Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 19 September 2012

Zulaikha The Spy - Bab 01



BAB 01


(Plot 1)

BULAN mengambang penuh di dada langit. Kelihatan kepulan awan tipis berselerak di hamparan langit hitam yang berkilauan dengan kelipan bintang yang bersinar. Di kala pekan kecil ini semakin sunyi, di celah bangunan kedai lama kelihatan empat menusia sedang kejar mengejar. Dua lelaki berbaju T-shirt dan berseluar jean, berlari lintang pukang di kejar oleh dua manusia berjaket kulit dari belakang.

“Berhenti!” jerit salah seorang dari manusia yang memakai jaket kulit itu. Memberi arahan kepada dua lelaki berbaju T-shirt di hadapannya berhenti dari terus berlari.

Dua lelaki di hadapan mereka tidak mengendahkan arahan itu sebaliknya terus berlari laju menyelamatkan diri. Masakan mereka ingin menyerah diri? Bagai menghulur tengkuk pada bilah pedang jika mereka serah diri. Perkara yang mereka lakukan bukan calang-calang. Mengedar dadah jenis syabu salah di sisi undang-undang Malaysia.

Mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, 39A(2) Memiliki 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali atau 39B MENGEDAR 50gm ke atas atau lebih – MATI MANDATORI.

Kedua manusia berjaket kulit hitam tadi saling berpandangan. Mereka tiada pilihan lain selain mengunakan kekerasan. Serentak mereka berdua mengangguk sekali lalu masing-masing mengeluarkan seleras pistol jenis AVUZ 16 dari jaket masing-masing. Dalam larian laju, tangan masing-masing mula memancu pistol ke arah dua sasaran mereka di hadapan.

Mereka sudah memberi amaran untuk berhenti kepada kedua pesalah itu. Tetapi, arahan mereka tidak diendah.

Dua lelaki ini sungguh licik dalam pernigaan haram mereka sehingga pihak berkuasa sukar untuk mengesan kegiatan mereka. Dengan bantuan sebuah agensi perisik rahsia swasta, akhirnya kedua pesalah ini dapat dijejaki atas ketangkasan dua manusia ini.

Dengan pantas tuil peluru pada triggerguard ditarik lalu hujung pistol di paju tepat ke arah sasaran yang bergerak tidak sekata. Selepas mata pistol diyakini tepat mengenai kaki sasaran, pemetik mula dipetik lalu bergemalah bunyi tembakkan melantun pada dinding bangunan di kiri dan kanan mereka. Memandangkan postol jenis ini tidak dilengkapi dengan sistem silencer, bunyi tembakkan tidak dapat dikedapkan.

Salah seorang dari manusia berjeket kulit tadi pula melepaskan tembakkan. Sekali lagi bunyi tembakkan bergema di dipekan kecil ini. Peluru yang dimuntahkan tepat mengenai kaki kedua-dua sasaran dan menyebabkan kedua lelaki tadi berguling di atas tanah.

“Zulaikha, tunduk!” jerit salah seorang dari manusia berjaket kulit tadi kepada temannya bila matanya mendapati salah seorang sasaran mereka tadi mula memacu pistol ke arah mereka.

Zulaikha terkejut lalu terus menunduk. Rakannya pantas manarik tubuhnya bersembunyi di sebalik tong sampah besar di belakang sebuah kedai makan. Peluru yang dilepaskan ke arah mereka melantun terkena tong sampah besar yang diperbuat dari besi itu. Mujurlah mereka sempat mengelak.

“Kita tak ada pilihan lain, kita kena tembak tangan dia pulak,” ujar rakan setugasnya.

“Hati-hati Kamal, jangan sampai tertembak dada dia. ASP Jabir cakap, kita perlu berkas kedua-dua pesalah ni hidup-hidup untuk heret katua besar mereka,” pesan Zulaikha kepada rakan setugasnya itu.

Kamal angguk akur. Dia sudah mahir dalam hal-hal menembak begini. Dia pernah manjalani latihan ketenteraan di sebuah kolej tentera swasta beberapa tahun lalu dan sudah hampir tiga tahun dia menjadi perisik rahsia pihak polis. Sudah banyak kes besar dia selesaikan dengan jayanya.

Belum sempat Kamal memetik pemetik pistolnya, sebiji peluru sesat terkena pistolnya lalu terpelanting jauh ke arah barat. Lekas dia menyembunyikan dirinya di sebalik tong sampah besar itu.

