Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Tips Sebelum Balik Kampung



Tinggal beberapa hari je lagi sebelum umat Islam di seluruh dunia termasuklah Malaysia akan meraikan kejayaan berpuasa di bulan Ramadan dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Dalam menantikan kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, sepatutnya kita tidak melupakan juga sepuluh malam terakhir Ramadan yang sepatutnya kita hiasi dengan ibadah.

Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kali ni aku nak kongsi panduan / tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri.

 Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Sebab tu lah pentingnya semangat berjiran ni kan. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Dapatlah polis buat rondaan kalau ada yang maklumkan dekat dorangkan. Kalau korang duk kat kawasan yang tak ada jiran dengan polis. Senang citer dekat dengan hutan atau dalam hutan. Berpesanlah kepada berok-berok, monyet-monyet dan binatang-binantang liar yang ada supaya jaga rumah korang. Biasanya pencuri memang tak berani masuk rumah yang ada binatang liar nih.

Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk. Kalau rumah korang tak ade kunci pada pintunya, tak payah susah-susah nak kunci. Biarkan semua pintu yang ada terbukak. Pastu pasanglah semua lampu dan radio. So, kalau pencuri tengok keadaan rumah anda macam tu. Garenti dia tak akan masuk sebab mereka akan ingat rumah tu ada orang.

Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bungan. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang. Jadi, jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya. Yang korang ngengada letak kunci bawah alas kaki dgn pasu bunga apa hal? Belilah peti khas untuk simpan kunci lekat kan dinding luar rumah. kan lagi vogue gitu. Kalau tak ada orang yang sudi terima kunci rumah korang tuh, korang boleh pergi kedai pembuat kunci yang diusahakan oleh peniaga berbangsa Cina atau India, suruh dia orang simpankan kunci tu okey? Kalau kunci korang tetiba hilang masa duk sibuk beraya di kampung, boleh terus duplicate kunci sekali kan? kelas tak idea nih? Hehehe...

Hentikan langganan akhbar/majalah
Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan korang dekat rumah. Kalau dah surat khabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidakkan. Disamping tu juga dapatlah berjimat sebab tak payah langgan dalam tempoh kita bercuti tu. Kalau rasa macam rugi sbb dah langagn bayaran tahunan, alang2 tu anda teruskan pembaziran dengan melanggan hantu pocong, kuntilanak, puntianak, toyol  dan sebagainya segala hantu yang ada dari Mak Esah yang korang kenal. Tp pastikan korang balik malam rayalah. Kalau balik awal sure langganan tak diterima dek, masa tu semua hantu kena ikat. So, bila dah raya, segala jembalang tanah ni dah bebas. So, langgan mereka ikut harian supaya jaga pintu depan dengan pintu belakang. Sure pencuri takkan masuk kalau ada puntianak atau pocong duk berdiri dan loncat2 depan rumah atau belakang rumah korang.

Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut. Kalau hal kecil macam ni korang tak boleh nak buat sebab bagi korang leceh! Sebelum balik kampung tu, korang bakar dulu rumah korang. So, bila rumah korang dah rentung, tak ada apalah yang perlu pencuri curi, tul tak? tak perlu risau. Balik kampung dengan hati yang tenang.

Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah. Sekarang dunia dah moden. Beli aje alat sensor khas untuk lampu luar. Bila cuaca gelap, akan automatik menyala. Hallo, dah ada keh alat tu di pasaran. Kalau boleh jgn buat untuk lampu luar aje. Set seali untuk lampu kelip2 hari raya tuh, dengan pelita elektrik. Bila malam je, semua lampu tu menyala. Meriah rumah uols walaupun tak ada orang. So, pencuri pun akan sangka korang tak balik kampung beraya. Kalau ada budjet lebih, set masa untuk bunga api merdeka atau new year tu. Setiap malam jam 12 malam, meletup sendiri depan rumah. Sure meriah. Wahhh...

Letak paku atau kaca setiap  satu meter dari pintu masukCara ni mungkin mebahaya. Tapi kesan pada pencuri memang mendalam. Kalau boleh jgn pakai paku semat. Bubuh paku payung tuh. kalau boleh paku yang lebih 2 inci panjangnya. So, kalau pencuri tu pakai kasut sure bobos kena kaki dia kan? Takdenyer pencuri mampu ak beli safety booth. Kalau dia org tetap teruskan mencuri, sekurang-kurangnya korang dah buat kaki dia orang luka. Lebih baik hujung di setiap paku tuh bubuh racun. Paku tu pulak yang dah berkarat. Bernas tak idea? Kekeke....

Buat pagar dan tombol pintu elektrik
Kalau ada budjet lebih jika nak dibandingkan dengan harta korang yang juta2 dalam rumah tu, tak luak kut berhabis buat pagar pintu besi berkuasa eletrik. Siapa pegang je kena renjatan eletrik. Kalau boleh, jangan kat pintu aje. kat tingkap sekali. Kalau boleh kuasa eletrik tu yg boleh melumpuhkan pencuri. Sure korang akan dapat tangkap pencuri tu. Kalau seminggu korang bercuti. Berkuaklah pencuri tu lumpuh kat rumah korang. Silap2, dah mati busuk jadi bangkai baru korang balik. Hehehe...

Tampal notis depan rumah
Kalau korang berani tanggung risiko cara ni, cubalah buat. Tulis kat pintu depan atau pagar depan; "Rumah kosong, tak ada orang. Banyak barang berharga dalam rumah. Dianggarkan jumlahnya dalam 16 juta dolar Amerika. Silalah curi!" ~ pencuri akan jadi was-was nak curi kerana kita berani buat notis mcm tu. Mesti dia orang akan anggap notis tu perangkap untuk menangkap mereka. So, tak jadilah mereka nak mencuri.

Letak binatang peliharaan depan rumah
Kita orang Islam haram memelihara hanjing atau babi. Eh, ada ke orang bela babi letak depan rumah? Musykil jap. Hehehe... So, korang pakat2 lah bela harimau atau singa. Tambat sekor kat depan rumah. Sekor lagi tambat kat pintu dapur. Jangan nak letak buaya atau ular. Binatang dua ekor ni tak berbunyi dan pasif. Tak ganas. So dua binatang yang dicadangkan tadi adalah binatang yang terbaik. Kalau korang dapat train singa atau harimau tu boleh jaga rumah korang lagi bagus. Kekeke...

Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat Islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan. Kalau korang tetap tak yakin dengan doa korang, tampallah ayat-ayat suci al-Quran dan letaklan poster ayat-ayat yang menjelaskan hal kematian, balasan akibat mencuri, seksaan dosa mencuri kat pintu pagar dan pintu rumah. Set sekali alarm rumah yang memutarkan bacaan Yassin. InsyaAllah... pencuri akan insaf.


So, di harap tips2 yang aku kongsikan ni dapat menambah sedikit idea korang sebelum balik kampung okey? Mana yang boleh ikut tuh ikutlah. Mana yang tak boleh nak ikut tu, lantak korang lah...
"SELAMAT HARI RAYA!"


Mantap