Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 2 September 2012

Personaliti TV3 tersasul kata BINTULU DAIF





BINTULU – Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mahu pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili di dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kenyataan maaf tersebut patut dibuat secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.
Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

“Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Mardeka dari Dataran Merdeka semalam, “ katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.

Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

Katanya Bintulu sudah lama membangun dan Pemuda PBB Sarawak agak kesal apabila orang Malaysia sendiri tidak mengetahui keadaan dan kedudukan Bintulu sehingga beranggapan ianya jauh di pedalaman.
Oleh yang demikian, katanya personaliti TV3 itu perlu berusaha untuk menjadi wartawan yang membuat laporan berdasarkan penyelidikan yang rapi.

“Diharap pihak pengurusan TV3 akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu kenyataan tersebut menjadi perbualan aktif dalam media sosial seperti Facebook dengan satu akaun khas ‘Sila Mohon Maaf secara terbuka Cik Nurul Syuhada & TV3′ dibuat yang kini mendapat sokongan lebih 2,000 ahli termasuk seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Sarawak.

Turut merasa tempias ialah akaun FB MHI TV3 yang mendapat reaksi negatif dari penduduk negeri ini dengan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pengacara tersebut dan mahu minta maaf dibuat secara terbuka. – MStar



Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia.

Syuhada, " Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak...

Fedtri, " Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching....

Syuhada, " kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....



Kat bawah ni plak keratan gambar dari facebook MHI TV3 yang diserang habis-habisan sejak 31 Ogos yang lalu. (Keratan terpilih sahaja)






Berikut adalah surat terbuka online dari seseorang yang terasa dengan kes ni:





Ni pulak page FACEBOOK yang diaorang buat.:


Nak klik like boleh masuk sini > http://www.facebook.com/AduanRakyatBintulu




Ni pulak pengakuan maaf dan tersasul personalitiy TV3 ni melalui laman Twitternya...




Ulasanku:

Dari apa yang aku dah baca kat komen2 dan pengkritik bebas di Facebook dan blogger. Aku beranggapanlah, kalau silap maaf yer, Nurul Syuhada ni tak sedar masa dia sebut perkataan daif tu. Sebab delam kepala dia, dia hanya fikir Kuching aje yang dah maju, daerah lain masih tak maju lagi. Tu pasal tersasul macam tu. Aku sokong pada yang bagi pesanan positif yang menyuruh wartawa banyakkan membaca hal isu2 semasa untuk mengelak hal sebegini berlaku lagi. Sebab itu sudah menjadi tanggungjawab seorang wartawan supaya sentiasa berpengetahuan luas.

Pada yang kutuk negatif tu, harap tak teruskan lagi kutuk dan makian. Nurul Syuhada tu tetap manusia biasa. Terkadang ada juga kurangnya. Memaafkan lebih baik dari terus memprovok yang bukan-bukan sehingga mencetus persengketaan. Itu ajelah ulasan aku... salam Satu Dunia!


Mantap