Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 18 Oktober 2012

Ulasan Filem: H4NTU K4PC41


SINOPSIS HANTU KAPCAI

Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya,

sekaligus menebus hutang Ajib. Jangan lupa saksikan filem Hantu Kapcai yang akan ditayangkan serentak di seluruh negara pada 27 September 2012 ini.


Ulasanku:

Apa-apa pun aku nak cakap, aku tengok filem ni download jek hahaha... Filem ni kalau nak buat seronok2 dan gelak-gelak tu bestlah untuk ditonton. Pengajarannya sudah pasti pasal dunia perempitan, sebab dah nama tajuk pun lebih kepada motorkan? Babak2 kelakar tu memang ada. Watak komedi yang dibawa Fizz Fairuz lebih menjadi berbanding Zizan. Watak Remy Ishak yang cuba tampil sebagai hero maco yang lucu agak kurang menjadi. Terkadang nampak 'plastik' pada lakonannya. Tapi, satu percubaan yang baik dan menarik dari beliau.

Ada beberapa potong dialog yang agak 'blue' tapi disampaikan dalam gaya komedi dan gaya badan sekali semasa isu 'telur' mereka perdebatkan. Aku tak nak ulas pasal jalan cerita sgt. Kalau nak tahu bacalah sinopsis di atas. 

Lakonan pelakon baru 'Izzu Islam' di dalam filem ini yang digelar hero jambu, juga nampak sangat berlebihan. Berlebihan dari segi gaya dan percakapan. Mungkin beliau cuba menghayati watak 'gangster' tetapi terlebih sudah. Boleh dikatakan lakonannya lebih gaya dari jiwa. Ceh wah... poyoz je ayat aku. Macalah exstudent Aswara... matiler kena kecam aku jap lagi...

Cerita ni memang wajar letak 18 tahun ke atas. Tak sesuai untuk tontonan budak-budak. Bukan sebab ganas atau ngeri. Tetapi konsep cerita tahyol begini bila yang mati masih berhubung dengan yang hidup walaupun jasad sudah dikebumikan satu tema yang sukar untuk diterima sebenarnya. Lebih-lebih lagi dalam cerita ni jelas kuat 'ISLAMnya' bila Fizz Fairus pegang watak seorang yang warak tetapi boleh nampak hantu dan cuba membantu hantu yang masih belum disoal dikubur untuk membayar hutang dendamnya. Di situ ada ketahyolannya. 

Jalan cerita dari mula sampai habis pasal nak berlumba motor ajelah... seperti biasa hero mestilah menang di hujungnya kan? mana boleh kalah. Kang kalah ada jugak yang bakar panggung, acane? Hehehe... Aku sangkakan ending dia ada babak 'mimpi' rupanya tak ada. So, memang kena hati-hati nak tayang pada kanak-kanak bawah 18 tahun. Takut mereka percaya, lepas mati boleh hidup lagi ganggu manusia. Bahaya tuh hehehe...

Apa-apa pun untuk santaikan jiwa bolehlah tengok filem ni. Menarik jugak. Cuma watak NEELOFA tu aku macam tak tahu apa konsepnya dia ada. Macam menyemak pun ada gak. Mana babak2 ada Neelofa tuh aku skip hahaha.. bukan tak suka Neelofa, cuma aku tak minat dia... sorry kepada peminat Neelofa yer? >.<.

Dari 5 bintang aku kasi 3.45.



Mantap