Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 1 Oktober 2012

Mi MAGGI vs Mi SEDAP

BARU-BARU ni... jenama mi segera yang meletop-letop sejak dulu iaitu MAGGI dan jenama mi segera yang kian meletop sejak beberapa tahun ke belakang iaitu SEDAP semakin berlumba-lumba keluarkan produk mi segera mereka yang hangat. Tak pasti mana tiru yang mana. Tapi apa yang pasti selepas Mi SEDAP muncul dengan Mi SEDAP - KARI, tetiba MAGGI pun keluarkan produk MAGGI MI GORENG KARI jugak yang mana bahan-bahannya semua sama. Apa yang pasti bahan-bahan untuk Mi SEDAP - KARI langsung tak sama dengan bahan MAGGI - KARI yang rempahnya hanya sebungkus. So, di situ, siapa tiru siapa agaknya? Dengan bawang goreng sekali MAGGI tiru SEDAP. Cuma bawang goreng mi SEDAP lebih sedap dan rangup jika nak dibandingkan mi MAGGI punya jenama.

So, sebagai pengemar *pengemar ke?* mi segera, aku dah merasa dua produk terbaru MAGGI dan SEDAP ni. So, Di sini aku nak buat sedikit perbandingan untuk MAGGI - KARI vs SEDAP - KARI dan MAGGI MI GORENG vs SEDAP MI GORENG. Ni dari penilaian aku yer? Kalau bercanggah dengan penilaian korang harap maaf...


MAGGI - KARI SEDAP - KARI
Hanya ada satu bungkus perencah sahaja. Ada 4 perencah termasuk bawang goreng.
Mi dia kalau masak lebih 2 minit akan lembik dan tak kenyal. Mi dia tetap kenyal walaupun over coke.
Memang pedas giler. Leh nangis makan. Tapi risiko sakit perut tinggi sebab serbuk cili dia macam tak berapa nak masak. Tak berapa pedas, tapi rasa memang ada 'karinya'.
Tak ada bawang goreng. Ada bawang goreng tapi tak serangup bawang goreng dalam SEDAP mi Goreng.
Tak berapa nak berminayk. Berminyak sebab ada perencah minyak cili.

Okey, kali ni aku nak buat perbandingan untuk MAGGI - mi goreng VS SEDAP - mi goreng pulak.



MAGGI - Mi Goreng SEDAP - Mi Goreng
Ada empat perencah termasuk bawang goreng. Sama macam SEDAP mi goreng. Ada 4 perencah, memang perencah asal dia.
Mi dia kalau masak lebih 2 minit akan lembik dan tak kenyal. Mi dia tetap kenyal walaupun over coke.
Bila dah siap, rasa sos dan kicap dia tak berapa nak best. Rasa kicap dan sos dia memang best. Plus serbuk cili, terasa pedasnya.
Bawang gorengnya tak rangup dan berminyak. Bawang goreng dia rangup dan tak berminyak.
Jika diberi pilihan, akan memilih mi SEDAP. Jika diberi pilihan, tak nak pilih mana-mana. Tetap nak SEDAP, memang terbaik.


Apa-apa pun diingatkan sekali lagi apa yang di atas ni hanya penilaian aku sendiri. Kalau rasa Maggi lebih sedap, makanlah Maggi. Kalau SEDAP lagi enak, pilihlah SEDAP. Setap jenama ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. So, sila jangan libatkan isu sokong barangan luar dalam posting ni okey? Sekian,... hehehe...



Mantap