Headlines
Published On:Ahad, 2 September 2012
Posted by RUDI ZONE

'Untung laa sape jadi cikgu' - Kisah Liyana

BARU-BARU ni agak penuh gak wall FB aku dengan hal 'Untung laa sape jadi cikgu'. Kebanyakkan yang menindas dan mengejilah tentang entry/poting yang bertajuk itu. Aku pun teringin nak baca apa yang hots sangat di sebalik tajuk posting tu. Aku pun gigihlah Google blog yang bernama Kisah Liyana tu. Terus keluar yang no satu keh blog tu. Kira femes gak blog tu kan? Hasil carian kedua baru tentang Liyana Jasmey. Sian Liyana Jasmey telah di kalahkan oleh blog Kisah Liyana di Google Search tu hahaha...


Letupkan? Liyana Jasmey pun kat tangga kedua. Sangat meriah blog ni. Aku pun dengan rasa teruja nak baca, kliklah blog tu... malangnya ini yang keluar walaupun kat situ tertera posting update '1 hari yang lalu-'.

Adeh... kecewa sungguh aku. Tak dapat nak membacanya. Tapi, sebentar tadi aku ternampak ada dikalangan kawan aku di FB telah share link blog tetantang tajuk tu. Cuba korang klik link ni : 

Kalau tak boleh, tak dapatlah den nak nolongnya. Ini bermakna, walaupun kita dah delete blog kita, kita masih boleh buka blog tu jugak. Hebat sungguh Google kan? So, akhirnya aku dapatlah membaca luahan hati engineer muda ini mengenai profesyen *betul ke perkataan aku ni?* seorang guru.

Berikut isi posting si Liyana ni. Aku tak copy paste tau? Aku copy dan upload... so, korang taklehlah nak copy paste perkataan yang hado hehehe...



Begitulah isi posting yang bertajuk 'Untung laa sape jadi cikgu' tu. Awal-awal dia dah kata ianya sekadar luahkan isi hati dia. Tapi, bahaya gak kan luahkan kat blog yang semua orang boleh baca. Terus kena hentam oleh para guru Malaysia yang baca entry ni. Mungkin si engineer muda ini memandang posisi seorang guru ni pada sisi sebelah aje. Sebelah lagi dia tak pandang kut. Ya, memang cikgu ni bergaji yang disebut dan ada elaun. Tapi, masalah yang terselit di sebalik mereka mungkin engineer muda ni tak pernah tahu. Tanggungjawab seorang guru bukan di dunia sahaja ya? Ia sampai ke akhirat kelak. Sama ada cikgu tu ikhlas ke tak, kita sebagai manusia tak perlu nak pertikaikan. Itu hak masing-masing. Walaupun kesannya pada anak bangsa, menjawablah guru itu nanti di sana andai jasanya sekadar bagai melepas batuk di tangga. Kita sebagai manusia yang pernah bersekolah perlu hargai setiap titik peluh dah jasa seorang guru yang menggantikan emak dan ayah kita tatkala kita di sekolah dan mungkin sepanjang kita memakai uniform sekolah. Apa-apa berlaku kat sekolah cikgu wooo... yg akan dipersalahkan. Itu tanggungjawab besar tu. Ibarat macam, bangunan runtuh, sure engineer kena cari dulukan? Sama je...

Bab kerja sambilan jual tudung bagai tu, kira macam hobilah. Mengisi masa lapang. Rezeki tu akan ada untuk orang yang hendak berusaha. Bukan tak bersyukur rezeki yang ada. Tapi cuba membuat sesuatu yang belum pernah buat. Itu tak salah. Memanglah jadi cikgu ni, kita nampak macam banyak aje cuti. Anggaplah itu kelebihan kerja diaorang. Macam kerja-kerja yang lain juga. Dikira ikut lebel pendidikan anda. Jika anda berjawatan engineer tapi gaji di bayar macam operator pengeluar, agaknya berbaloi tak? Haaa... buat penat je study...

Mungkin sebelum nak menasihatkan erti bersyukur... engineer muda ini perlu mengenal erti di sebalik bersyukur itu sendiri. Tak terfikir ke, anda sebenarnya beruntung dapat kerja mengikut kualiti pendidikan anda? Sedangkan ada graduan-graduan tahap best student di luar sana masih tak dapat kerja kerana peluang pekerjaan yang sikit berbanding pemintaan yang semakin meningkat. Ada yang ada ijzah kerja jadi operator pengeluar demi menyara diri sendiri dan nak bayar pinjaman PTPTN dan MARA. So, sekarang siapa yang lebih beruntung. Bersyukur apa adanya lebih elok rasanya...

Tapi bila tengok tarikh pada posting dia atas, posting telah diterbitkan pada 28 NOVEMBER 2011. Ini bermakna hampir setahun baru posting meletup-letup. Ini bermakna adalah segelintir manusia yang mengeHOTkan posting ni sehingga owner blog Kisah Liyana ni terus di delete.

Tapi, bila aku baca komen-komen para pembaca dan ada cikgu juga di blog tersebut aku rasa macam sedih... ada yang beri komen seolah mereka bukan guru. Berikut beberapa komen yang ada.



Itulah komen yang ada kat chatbox blog Kisah Liyana tu. Kesian gak bila ada yang samakan dengan binatang. Memang dah jadi lumrah orang kita kut, bila bengang je akan samakan dengan binatang dan melebelkan orang yang dibenci itu serendah-rendahnya *termasuk akulag tu.. mengaku keh*. Sebenarnya isi posting tu, luahan isi hati dia aje, cuma ayat yang digunakan terlalu mengores hati mereka-mereka yang bergelar guru. Apa-apa pun aku akan jadikan kes ni iktibar dan akan lebih berhati-hati bila nak update blog.

Moral: Meluahkan rasa dikala hati dalam kebengangan dan amarah akan menghasilkan hasil luahan yang tidak rasional.


Segala komentar di laman sosial, penulis tidak akan bertanggungjawab. Semuanya di bawah tanggungjawab pemegang akaun laman sosial tersebut. Harap maklum.


Perhatian

Posted by RUDI ZONE on 7:15 PTG. Filed under . RUDI ZONE tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

By RUDI ZONE on 7:15 PTG. Filed under




Topics :

Change Background

Laman blog ini sesuai dilayari dengan paparan terbaik Mozila Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1280 X 1024.

Lain-Lain


DIARI

ARTIKAL

E-NOVEL

RESIPI

NOVEL PILIHAN

SHARING

HIBURAN

INFO

Popular Posts

Statistic:
Segala kandungan di dalam blog ini dilindungi oleh:
DMCA.com DMCA.com