“Zulaikha, tembak tangan dia cepat. Sebelum dia membahayakan manusia di sekelilinganya.” Arah Kamal.

Zulaikha terkejut. “Hah? Saya? Tapi saya takut tertembak dada dia. Kalau dia mati macam mana?” walaupun sudah pandai mengunakan pistol, Zulaikha masih tidak yakin dia bisa menembak dengan tepat.

“Zulaikha,” Kamal memegang bahu Zulaikha di sebalahnya. “Saya yakin awak boleh. Kalau awak berjaya selesaikan kes ni, saya yakin ASP Jabir akan bangga dengan awak.” Kamal memberi kata semangat pada Zulaikha.

Zulaikha rasa tersuntik dengan kata-kata semangat rakan setugasnya itu. Hampir dua tahun dia bekerjasama dengan Kamal. Jadi dia sudah tahu seleok belok cara kerja Kamal dalam menyelesaikan sesuatu kes itu.

Dengan semangat yang membara dan keyakinan yang tinggi, Zulaikha mula mengacu hujung pistolnya ke arah sasaran yang sudah terkapar di atas jalan raya dek kaki masing-masing lumpuh akibat tembakkan darinyanya dan Kamal sebentar tadi. Walaupun nampak yakin, di dalam dadanya tetap gementar. Dengan rasa berani yang bersisa, pemetik pistol dipetik.

Dush!!!




(Plot 2)

HARI baru menjelam. Berita tentang penangkapan dua suspek yang didapati mengedar dadah malam tadi manjadi berita hangat di dada-dada akhbar pagi ini. Dua lelaki berbangsa Cina itu telah diberkas pihak polis di sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan. Atas penangkapan itu, serba sedikit dapat membantu pihak berkuasa untuk menyiasat sehingga ke akar umbi bagi kes itu.

Akhbar dilipat dua lalu diletak di tengah tempat duduk kereta. Sedikitpun berita di akhbar itu tidak menarik minatnya untuk membaca. Kedudukan cermin mata hitam yang tersangkut pada batang hidungnya dibetulkan.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni?” lelaki tua di sebalahnya yang sedari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara.

Dia mengeluh halus. Pagi ini dia terpaksa bangun awal semata-mata untuk menghadiri mesyuarat tergempar yang membosankan. Kebiasaannya, di waktu-waktu begini dia masih nyenyak tidur di kamarnya.

“Kaulah satu-satunya anak ayah. Kalau bukan kau yang nak warisi Merbok Construction Berhad, siapa lagi? Sampai bila kau nak terus hidup berfoya-foya dan berseronok macam remaja berusia 20-an. Tahun ni, umur kau dah mencecah 34 tahun. Dah tua, kalau kau kahwin dah berderet ayah dapat cucu. Tapi kau…”

“Dahlah ayah. Darwish dah bosanlah dengar papa memebel hal ni berulang-ulang kali. Setiap kali naik satu kereta dengan ayah, hal ni jugak ayah bebelkan. Gegendang telinga Darwish ni dah bernanah dengar ayah membebel tau?” Darwish merungut sambil memandang ke luar kereta.

“Budak ni, dasar keras kepala!” Tan Sri Irfan sudah berang. Penat sudah dia membebel. Namun, perangai anaknya masih begitu. Ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi?

“Ikut perangai ayah jugak,” selamba Darwish membalas. Langsung tiada rasa hormat kepada insan yang telah menyebabkan dia dilahirkan ke dunia ini.

Tan Sri Irfan hanya mampu merengus kasar dan menjeling menyampah ke arah satu-satunya anak tunggalnya itu. Tidak tahu, bagaimana lagi caranya untuk dia mendidik anaknya itu agar mematuhi kehendaknya. Walaupun sudah berusia 34 tahun, namun sikap keanak-anakan Darwish masih tetap tebal sehingga kini. Hidupnya mahu enjoy sahaja.

“Ayah nak kau bentangkan laporan projek shopping complex kat Batu Pahat tu kat meeting nanti. Ayah dapat tahu projek tu ada masalah dari segi budjet,” arah Tan Sri Irfan serius sekali. Tiada kompromi.

“Ala ayah ni… ayahkan tahu, saya ni tak berapa pandai nak bercakap di hadapan khalayak ramai. Nanti saya tergagap-gagap,” rungut Darwish manja sekali. Jelas sifat keanak-anakkannya.

