Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Corat Coret Ramadan 1433 (2012)



SEKEJAP sangat masa berlalu. Tup, tup Ramadan sudah di penghujungnya. Dalam beberapa hari sahaja lagi Syawal bakal menjelma. Masa yang berjalan seolah terlalu pantas. Macam baru semalam berpuasa. Itulah salah satu tanda yang semakin dekat bila waktu di rasakan semakin laju bergerak. Dalam tidak sedar, Ramadan tahun ini terselit ceritera manis di dalam hidupku walaupun awalnya ada sedikit kegentaran dan kerisauan telah berlaku. Turut berlaku kesilapan taknikal kecil semasa menentukan saiz baju raya untuk si dia. Syukur alhamdulillah, semuanya dapat di atasi atas berkat usaha dan kesabaran. Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua baju senada warna dengan si dia. Cumanya tahun lepas warna sahaja yang sama. Tahun ni sebijik sejibun semuanya sama hehehe...

Awal Ramadan yang lalu selepas beberapa bulan merancang dan hampir bertahun mengumpul untuk mencapai impian ini, akhirnya dapat juga dipenuhi impian ini walaupun lebih awal dari perancangan dan tidak seperti dalam rancangan. Syukur alhamdulillah, berkat mengumpul hasil dari pulangan hasil jualan novel-novel ku yang lebih di kenali sebagai royalti, akhirnya aku berjaya memiliki sebuah eset sendiri hasil titik peluh sendiri sepenuhnya tanpa bantuan sesiapa. Semuanya hasil rezeki dari ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. DIA akan memberi ganjaran yang stimpal untuk hambaNYA yang mahu berusaha dan berdoa kepadaNYA. Apakah eset itu. Eset itu yang bernama ViDIva akhirnya ku miliki jua.


Gambar di atas nilah eset yang aku maksudkan. Yang diberi nama ViDIVa... Comel tak? Sebuah kereta Perodua Viva 850CC Manual sahaja. Plan dulu memang nak beli MyVi. Tapi, bila tetengok kat show room macam tak berkenan pulak sebab MyVi lagi BEST macam dah tak secomel yg lama. Tengok kereta ni lebih comel dan bolehlah masuk kawasan tempat letak kereta kat rumah aku tuh. Walaupun ada yang kata ketinggian tubuhku ni tak sesuai dengan kereta kecil ni, aku tetap terima komen mereka. Sebenarnya Viva ni pun besar jugak. Lebih besarlah dari Kancil. Luas jugak seat dia. Lutut aku pun tak kena stereng. Dan mudah di kendalikan walupun awalnya asyik mati-mati enjin aku bawak. Yelah, dah lama tak drive kereta manual, kekoklah nak kawal clutch tu. Hhehehe..

Syukur alhamdulillah... atas Rezeki ALLAH yang melimpah ruah hasil penjualan novel CUCUR BAWANG & KOPI O ditambah serba sedikit hasil jualan novel-novel sebelum itu, ViDIVa si comelku ini dimiliki jua. Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong karya-karya aku. Jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Dalam masa seminggu (minggu pertama Ramadan) aku akhirnya memiliki kereta sendiri. Terima kasih juga kepada emak dan ayah yang tidak jemu medoakan kejayaan anakmu ini dan menahan segala kerenahnya ehehe...


Syukur alhamdulillah juga, walaupun agak kelam kabut dan ada masalah teknikal sikit, semua kad raya khas untuk kalian yang memberi nama dan alamat kepada aku di Facebook dan blog, telah dipos seawalnya. Ini kerana untuk mengelak kad raya sampai selepas raya. Aku nak pastikan semua kad raya eksklusif Hasrudi Jawawi sampai sebelum raya. Syukur alhamdulillah jugak kerana penerima kad raya di Singapura sampai. Bimbang juga kad raya yg di kirim untuk penerima di Singapura tidak sampai. Ada juga yang tak sampai, dan sudah di hantar balik. Alhamdulillah kiriman kedua sampai.

Walau bagaimanapun, kad raya ni amat-amatlah terhad. Ada juga yang tak dapat. Sedih juga bila ada yang minta tapi tak mampu nak bagi. Ikutkan hati nak bagi semua yang menyokong. Tapi mustahil mampu bagi semua kerana dua tangan ini tidak mampu menguruskannya. Kad yang sedia ada ni pun awal-awal dah siapkan supaya sampai ke tangan penerima sebelum raya. Kepada yang dah menerima kad raya aku tahun ini, aku mengharap pengharagaan kecil ini untuk kalian sepena lenaran tahun ini bermakna bagi kalian. Selamat hari raya.


Gambar di atas ni pulak adalah kad-kad raya kiriman kalian yang sudi melayangkan kad raya kepada aku.  Jutaan terima kasih. Chantek-chantek semuanya. Terasa macam artis pulak sebab setiap hari posmen hantar kad raya. Sampaikan abang posmen tu dah kenal aku. Cane tuh? Siap berborak2 lagi sebelum dia beredar tanya pasal novel hehehe.... Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada pengirim kad-kad raya di atas.

Syukur alhamdulillah jugak, tahun ni sedikit meriah sambutan hari rayanya berbanding tahun lalu. Semoga Syawal kalian jugak meriah. 


"DI KESEMPATAN INI SAYA HASRUDI JAWAWI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA KELUARGA TERCINTA, SAUDARA MARA, SEPUPU SEPAPAT, SAHABAT HANDAI, PENERBIT DAN PEMBACA KARYA-KARYA AKU. "

"KEPADA EMAK DAN ABAH, MAAFKAN DIRI INI ANDAI ADA SALAH DAN SILAP. HALALKAN MAKAN MINUMKU SELAMA INI."

"KEPADA SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI DAN YANG MENGENALI DIRI INI. MOHON JUTAAN KEMAAFAN ANDAI DIRI INI ADA TERSILAP KATA, BAHASA DAN BICARA. HALALKAN SEGALA YANG TERMAKAN DAN TERMINUM."

"KEPADA PEMBACA NOVEL-NOVEL KU, MOHON MAAF ANDAI JALAN CERITA DI SETIAP NOVEL KU ADA MENYENTUH SENSITIVITI ANDA. YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN."


"KEPADA EDITOR DAN PENERBIT SETIAP NOEL-NOVEL KU, MOHON MAAF HUJUNG RAMBUT  HINGGA HUJUNG KAKI ANDAI SEPANJANG KERJASAMA KITA ADA YANG SILAP DAN SALAHNYA. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PELUANG MENERBITKAN NOVEL-NOVELKU UNTUK PENGEMAR NOVEL."







Video KHAS AIDILFITRI daripada HASRUDI JAWAWI




Mantap