Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 1 Oktober 2012

Kaki Katak Dalam Mi di 'Kopi Putih Bandar Lama'

Klik gambar untuk solusi saiz sebenar.


KUALA LUMPUR 19 Mac - Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukan kaki katak seperti insiden yang meninpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertesas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

"Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

"Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukan dalam menu makanan yang saya pesan.

"Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan dari pihak atasan," katanya, hari ini hari ini.

Aliff kemudian, turut mengambil gambar hidangan itu sebelum sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikut insidenitu, dia membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac laly.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johari memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

"Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minumam untuk dijual di premis mereka," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.




Aku tak pasti keratan berita ni tahun bila. tahun 2012kah? Atau keratan akhbar ni dah lama. Macam pernah baca suatu ketika dulu. Tapi dah lupa.... hakikatnya, kalau rasa yakin tu, nak makan kat mana pun, makanlah. Tapi kalau tak yakin, baik makan kat warung tepi jalan. Jangan nak BANGGA sangatlah sebab makan kat kopitiam yang nampak MEWAH... bangga online kat kopitiam mahal dan order segelas air batu campur yang harganya dekat RM20. Tapi bila jadi kes macam ni, baru nak peng pong pang sana sini...

So, kekdahnya tak perlulah nak bangga sangat makan kat kopitiam mahal2 ni. Sekarang ni warung tepi jalan pun dah ada Wifi... restoran orang Melayu Islam pun dah ada air-cond... nak tahu apa restoran kat laporan kat atas tu? Pandai-pandailah korang convert 'Kopi Putih Bandar Lama' kepada bahasa Inggeris ok? Adios...




Mantap