“Betuah punya budak! Sampai bila kau nak malu macam ni? Kau tu lelaki, bukan perempuan. Dah dekat lima tahun kau bekerja kat Merbok Construction Berhad tu, takkan masih malu? Kalaulah ada jual pil tak tahu malu, dah lama ayah bagi kau telan. Susah sangat nak berhadapan dengan orang ramai! Ayah tak kira, ayah nak kau bentangkan laporan projek tu!” Tan Sri Irfan tetap berkeras dengan kehendaknya. Darwish buat muka selamba. Bukan salahnya, semua ini salah ayahnya yang terlalu mengongkong hidupnya. Hidupnya tidak pernah bebas. Jarang keluar rumah dan bersosial. Memerap dalam bilik. Jika keluar ke mana-mana pun, dia akan sentiasa diawasi.

Melihat Darwish buat endah tidak endah dengan arahannya membuatkan dia mengeluh. Jika ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila sudah jadi buluh, sukar untuk dilentur. Silap lentur buluh yang disayang akan patah menjadi dua bahagian. Dia sedar kongkongan hidup terhadap anaknya itu suat u ketika dahulu menyebabkan anaknya itu kurang bertemu orang ramai. Senang bekerja di dalam pejabat sahaja tanpa menghirup udara segar. Dia lakukan semua itu kerana dia terlalu sayangkan Darwish. Darwish satu-satunya warisnya. Dia tidak mahu warisnya itu di apa-apakan. Hidup sebagai seorang ahli korporat berjaya tidak lari dari sikap hasrat dengki. Jadi, dia perlu berhati-hati.

Hanya keluhan demi keluhan yang mampu dihembus keluar. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Sikap anaknya masih begitu. Masih tidak matang. Lima minit kemudian, kederaan yang dinaiki mereka sampai ke perkarangan bangunan Merbok Construction Berhad.  



(Plot 3)

ASP JABIR tersenyum bangga melihat ke arah kedua manusia di hadapanya. Bangga bila misi besar yang diserahkan kepada mereka berdua berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat. Tidak pun sampai seminggu, suspek dapat diberkas walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.

ASP Jabir lebih lama memandang ke arah Zulaikha. Ini tugas besar pertama untuk gadis tinggi lampai itu yang berpangkat Inspektor. Dia kagum, walaupun Zulaikha tidak berperwatakan kasar, dia tetap tangkas dalam melakukan tugasnya.

Akhbar di tangan diletak di atas meja. Hampir lima minit tiga manusia itu berada di pejabat itu. Namun, sepatah bicara pun tidak kedengaran.

Zulaikha dan Kamal saling berpandangan. Hairan mereka melihat ketua mereka itu. Sedari tadi tersengih sambil melihat mereka berdua silih berganti.

“Saya bangga dengan awak Zulaikha. Ini tugas berat pertama awak. Tapi, awak dapat laksanakan dengan baik.” puji Jabir dengan sengihan yang semakin meleret.

Lega Zulaikha selepas mendengar kata-kata ketuanya itu. Dia kembali memandang Kamal di sebelahnya dengan senyuman gembira.

“Kan saya dah cakap pada Tuan sebelum ni. Walaupun Zulaikha ni lemah lembut orangnya. Dia tetap tangkas dan cekap.” Kali ini pujian telah dibuat oleh Kamal. Matanya terus memandang Zulaikha yang sudah kerisin. Malu bila dia dipuji melambung tinggi.

“Janganlah cakap macam tu, segan saya …” tersipu-sipu malu Zulaikha dibuatnya.

“So, lepas ni tak perlulah Tuan bagi tugasan kecil pada Zulaikha. Pasti dia dapat laksanakan tugasnya dengan cekap dan tangkas selepas ni,” cadang Kamal. Di dalam hatinya terselit satu niat yang dipendam-pendam selama ini.

ASP Jabir tergelak kecil. Ya, dia sedar dia selalu bagi tugas kecil pada Zulaikha. Dia menyangka wanita itu hanya mampu buat kerja-kerja pengintipan kecil. Rupanya, kemampuan wanita itu melebihi dari apa yang dia sangka. Dasyat!

