Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Bodohnya Lelaki: ‘Anu’ Bengkak Pakai Gelang


Suka dengan ayat kat atas tu:  
BOMBA BUANG MASA KERANA KERJA GILA.

IPOH – Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ulasanku:

OBSES!!! Itu yang aku boleh katakan selepas membaca laporan singkat di atas. Jika perempuan terkadang obses dengan benda yang cantik, fesyen, tubuh ramping, suntikan coligen, botox dan sebagianya sebab nak chantek katernyer... tapi lain halnya bagi lelaki *hanya untuk lelaki str8 sahaja. yang tak str8, metroseksual dll tidak termasuk dan mungkin ada*.

Kalau perempuan sanggup berhabis untuk kuruskan badan. Ada juga lelaki yang sanggup berhabis untuk menaikan dan membentuk otot sehingga terbentuk cantik dan sasa. Itu biasanya untuk lelaki metroseksual yang mementingkan gaya. Tapi lain halnya untuk lelaki str8 yang betul-betul tulen.

Lelaki yang boleh dikatakan tulen *tak semualah yer? harap maklum* memang tak kisah tentang gaya. Dia nak pakai baju lusuh tak bergosok, pakai selipar jepun  RM3 sepasang di Pavilion, perut boroi macam mengandung 8 bulan, rambut kusut masai macam baru lepas kena renjatan elektrik, bau badan dengan tong sampah lebih kurang sama, memang mereka tak kisah  semua tu. 

Tapi, dalam tak kisah tu, sebenarnya lelaki ni *tak semua* sebenarnya tetap ada di hati ingin memiliki 'senjata' yang gagah perkasa yang bisa memuaskan pasangannya. Sehingga bertindak melakukan perkara yang tidak diduga. Disebabkan terlalu ghairan nak memiliki 'senjata' yang ampuh dan gah di mata pasangan, sanggup 'menyiksa' 'senjatanya' sendiri yang katanyer paling penting *kalau mati hidup tidak bermakna baik mati aje* itu. 

Malangnya, semasa sebelum melakukan perkara itu mereka tidak terfikir atau sedar akan kesan dikemudian masa. Bukan hari yer? Dah tahu 'senjata' tu boleh kembang kecut sesuka hati dia, yang dia pakai gelang tu apa hal? Dah tak cukup tangan, kaki, siku, dengan lutut nak sarung gelang, kat 'anu' jugak disarungnya. Maca-macam, kan? Bila dah terjadi hal begini, diri sendiri juga malu kerana jadi bahan bacaan dan laporan wartawan. Terpaksa berhadapan dengan doktor, jururawat dan pasukan bomba yang sepatutnya membantu mangsa kemalangan dan kebakaran. *kita bako! Kita bako!*

Ya, manusia sering melakukan kesilapan atas kealpaan. Kes begini bukan tak pernah jadi. Suatu ketika dulu pernah jugak terjadi. Dek terlalu ghariah nak 'power' sanggup tak memikirkan kesannya. Kalau ya pun nak pakai gelang segala kat 'anu' tu, carilah gelang yang flexible, yang boleh melentur. Tak belajar Biologi ke dulu? Tak perlu aku nak perjelaskan kerana, 'anu' anda, pasti anda tahu perkembangan, aktiviti dan bagaimana 'anu' anda berfungsi. 

So, jadikanlah kes ini sebagai iktibar. Bersyukur apa yang sudah dianugerahkanNYA lebih baik rasanya. Tapi kalau tak puas hati atas pemberianNYA, nak tambak saiz boleh, tapi perlulah dirujuk pada pakar. Bukan main yakin aje. Bila dah jadi macam ni, diri sendiri yang merana dan malu. Kalau 'senjata' tu terus terkulai layu tidak berfungsi, siapa yang akan menderita? Fikir-fikirkanlah... berfikir dahulu sebelum betindak melakukan sesuatu perkara itu.



Mantap