Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 27 Ogos 2012

Laman web SITI ZONE yang tak di up date dah...

SEKARANG ni laman sosal seperti FACEBOOK dan TWITTER telah menguasai segala-galanya di dunia internet. Dengan laman sosial, kita boleg berhubung dengan semua orang di dunia ni. Tak tau lah kalau ada mahluk asing kat marikh boleh access Facebook. Kalau boleh itu bermakna kita bole berhubung dengan makhluk di seluruh alam semesta *sedangkan internet yg kat bumi je pun slow. Kalau sapai ke marikh berapa jutalah bil internet setiap bulan*. #Rebah...

So, bukan kita org biasa je yang menggunakan laman sosial untuk berhubungan dengan semua. Termasuklan retis, raja (ada ke?), perdana mentri dan lain-lain turut create laman sosial untuk berhubung terus dengan rakyat katernyer... hal itu termasukan idolaku, Dato Siti Nurhaliza (DCT). Sejak laman sosial wujud. Dah tak ramai artis yang aktif dengan laman web rasminya. Kalau dulu semua update berita tentang diri sendiri kat web site rasmi katanya... kesemuanya kat web site rasmi. So, peminat pun gegehlah register kat laman web tu. Tapi skrg, bila dah ada twitter, Facebook dan sebagainya. Memang terabai dari web site official memasing. Masa zaman Friendster n Myspace dulu, tak sehebat skrg. Skrg FB dan Twitter telah melopori semua bidang. letup kan?

Alasan: Perkembangan lebih cepat di updated dan peminat boleh alert berbanding web site yang nak kena buka dashboard, pastu nak kena create posting, semua kena buat satu-satu untuk updated tentang apa yang kita lakukan seharian. Kekadang nak berak pun updated kat twritter n FB.... #pengsan. So, sama halnya dengan laman web rasmi Dato Siti Nurhaliza yang memang dah jauh ketinggalan zaman. Tak di updated sejak 2 tahun lalu (sehingga tarikh posting ini).

Tak caye? Sehingga tarikh posting ni (27 Ogos 2012) beginilah rupa muka depan web site Siti Zone (http://www.sitizone.com/).



Tertinggal flight tak tengok tarikh kat muka depan Siti Zone ni? kalau ya pun, updated lah sikit cover depan. Semua benda pun akan tengok depan. Takdernyer tetiba terus tengok dalam. kan? Masih di tahun 2011. Pastu covernya pulak memang nampak retro.. memang kelihatan jelas out dated nyer kekekke... so, bila dah kuar page depan macam tu, silalah klik 'Masuk | Enter'. Bila dah masuk tu ingatkan dalamnya meletop kebabooom! Al kesahnya.. lagi out dated!! Tak caye? Tengok ni...


Cuba tengok tarikh posting kat atas.. 2010!!! Pitam aku... dah lebih 2 tahun posting tak berupdated. Bila tengok posting yang sama aje, aku rasa macam nak suruh owner website ni tutup ajelah. Dulu ada buat jugak status2 DCT yang diupdated kat FB akan di paste kat web Siti Zone. Lama2 tak sanggup dah... Sekarang pun, DCT macam lebih aktif di Twitter, FB dia pun dah sepi gak...Twitter bakal mengalahkan FB kah?




Banner pun masih album CTKD... cuma Vote widget jek yang uptodate. Tapi aku yang selalu gak singgah web site Siti Zone ni, tak perna vote pun. register pun tak sebab, aku akan tau web ni mesti ending dia akan jadi gini. Kan boleh letak widget Twitter & Facebook kat website ni. So, peminat DCT satu dunia maybe boleh follow atau like... ni tak, page FB DCT tak ramai like macam page Awal Ashari dengan Zizan Raja Lawak yang dah lebih SEJUTA yang like... cane tuh?





Jumlah album dengan anugerah yang DCT dapat pun tak di updated nyer. Adakah pengelolo laman web Siti Zone ni berkhidmat secara amaljariah kepada DCT?? Tak ada bayaran daripada SNP? Atau SNP tak ada upah web designer untuk updates semua tentang DCT. Cubalah aktifkan web ni. Upload gambar terbaru DCT dan aktiviti terbaru ke? Simply Siti ada buat road show, kenapa tak masukan? Aduhyai... tak fahamlah.

Dalam banyak2 yang tak updated tuh. Nasib baik ada yang di update... nak tau apa? Ini dia yang selalu terupdate selain Vote widget tadi.



Cuma ruangan pengumuman je yang nampak di update. Tu pun telah berlaku kesilapan code html sehingga memaparkan kod HTML yang tak sepatutnya. <br> bermaksud langkau atau enter. Font Color pun sure korang tahu kan? kod #ff0000  tu mewakili code HTML untuk warna. Kalau nak tau warna apa yang mewakili kod tu, boleh check kat wen ni : http://html-color-codes.info/ masukan aje kod tu kat ruang 'insert yout color code' dan tekan 'GO'. Tahulah korang warna apa yang mewakili kod itu. Warnanya adalah warna MERAH. Letup keh hahaha... Takkanlah SNP tak mampu nak cari pakar IT yang boleh updated selalu laman web Siti Zone ni? Ruang chat takde. Tak ada update video atau beletin xtvt DCT. Cuba meriahkan web ni, barulah gempak.



Dan nampaknya DCT lebih aktif di twitternya. So, dicadangkan, apa kata tutup aje Siti Zone ni. Macam tak ada benda dalam tu. web RadioCTFM pun cam hambar gitu. Walaupu 24jam. Terkadang pendengarnya nak cecah 100 orang dalam satu masa pun susah. Hehehe... inikan pulak web Siti Zone yang dah jalan 3tahun takde updated... menyedihkan.... tetiba duk geledah twitter DCT, terpandang gambar ini;


Tak tau nak cakap apa. Nak cakap so sweet atau... eee yew... entahlah.... Apa-apa pun, aku harap laman web Siti Zone akan jadi laman web Siti Zoner yan havoc macam suatu ketika dulu. Siap ada yang bergaduh kat chat room Siti Zone masa DCT sibuk nak kahwin dengan suami dia sekarang. Yang penting Erra Fazira dan Yusri KRU jadi perbandingan ketika tu. Kesian tetiba artis tak bersalah jadi mangsa.. cane tu??? Sabar ajelah... tetiba teringin kembali pada situasi itu...

p/s: tension terpaksa update blog guna netbook sebab lappy kena virus Live Security Premium.. Aku pun tak tau macam mana tetiba dia boleh terinstall sendiri. Dah nak buka segala browser tak leh... sangat keji keh!!!




Mantap