“Maafkan saya Zulaikha, kerana menganggap awak selama ni tak mampu buat tugas yang besar macam ni. Tak sangka, pelantikan awak menjadi pembantu Kamal atas dasar kekurangan angkota, terselit satu hikmah untuk awak dan unit kita ni,” ujar Jabir sambil memandang Kamal sekilas.

Kamal mula mengukir senyum lebar. Senang hatinya mendengar kata-kata ketuanya itu. Matanya akan sekejap-sekejap memandang Zulaikha di sebelahnya. Nampak gayanya, niat hatinya semakin mudah untuk dilaksanakan.

“Tak apa Tuan, mungkin rezeki saya baru sampai,” balas Zulaikha masih tersipu malu. Dia sendiri tidak menyangka dia bisa melepaskan tembakan tepat ke pergelangan tangan sasaran. Entahkan nasib menyebalahi dia atau sebab dia memang sudah mahir menembak.

“Baiklah, memandangkan awak dah berjaya selesaikan kes ni, saya akan naikkan tugasan awak kepada tugasan yang lebih mencabar selepas ini. Kalau ada kes yang besar saya akan serahkan pada awak. Macam mana? Ada berani?”

Zulaikha terkaku seketika memandang ASP Jabir di hadapannya. Beberapa saat kemudian dia memandang pula Kamal di sebelahnya. Terkejut dan tidak sangka dengan apa yang ASP Jabir baru katakan tadi.

“Betul ke Tuan?” tanya Zulaikha ingin memastikan apa yang didengarnya tadi adalah kenyataan dan bukannya khayalan semata-mata.

ASP Jabir angguk sambil tersenyum. Dari duduk bersandar pada kerusinya kini dia sudah duduk menegak sambil kedua tangannya di atas meja. Matanya memandang Zulaikha dan Kamal yang duduk di hadapannya bergilir-gilir.

“Ya… kenapa? Awak tak yakin?” ASP Jabir menjawab dengan soalan.

“Emmm… bukan macam tu. Cuma saya agak berdebarlah. Yalah, tak sangka kerana sepas ni, saya akan dapat kes yang lebih besar.”

“Mungkin awal-awal ni agak kekok dan tak tahu nak buat apa. Sama macam Kamal masa mula-mula dulu. Selalu ulang-alik berjumpa saya tanya pendapat. Bila dah lama-lama tu, okeylah nanti.” Jelas ASP Jabir cuba menenangkan debar salah seorang anak buahnya itu.

“Baiklah Tuan, saya sedia menerima tugasan,” akur Zulaikha.

“Tapi ini tidak bermakna awak tak akan buat kerja lain. Kalau tak ada kes lain untuk awak, dan hanya ada kes kecil, saya akan bagi pada awak juga ya?”

Zulaikha angguk faham.

“Kalau macam tu, kita bersurai. Kalau ada kes baru saya akan hubungi kamu berdua,” ujar ASP Jabir sambil mengemas mejanya.

Zulaikha angguk. Kamal di sebelahnya kelihatan gelisah seolah ada sesuatu yang ingin diluahkan tapi tidak mampu diutarakan. Dadanya terasa senak menahan apa yang sedang dipendamnya ketika ini.

Zulaikha dan Kamal serentak bangun dari duduk.

“Kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dululah tuan,” pinta Zulaikha.

“Tuan, Zulaikha…” tiba-tiba Kamal yang sedari tadi terdiam mula bersuara. Kelihatan gugup sekali.

Zulaikha yang baru sahaja ingin menyusun langkah untuk keluar dari pejabat itu terhenti langkahnya. Dia berpaling ke arah Kamal serentak dengan ASP Jabir.

“Ada apa-apa yang awak nak bagi tahu ke, Kamal?” tanya Jabir hairan melihat kegelisahan salah seorang anak buahnya yang berpangkat Cif Inspektor itu yang sebelum ini kelihatan begitu tegas dan serius sekali. Tapi, diketika ini lelaki itu kelihatan canggung pula.

“Hmmm….” Tidak tahu pula bagaimana ingin diluahkan. Tetapi, dia tetap ingin meluahkan. Dia sudah tidak sanggup untuk memendam lagi. Jika dia lambat, dia khuatir ketuanya itu akan mengekalkan keputusannya. Dia merasakan sekaranglah waktunya untuk dia meluahkan apa yang terpendam sejak dulu.

