungguhnya, andai kamu melewat-lewatkan membalas SMSnya sedangkan diketika itu anda sedang berehat dan bersantai, percayalah... hatinya akan kesedihan dan kesayuan. Balaslah sms dan jawablah callnya cepat semampu anda. Call la dia semula andai anda menerima miss call darinya. Mungkin ada hal penting yang ingin dimaklumkan. Sesungguhnya dia tak pernah mengabaikan miss call anda dan sms anda. Setiap miss call anda pasti dia akan membalas dengan menghubungi anda semula. Andai anda merajuk disebabkannya, dia akan pujuk sesungguhnya sehingga anda memaafkannya. Kerana, setaip rasa sedih dan sakit hati anda terhadapnya adalah selumbar paling berbisa baginya. Semua itu dia lakukan kerana dia telah mengorbankan egoisnya kerana terlalu cintakan anda.

10. Perubahannya ~ Insan yang mencintai kamu akan sedaya upaya berubah seperti yang kamu mahu semata-mata untuk menambat hati kamu. Supaya kamu senang dengannya walaupun dirinya terpaksa melalui satu perubahan yang cukup drastik dan sukar untuk diterima. Dia akan cuba membiasakan dengan perubahan itu semata-mata untuk menyedapkan hati anda. Sebagai manusia yang dicintai, janganlah terlalu kejam sehingga memaksa dia berubah pada sesuatu yang dia tidak mampu lakukan. Sesungguhnya itu adalah satu penyiksaan jiwa dan raganya. Jika perubahan itu ke arah yang lebih baik, InsyaAllah dia akan berubah dengan aman dan senang hati. Tapi andai perubahan itu  terlalu sukar, jangan mengharap terlalu tinggi dia boleh berubah sepenuhnya. Andai tidak mampu menerimanya, berterus teranglah. Jangan permainkan perasaannya. Andai kamu boleh terima dia, terimalah dia seadaanya seperti mana dia menerima anda.

11. Penerimaannya ~ Insan yang mencintai kamu akan menerima kamu seadanya. Cintanya melebihi dari segalanya. Dia akan menerima kekurangan kamu seadanya walaupun kekurangan kamu itu akan merobek maruah, harga diri dan pandangan orang sekelilingnya. Dia tidak akan memikirkan tanggapan orang lain terhadap dirinya, yang penting baginya, tanggapan anda terhadapnya. Dia mahu anda menganggap dia seorang yang boleh terima baik, buruk, kekurangan dan kelebihan kamu. Sesungguhnya tiada yang sempurna di dalam dunia ini selain diri kita sendiri yang perlu saling lengkap melengkapi.


Di atas itu adalah 11 pengorbanan yang melibatkan jiwa, perasaan, meterial dan masa insan yang mencintai kamu. Sebenarnya ada banyak. Tapi aku hanya kombinasikan melalui pengalam cinta manusia-manusia yang meluahkannya di blog-blog mereka di Google Search. 11 tu adalah yang terfemeslah...

Aku maklumkan di sini, mungkin tak semualah si pencinta yang sanggup berkeorban seperti di atas. Aku menyenaraikan mengikut kebanyakan. Bukan semua okey? Jadi nasihat aku kepada manusia yang dicintai oleh insan yang mencintai anda itu, sentiasalah beringat. Sentiasa ingat dia. Sentiasa fikirkan perasaan dia dalam apa jua tindak tanduk anda. Jagalah hatinya seperti mana kamu menjaga hati kamu. Sentiasalah pentingan dirinya di dalam hidupmu dalam apa jua hal kerana hanya dia yang akan ada di sisi kamu di kala kamu susah, senang, gembira, sedih, suka, duka, goyah dan gagah. 

Tambahan

Kawan: hanya muncul depan kamu dikala dia dalam kesusahan. Hanya menghubungi kamu kala ada pertolongan yang diinginkan. Hanya muncul depan kamu kala ada sesuatau yang didambakan. Hanya dekat dengan kamu kala kamu dalam kesenangan.

Family: Tidak semua hal bisa kamu kongsikan kepada mereka.

Saudara mara: Senang-senang bersama, susah-susah sendirian.

Manusia Yang Kamu Cintai : belum tentu cintanya untuk kamu.

Insan Yang Mencintai kamu: Suka, duka, sedih, gembira, susah, senang, gagah dan goyah akan setiasa di sisi kamu. Akan menerima dirimu seadanya walau apapun kelemahan kamu.

Jadi, fikir-fikirkanlah sebelum kamu kehilangan manusia yang betul-betul mencintai kamu.

Sekian.



Mantap