Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 2 September 2012

Jalan-Jalan Cari Makan 2012: Iqram Dinzly ~ best!

TAK SANGKA, posting aku yang bertajuk 'Jalan-Jalan Cari Makan: Iqbal & Shiha ~ Boring!' dapat jumlah pembaca kedua tinggi dalam blog aku. Hampir 10K pembaca. Tak sangka plak. Mungkin tajuk tu kontroversi kut. Apa-apa pun komen aku tu adalah luahan isi hati aku yang tulus ikhlas gitu. Disebabkan dua pengacara ini juga aku macam dah tak berminat nak menononton JJCM lagik. Konsep yang mereka cuba ketengahkan pun tak berapa menjadi.

Namun, seperti yang aku sangka, ianya jadi betul-betul. Masuk musim terbaru beberapa minggu sebelum puasa hari tu, telah diganti pengacaranya. Pengacara baru yang belum pernah muncul menjadi pengacara di JJCM. Nak tahu siapa pengacaranya? Sah2 kat tajuk posting aku tu aku dan type nama dia kan? Siapa lagi kalau bukan Iqram Dinzly!


Perubahan atau pemilihan pihak JJCM menjadikan Iqram Dinzly sebagai pengacara JJCM yang baru memang menjadi. Walaupun jejaka ni tak pernah nampak mengehoskan rancangan begini, personaliti dan gaya ketika mengacara dan menjamah juadah yang dihidang tetap menarik penonton untuk terus menonton dan berasa lapar. Konsep terjah dapur dan masak bersama dengan Chef walaupun sebelum ni dilakukan oleh Iqbal dan Shiha, namun bila diambil alih oleh oleh Iqram, slot kecil itu nampak menarik dan kesungguhan Iqram dalam menyediakan makanan yang ingin dimasak nampak teruja sekali. Kita yang tengok pun teruja nak masak sekali.

Iqram nampak bertenaga, ceria dan ada style dia sendiri ketika mengacara dan menjamah makanan yang ingin disiarkan. Latar suaranya juga nampak bersahaja tanpa ada nada mengacara rancangan pendidikan. Apa yang pasti gaya mengacara Iqram dan Qi tersangatlah berbeza dan tiada klonnya. Menonton JJCM yang dihoskan oleh Iqram bagai kita sedang menonton JJCM untuk musim pertama. Tahniah TV3 dan pihak JJCM kerana tuakar pengacara sebelum ini kepada pengacara yang baru ini.




Di atas ni video promo Iqram mengacara JJCM... nilailah sendiri andai pemerhatian kita berbeza.


Mantap