Zulaikha yang turut hairan melihat sikap Kamal itu turut menanti jawapan dari lelaki itu. Suspen pula dibuatnya.

“Emm…” dengan keberanian yang bersisa, Kamal mula berbicara. “Memandangkan Inspektor Zulaikha baru dinaikan skop pekerjaannya dan masih baru untuk melaksanakan tugas besar selepas ni. Boleh tak awal-awal ni Tuan lantik dia jadi pembantu saya? Sepanjang menjadi pembatu saya nanti, dia boleh belajar selok-belok menyelesaikan kes besar. Bila dia sudah betul-betul yakin dan mahir, baru boleh bagi dia uruskan sendiri tugasan besar yang lain,” berjela Kamal meluahkan apa yang terpendam disokong dengan hujan yang munasabah.

Takut-takut Kamal memandang ASP Jabir dan Zulaikha. Khuatir cadangannya itu ditolak mentah-mentah oleh mereka berdua.

ASP Jabir terdiam sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusinya. Cadangan Kamal itu ditimbang seketika. Ada benarnya juga cadangan Kamal itu. Boleh diguna pakai.

“Betul juga kata-kata kamu tu Kamal.” Jabir bersetuju dengan cadangan Kamal. Dia memandang ke arah Zulaikha pula. “Awak pulak macam mana Zulaikha? Boleh atau tak jadi pembantu Kamal buat sementara waktu?” pertanyaan beralih kepada Zulaikha. Zulaikha terkaku. Wajah Kamal dan ASP Jabir di pandang silih berganti. Terkedu dia buat seketika.




Plot 4

SEMUA ahli lembaga pengarah yang ada di dalam bilik mesyuarat itu bertepuk tangan atas pembentangan laporan yang barusan dibentangkan. Kecuali Tan Sri Irfan yang sejak tadi memandang sinis ke arah anak tunggalnya yang duduk di hadapannya. Setiap kali mesyuarat, anaknya itu sering kali sahaja memalukannya.

Darwsih akan tergagap-gagap setiap kali berhadapan dengan orang ramai. Menyebabkan ahli lembaga pengarah yang lain mula sangsi dengan potensi dan kreabiliti Darwish sebagai bakal pewaris Merbok Construction Berhad.

“Nampaknya, anak abang tu masih macam tu walaupun hampir lima tahun berkhidmat di syarikat ni. Dia tu macam ahli senyap di Merbok Construction Berhad. Tak pernah nak sumbang idea dan terlalu malu nak berhadapan dengan orang ramai. Abang dah cuba carikan ubat untuk sikap malu dia tu?” bisik Dato' Zabadi kepada Tan Sri Irfan merangkap abang iparnya itu.

Tersentap hati Tan Sri Irfan mendengar kata-kata adik iparnya itu. Dia tahu, adik iparnya itu ada menyimpan satu niat terhadap Merbok Construction Berhad. Seboleh-bolehnya dia ingin menjatuhkan Darwish dan ingin menangkan anak lelakinya yang baru sahaja selesai membentang laporannya sebentar tadi dan mendapat pujian yang melambung tinggi dari ahli lembaga pengarah yang lain.

“Kau jangan nak cuba-cuba mengajar aku,” balas Tan Sri Irfan dengan nada sinis sekali. Namun, senyuman masih melekat pada bibirnya. Dia tidak mahu kemarahannya terhadap Dato' Zabadi diperasani oleh ahli lembaga pengarah yang lain.

“Aku hanya memberi cadangan. Nak dibandingkan Qadir dan Darwish tu, aku rasa Qadir lagi layak jadi CEO Merbok Construction Berhad mengantikan tempat kau kelak,” sengaja Dato' Zabadi memprovok hati Tan Sri Irfan agar bisa menerima kenyataan yang sebenar. Semua orang tahu, waris tunggal abangnya itu tidak berfungsi di dalam syarikat ini. Bila-bila masa sahaja boleh disingkirkan.

“Baiklah, segala laporan sudah dibentangkan, dan sebab musabab kenapa projek membina pusat membeli belah di Batu Pahat itu mengalami kelewatan sudah diketahui. Ada apa-apa pertanyaan?” tanya speker mesyuarat.

Semua saling berpandangan antara satu sama lain. Tiada yang mahu mengutarakan soalan menandakan penjelasan Qadir tadi sudah jelas dan sempurna.

