Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 10 September 2012

Sekeping ijazah tidak jamin kehidupan yang lebih baik

klik untuk saiz gambar sebenar
TERTARIK aku dengan artikal di atas. Walaupun dah lama artikal ini seperti tarikh yang tertulis padanya, aku baru tahu akan kewujudanya *out datedkah aku?*. Bila baca keratan akhbar di atas, memang apa yang diluahkan adalah benar. Sekeping sijil/diploma/ijazah tidak menjamin masa depan yang cerah. Walau bagaimanapun, tak semualah. Rezeki Allah dah tetapkan untuk setiap hambaNya. Kalau ada rezeki, kerjalah kita mengikut kualiti pendidikan yang kita ada. Kalau tak, memang jadi bidang terjunlah gamaknya.

Sejujurnya aku juga ada diploma. Bukan sekeping. Ada dua keping berlaina jenis jurusan. Tapi, karier aku sekarang memang tak ada kaitan langsung dengan apa yang aku belajar. Diploma aku aje harganya hampir 48K. Tapi, macam tak laku aje di pasaran. Sedih kan? Bila dah terlalu lama dibiarkan pelajaran yang kita belajar, sekarang ni rasa macam kepala hotak dan karat. Dah lupa dah apa yang kita belajar dulu. Aduhyai... tapi basic2 tu masih ingatlah. Cuma yang complicated jek yang sukar diingat.

Sejujurnya karier aku sekarang adalah menulis novel. Kata orang menulis novel ni kerjaya sampingan. Kena cari kerjaya lain untuk masa depan yang terjamin. Ya, aku setuju dengan pendapat itu. Menulis novel ni bergantung pada penjualan novel kita. Tak semua novel kita berjaya meraih hati pembaca. Pasti ada beberapa karya kita yang sedikit hambar sambutannya. Sebagai penulis jgn putus asa dan cuba menghasilkan lebih baik. Sekarang pun aku masih mencari peluang terbaik untuk masa depanku.

Aku senang dengan kerjaya aku sekarang. Rezekinya Alhamdululillah, cukup untuk menyara hidupku. Sambutan novel yang ada juga agak hangat. Jutaan terima kasih kepada semua pembaca karya-karyaku. Budi kalian yang Allah yang mampu bayar. Dalam masa sama aku turut berniaga online kecil-kecilan. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih aku cuba untuk ada business sendiri. Buat masa ini masih menimba pengalaman.

Pada pendapat aku, kalau kita sekadar ada sekeping ijazah, tetapi tak ada pengalaman, agak sukar juga untuk berjaya. Dalam dunia ni, pengalaman adalah diutamakan. Andai ada ijzah, tapi tak tahu buat kerja, tak guna jugak kan? Kalau ada ijazah tapi bila buat kerja semua tak betul dan asyik nak bertanya aje, pun susah juga. Waima best student pun kalau teori sahaja tip top tapi praktikalnya hancur, memang sukar untuk berjaya.

Tapi, pada syarikat2 atau majikan2 tu, janganlah terlalu zalim sampaikan hanya ingin mencari pekerja berpengalaman sahaja. Kalau yang muda tak dilatih macam mana mereka nak dapat pengalaman, betul tak? Sama2 membantu dan berganding bahu tu kan elok.

Prinsip aku, kalau nak berjaya dalam hidup untuk menjamin kehidupan yang lebih baik, minat, semangat, dan teruja ingin berlajar perkara baru itu penting. Kalau kita tak ada semua tu, memang takkan berjayalah apa-apa pun kerja yang kita buat. Jika semua itu ada insyaAllah akan berjaya.

Tapi, kalau ada semangat, tapi diri sendiri tak nak berubah. Pun akan gagal. Disiplin, kerjasama, kertebukaan, ikhlas, jujur dan amanah, perlu ada demi menghindar yang haram dan memanggil yang halal. Jangan dengki dengan rezeki orang lain, insyaAllah Allah akan beri rezeki untuk kita. Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Allah akan memberi ganjaran untuk orang yang berusaha. Tak kira bangsa, pangkat, agama dan kejahilan diri. yang penting kita perlu kenal erti bersyukur atas apa yang diberikan.

Jadi, kepada anda semua yang di luar sana ada diploma, ijazah, dan lain2 tu. Jangan nak ketwat sangat okey? Kadang-kadang, abang yang jual tapai pulut dengan tapai ubi kat pasar malam tu lebih baik hidupnya berbanding diri kita yang masih terkontang kanting mencari jalan hidup yang diingini. Menerima apa yang datang itu lebih baik dari mengharap sesuatu yang kita takkan dapat..

Sekian, terima kasih :)



Mantap