Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 2 September 2012

Ainan Tasneem - Aku Suka Dia





Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…


Ulasanku:

SEJUJURNYA aku suka melodi lagu ni. Simple dan relaxs je dari mula sampailah ke saat yang terakhir. Kalau dengar dikala kestressan *ayat barukah?* memang sesuai sangat. Cuma masa nak tenangkan fikrikan tu sambil mendengar lagu ni, tapi bila minda aku menghayati liriknya, terussssss.... hilang mood... dan hanya menghayati melodinya sahaja.

Mungkin ini percubaan pertama Ainan mencipta lagu berserta liriknya. Cumanya dia berjaya dalam mencipta melodi, bab lirik tu macam tak berapa nak kena dengan dia yang seorang wanita muslimah dan bertudung. Bila tengok official video klip dia tu pun macam sangat pelik dan aneh gitu untuk seorang gadis desa yang ayu sopan dan bertudung gitu...

Mungkin benar kata orang, jika kita rasa tak mampu lakukan sesuatu tu, silalah minta pertolongan pada yang pakar. Jika anda berfikirkan luar kotak dan kreatif, cuba anda baca lirik di atas *untuk yang tak pernah dengar lagu ni atau tak suka lagu ni* dan nyanyi balik *pada yang suka lagu ni*.

Haiyooo... sangat street the point okey... untuk seorang perempuan sepertinya yang ayu dan sopan gitu. Wahhh... 
"Aku lihat dia di sana.. Aku ingin mendekatinya...Aku cuba menghampirinya...Lalu aku menyapa dia.."
Lirik kat atas tu menyerlahkan yang 'Perigi Cari Timba' #pitam jap.  Tapi takpelah... zaman dah moden. Siapa lambat dia tak dapat. So, dipuji dengan sikap si gadis yang sanggup merendahkan egoisnya untuk mendekati si jejaka. Walaupun bertudung... tak salah tapi kureng manis sikit kalau jumpa berdua bawah pokok dek... boleh mengundang fitnah gitu... tercemar pulak imej bertudung cik adik nanti. *Rujuk video kilp*.


" Dia pun membuka bicara... Dan aku mulai mengenalnya... Kita mulai bermain mata... Mula timbul rasa bahagia... "
Perenggan kedua pun macam tak berapa nak kena jugak dengan imej gadis bertudung yang sopan dan ayu. Siap main mata lagik. Baru tegur kali pertama dah main mata dan terus rasa bahagia... wahhh... mungkin si gadis dah admire lama kut dengan si jejaka. *Hero dalam video ni buat pertama kali wajahnya biasa2 aje*.

So untuk lirik yang seterusnya korang baca dan nyanyilah sendiri. Sangat perigi cari timba. Tapi tak apalah asalkan mereka bahagia. Tapi kena pastikanlah video klip tu kena dengan suasana dan tema dek. Modelnya bertudung rapat, tup-tup jumpa tepi bendang berdua-duaan di bawah pokok. Tak manis untuk imej wanita bertudung. Bisa sahaja mengundang tanggapan negatif dari para penonon... bapak2 ibuk2 semuanya yang ada di sini... #Eh! Hahaha....

Apa-apa pun lagu ni memang best. Cuma liriknya mungkin tak berapa nak kena dengan imej penyanyinya. Sedangkan penulis lirik pun biasanya menulis lirik bersesuaian dengan penyanyinya. Bukan main hentam kromo jek. Inikan pulak lagu untuk diri sendiri. Hope single kedua lirik lebih mantop... Jangan jadi macam lagu Najwa Latif tu, KOSONG... aku tak berapa nak faham apa kaitan kosong dengan jalan cerita lagu tu. Bila dikombinasi dengan video klip, lagilah bercelaru otak aku nak hadam. Hahaha....

Peace no war!!!!


Mantap