Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 22 September 2012

Ulasan Filem: SADAKO


PLOT:
Akane is a high school teacher who hears a rumor from her students that there is actual footage on the Internet of someone's suicide. The footage is said to drive anyone who sees it to also commit suicide. Akane does not believe the rumor at first, but when one of her female students dies after viewing the footage, she and her boyfriend Takanori are fatefully drawn into the horror that has been created by the man who appears in the suicide footage, Kashiwada. Kashiwada's intention is to create chaos in the world by bringing back Sadako and the power of her curse. Now Akane has to fight against Sadako and Kashiwada to save the lives of herself and Takanori. 


ULASANKU:
Prolog cerita adalah kunci utama jalan cerita untuk filem ini. Sekilas tonton persis tema hantu Melayu pulak. Ala-ala puntianak keluar perigi buta gitu. Awal cerita macam tak berapa faham. Bila pembunuhan pertama berlaku baru dapat tangkap cerita yang ingin dikisahkah.

Apa yang boleh aku katakan, hantu Sadako (nama orang maybe) ni hantu yang sangat modern. Medium untuk dia hidup dan keluar ke dunia manusia adalah .... IPhone??? Demand tak? Bila IPhone tu dimusnahkan, maka Sadako ni pun musnah... wahhhh... hantu Jepun sekarang demand melampau okeh? Lepas ni mest nak jadikan Samsung Galaxy tab plak sebagai medium perantaraan untuk dia muncul di dunia manusia. Keji keh!

Pembunuhan hanya berlaku untuk orang yang berjaya menonton 'video maut'. Dalam video tu kalau tak silap menayangkan seorang lelaki yang memuja si Sadako ni kut (tak berapa nak pasti sebab baru tengok sekali). Tetiba dia mati kena bunuh dengan Sadako yang dia puja tu. Lepas dibunuh lelaki itu, Sadako ni akan keluar dari skrin komputer, lappy atau telefon bimbit orang yang berjaya menonton 'video maut' itu.

Sebab 'video maut' tu tak semua boleh tengok (hanya boleh tengok di internet sahaja). Sesiapa yang gegeh cari kat enjin pencari, pasti akan jumpa. Tapi bila klik link video tu, pasti akan keluar 'Error 404 - file not found'. Hanya orang tertentu aje yang berjaya tengok video tu. Dalam ramai-ramai tu, Akane yang berjaya melawan hantu tu sebab dia ada kuasa istimewa. Kalau dia menjerit, skrin desktop/laptop/phone garenti akan pecah. Cuma gegendang telinga dia aje tak pecah (pelik jap). 

Awal cerita hampir ke tengah-tengah cerita agak lembablah. Bosan-bosan gak tengok. Tapi di hujungnya... memang suspens bila hantu yang ditunggu akhirnya muncul juga. Akane terpaksa lari.... lari... lari....(mode nyanyi lagu tomok berlari jap).... sebab dikejar hantu... Hantu dia memang hodoh persis labah2 gitu... kalau nak tahu cane keseramannya, kenalah tengok sendiri okey?

Dari lima bintang, aku kasi 3.4566789 bintang (bundarkan pada titik perpuluhan yang uols suka).



Mantap