Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 22 September 2012

Ulasan Filem: BAIT


Sinopsis:

A freak tsunami traps shoppers at a coastal Australian supermarket inside the building – along with a 12-foot Great White Shark.



ULASANKU:

Aku tak pasti filem ni baru tayang kat panggung Malaysia atau aku yang tertinggal kereta api. Apa yang pasti filem ni memang tak ada kena mengena dengan novel yang bertajuk' Bait-Bait Cinta' atau drama, filem dan sitcom yang seakannya. Bait ni sebuah filem action dan thriller yang cukup suspens dan mendebarkan.

Hari tu aku tengok poster dia kat MIRI, di Merdeka Mall, tarikh tayangan untuk filem ni kat panggung 20 September. Tetiba aku balik semenanjung tengok filem ni dah ada orang upload untuk disedut kaki download macam aku ni. Versi BlueRayRip lagi tau? Seclear-clear alam gaytuh... subtitle in Indonesian, so mana yang tak leh nak tangkap bahasa english depa yang very the fasih tu, boleh download subtitle indonesian dia untuk lebih faham mengenai filem ini. Memang best...

Awal cerita aje sudah ada babak cemas bila ikan jaws yang ditakuti orang ramai mula menganas. Walaupun cerita ni lokasinya hanya sekadar di dalam bangunan dari 15 minit yang pertama, sampai lah ending... tetap penuh suspen. Walaupun filem ni macam budjet sangat bila taktik CGI dia nampak sangat CARTOON... tapi ikan jaws dia tu memang real. Sama ada ikan sebenar atau sekadar robot, hanya pengarah aje tau hehehe...

Kisahnya bermula bila tsunami melanda dan ikan jaws ni terlepas dari habitat asalnya dan mula memburu mangsa-mangsa tsunami yang masih hidup. For surelah mangsa-mangsan yang masih hidup itu adalah watak-watak utama yang ada dalam filem ni. Dalam misi nak keluar dari terus terperangkap dalam bangunan yang telah dipenuhi air ini sebab mereka terperangkap di aras paling bawah, banyaklah dugaan yang perlu mereka hadapi terutama untuk berhadapan dengan ikan jaws yang terlepas masuk ke dalam mall ni. Konflik berlaku di antara mangsa bila masing-masing sibuk memikirkan nyawa masing-masing. Ada babak sedih bila salah seorang dari mereka terpaksa mengorbankan nyawanya untuk memberi kehidupan pada mangsa lain.

Apa yang pasti dua-dua ekor jaws yang terlepas ke dalam mall ni berjaya di bunuh dengan menggunakan pistol. Mereka pun berjaya keluar dari mall tu dengan selamat. Happy Ending. Boleh dikatakan filem ni tak menyesallah kalau tengok kat panggung dalam format 3D. Tapi aku rasa babak yang real ala3 kalau pakai cermin mata 3D tu tak ada. Tak ada aksi ikan jaws terkam camera, atau besi tercampak ke arah penonton. Jadi kalau tengok versi 2D pun tak mengecewakan rasanya. Boleh jimat duit untuk harga tiket. Betul tak? Aku pulak sekadar tengok kat lappy jek... hehehe... sebab malas nak tengok kat panggung....

Dari lima bintang aku kasi 4 bintang. Terbaekkkkk!


Mantap