Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 13 Oktober 2012

5 Makanan Termahal Di Dunia

Apakah Anda bersedia membayar US$ 368 untuk sepiring steak? Memang susah dipercayai ada steak yang harganya ratusan dollar. Tapi, itu adalah fakta. Banyak tempat di berbagai negara menjual makanan dengan harga yang sangat tinggi. Berikut lima di antaranya.

Aragawa
Aragawa adalah kedai steak pertama di Tokyo, Jepun. Spesialisasi menunya adalah daging lembu Kobe lokal berkualitas tinggi dan daging Wagyu yang terkenal dengan rasa lazatnya dan teksturnya yang lembut. Daging hanya disajikan dengan saus mustard dan merica. Harganya US$ 368 untuk satu pinggan steak. Kualiti dagingnya yang tinggi membuat rasanya sangat lazat meskipun diolah dengan bahan yang sedikit.

Ulasan Penulis:
US$ 368 = RM 1, 125.53 | Rebah tak uols nak makan steak yang harganya 1K++? Sanggup beli IPad dari makan makanan ni. Nak kata berkhasiat, idak jugak. Aku lebih rela makan daging masak lada hitam dari makan steak ni.  Jika Penerbit Jalan-Jalan Cari Makan nak ke restorant ni, dia kena pastikan cari pengacara yang tak pelahap makan.


Alain Ducasse au Plaza Athénée

Alain Ducasse au Plaza Athénée, di Paris adalah restoran yang menyajikan menu autentik Perancis. Ruang makan ditata dengan sangat mewah. Layanan yang diberikan sangat spesial dan berkelas. Untuk menu ayam kukus tanpa kulit di restoran mewah tersebut dihargai US$ 260 .

Ulasan Penulis:
US$ 260 = RM 795.21 | hampir RM800 hanya untuk ayam kukus? Guna daging 'anak ayam' emas ke apa ni? Sampai nak mahal gini. Kata tanpa kulit tapi aku nampak gak kulit kat tepi kiri tu, cane? Rela makan ayam kukus kat Warung Mak Jemah cecah dengan kicap pekat dengan cili padi. Lagi sedap. Sepinggan RM3 aje tak termasuk nasi. Jika Penerbit Jalan-Jalan Cari Makan nak ke restorant ni, mereka perlu bawa 'ayam kampung' dari Malaysia suruh depa masak. Kita tengok jadi apa. Boleh siap tak dalam masa 1 jam.


Fillet of Bass with Imperial Osetra Caviar




Alsace Pinot Blanc merupakan taman berlokasi private yang terletak di Bruneau, Brussels, Belgium. Tempat makan berkelas ini menyediakan menu yang sangat menggoda iaitu, “Fillet of Bass with Imperial Osetra Caviar”. Ikan Bass yang telah di fillet disajikan dengan kaviar yang berasal dari ikan albino langka yang hidup di laut Kaspia. Harganya US$ 200 .

Ulasan Penulis:
US$ 200 = RM 611.70 | Hanya untuk sepotong ikan Bass hampir RM650?? Rela makan Ikan Tongkol Fillet cecah air asam. RM 611.70 tu boleh beli berkilo-kilo ikan... aku rasa.  Jika Penerbit Jalan-Jalan Cari Makan nak ke restorant ni, penerbit kena pastikan cari pengacara yang sopan ketika makan. Kalau Maria Tengku Sabri jadi pengacaranya, sekali 'ngap!' yilek dah hahaha... Ampun Kak Maria!!! Kelas ko maria!


Roast Lamb with Aubergine Gratin



Gordon Ramsay’s Verre memiliki chef selebriti yang menyajikan masakan Eropah moden yang khas dan berbeza. Tempat ini mendapat pengakuan internasional dan sering mendapat pujian dari para pengkritik kuliner. Salah satu menu handalannya adalah “Roast Lamb with Aubergine Gratin”. Yaitu, kambing panggang yang disajikan dengan terong, ditaburi parutan keju dan tomato. Harganya US$ 70 .

Ulasan Penulis:
US$ 70 = RM 214.09 | Yang ni nampak macam sedap. Tapi harganya mak ai.. sampai lebih RM200. Rela makan  Daging Dendeng. Lagi sedap. Jika Penerbit Jalan-Jalan Cari Makan nak ke restorant ni, mereka perlu cari sponsor yang mahu sponsor rancangan mereka ke Eropah.


Golden Opulence Sundae


Menu ais krim “Golden Opulence Sundae” di New York City’s Serendipity, dihargai US$ 1000 . Boleh dikatakan menu tersebut adalah ais krim sundae termahal di dunia. Isinya sundae tersebut iaitu ais krim vanilla, yang bahan dasarnya berkualiti tinggi berasal dari Tahiti dan Madagaskar.

Selain itu, ada ais Krim Cokelat Chuao yang berasal dari daerah pantai di Venezuela. Toppingnya terdiri dari buah-buahan Parisian, kaviar Grand Passion. AISs krim dihiasi dengan emas 23 karat berbentuk daun dan disajikan dalam gelas kristal Harcourt berbentuk piala. Sudu untuk menyuap ais krim sundae terbuat dari emas 18 karat.

Ulasan Penulis:
US$ 1000 = RM 3, 058.50 | Aku pitam dua kali. Tutti Fruity pun sujud serulah dengan ais krim ni. Manusia ni semua nak dimakannya. Sampaikan emas yang berkarat pun nak makan. Aduhyai. Selagi boleh campak dalam mulut, selagi tulah nak di makannya. Lepas ni ada jugak manusia makan selipar jepun buat cekodok *Rebah Di Pusara jap!*. Kalau sudu emas 18 karat tu menjadi hak milik pembeli/pelanggan selepas makan ais krim ni, aku rasa harganya berbaloi untuk sudu tu. Cumanya, terlalu melampau kut sampai nak bubuh emas kat ais krim... aduhyai.... Jika Penerbit Jalan-Jalan Cari Makan nak ke restorant ni, pastikan tak ada kru atau pengacara yang obses dengan emas. Tak pasal-pasal ada yang pergi kedai emas jual ais krim ni. #Ehhh...



Mantap