“Jika tiada pertanyaan lagi, mesyuarat bersurai,” sambung speker mesyuarat lagi lalu semua ahli lembaga pengarah mula angkat punggung untuk meninggalkan bilik mesyuarat itu.

“Fikirkanlah, sampai bila kita nak terus menanti Darwish tu bersedia sedangkan kita memang dah ada calon yang sesuai. Aku rasa kalau Qadir tu jadi pesaing Darwish, ahli lembaga pengarah yang lain pasti memilih Qadir yang bijak tu dari pilih Darwish yang malu tak bertempat tu,” sempat lagi Dato' Zabadi menyindir abang iparnya sendiri sebelum melangkah meningalkan bilik mesyuarat itu.

Tan Sri Irfan yang duduk di kerusi paling depan hanya mampu menahan geram. Lama dia memandang Darwish di hadapannya yang sedang enak terlena sambil duduk sedangkan dewan sudah mula lengang. Kalau bom jatuh, pasti dia tidak sedar.

Dia hanya mampu mengeleng kepala. Ingin memarahi dia sudah muak. Dia diam seketika sambil merfikir sesuatu. Apa pun cara dia perlu merubah diri anak tunggalnya itu. Merbok Construction Berhad perlukan Darwish yang uruskan dan bukannya Qadir. Dia perlu berbuat sesuatu! Nekadnya. Tapi bagaimana? Dia masih buntu.



PLOT 5

BERADA di dalam bilik mesyuarat seperti di dalam bilik termenung. Membosankan! Walaupun manusia-manusia di sekelilingnya sibuk menyemak laporan di tangan masing-masing. Dia pula, boleh mengantuk dan beberapa kali terlelap. Macam-macam hal betul waris tunggal Tan Sri Irfan ini.

Selesai sahaja mesyuarat tadi, dia terus meninggalkan bilik mesyuarat itu. Malas mahu berlama-lama di pejabat yang sekali imbas seperti berada di dewan parlimen. Cuma keluasannya sahaja yang berbeza. Dia tidak melencong ke mana-mana. Sebaliknya terus ke pejabatnya.

“Bosan! Asyik meeting aje… tak boleh ke meeting ni di masuhkan dalam dunia ni. Aku dah bosan. Balik-balik mengadap jutaan angka dan huruf. Tak pun, segala carta dan graf nak kena nilai. Tak ada ke robot yang boleh bekerja macam manusia?” bebel Darwish sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuknya.

Mulutnya terus merungut-rungut yang bukan-bukan.

Beberapa saat kemudian, alat interkom di atas mejanya dicapai. Butang bernombor dua ditekan. Nombor yang sudah disetkan untuk pembantunya di luar.

“Shafiq, aku nak keluar. Bosan duduk ofis, suruh driver datang sekarang!” arahnya serius sekali lalu menamatkan panggilan.

“Aku tak boleh duduk lama-lama kat dalam ofis ni. Boleh gila aku dibuatnya.” Bebelnya lagi sendirian sambil mencapai beg sandangnya. Dia perlu meninggalkan pejabat ini sebelum Tuan Pengerus merangkap ayahanda tercintanya muncul. Sudah pasti si tua itu sedang mencarinya ketika ini untuk memaki hamun. Setiap kali selepas meeting, dia pasti akan di maki. Jadi, dia perlu cepat!

Laju sahaja langkahnya meninggalkan pejabatnya.

“Syafiq, cepat! Aku tak nak orang tua tu nampak kita cabut lari,” arah Darwish sambil memanjangkan langkahnya menuju ke arah lif.

Syafiq, pembantu peribadinya tergesa-gesa mengikut langkah ketuanya itu. Sempat dia mencapai I-Padnya sebelum melangkah jauh. Gadget itu penting di zaman ini. Semuanya hanya di hujung jari. Segala data dan temu janji ketuanya boleh di simpan terus pada peranti kecil itu. Semuanya sudah mengunakan alat elektronik. Kertas dan pen masih tidak dilupakan. Ada masanya kertas dan pen masih lagi berguna.

“Kita nak ke mana ni bos?” tanya Syafiq takut-takut.

“Kau jangan nak banyak tanyalah. Ikut aje…” bentak Darwish kasar sekali sambil menjeling menyampah ke arah pembantu peribadinya itu.

Syafiq hanya tertunduk akur. Mereka berdua berhenti melangkah betul-betul di hapan lif yang pertama di aras itu. Butang turun ke bawah ditekan.

Diam. Masing-masing melihat meter lif. Menanti dengan penuh debaran. Syafiq tahu, ketuanya itu cuba melarikan diri dari ayahnya. Begitulah setiap kali selepas mesyuarat. Dia yang sudah bekerja sebagai pembantu peribadi Darwish Darnie bin Tan Sri Irfan sejak setahun lalu, sudah lali dengan sikap ketuanya itu.

Selama ketuanya itu bekerja di Merbok Construction Berhad ini, hampir 50 orang sudah berhenti kerja dari menjadi pembatu peribadinya kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai Darwish yang suka hati dia sahaja mahu buat apa. Buat masa ini dialah satu-satunya manusia yang tahan dengan perangai Darwish. Tapi, kalau dia ada tawaran lain, dia sanggup berhenti. Tak tahan!!! Hari-hari melayan kerenah Darwish boleh jadi gila. Tidak matang selaras dengan usianya langsung.

“Apa hal lif ni lambat? Siapa yang buat lif ni? Nak kena saman kontraktor yang buat lif ni aku rasa,” bebel Darwish lagi. Tidak habis-habis mahu menyalahkan orang lain. Yalah, jika sudah dalam terdesak, semua benda pun di anggap salah. Dia sahaja yang betul.

“Sabarlah bos, takkan lari lif ni kalau di kejar,” Syafiq menjawab. Dia sahaja yang berani menjawab. Staf-staf lain yang ada di bangunan ini memang takut dengan Darwish.

“Hisy budak ni, menjawab!” maki Darwish sambil mengangkat siku. Cuba menyiku pembantu peribadinya. Mujurlah sekadar mengacah sahaja.

“Ampun bos, saya bergurau aje,” mohon Syafiq sambil menyatukan kedua tapak tangannya. Memohon maaf.

“Huh!” rengus Darwish sambil menjeling benci pada Syafiq di sebelahnya. Ting! Pintu lif terbuka. Bila pintu lif terbuka terpancul wajah Tan Sri Irfan bersama pembantunya.

Darwsih terkaku. Perlahan-lahan dia memandang Syafiq di sebelahnya. Syafiq pun nampak cuak.

Perlahan-lahan Darwish memusingkan tubuhnya ke belakang. Bersiap sedia untuk melarikan diri. Dengan kiraan tiga, dia mula menyusun langkah meninggalkan lif itu. Belum pun sempat mahu melangkah jauh, beg sandangnya sudah dipaut oleh Tan Sri Irfan dari belakang lalu dengan kasar di tarik ke dalam lif.

“Argh!!!” jerit Darwish sambil menarik cuping telinga Syafiq. Tidak fasal-fasal Syafiq turut melangkah masuk semula ke dalam lif sambil memekik kesakitan kerana di tarik cuping telinganya.

“Kau nak ke mana? Setiap kali meeting, kau tak habis-habis nak malukan ayah, kan?” marah Tan Sri Irfan sambil memulas cuping telinga anaknya selepas pintu lif tertutup. Diperlakukan anaknya itu persis anak kecil pula.

“Adoi ayah! Sakitlah!” pekik Darwish sambail menahan telinganya.

“Tahu pun kau sakit, kan? Sakit hati ayah kau ni kau tak fikir? Disebabkan kau Uncle Zabadi kau dengan sesuka hati dia nak sindir aku ada anak pemalu macam kau!” sambung Tan Sri Irfan lagi.

Syafiq sudah mendukung pembantu Tan Sri Irfan untuk menutup kamera litar tertutup yang ada di dalam lif itu. Itulah kerja mereka berdua kalau dua beranak itu bergaduh di dalam lif.

“Ayah dah tahu Darwish pemalu, kenapa…”

“Tak habis-habis nak malu. Sampai bila kau nak malu macam ni? Kau malukan ayah, tak pula kau rasa malu?” pintas Tan Sri Irfan.

“Adeh….” Rengek Darwish sambil menahan telinga.

Ting!

Pintu lif terbuka. Masing-masing terus berlakon seolah tiada apa-apa berlaku. Muncul seorang wanita di muka pintu. Tan Sri Irfan dan Darwish terkejut melihat kemunculan wanita itu tanpa di duga. Buat seketika, mereka berlima saling berpandangan.

Baca seterusnya DI SINI.

Mantap