Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Ulasan Filem: HANTU GANGSTER


SINOPSIS:
Hantu Gangster mengisahkan sebuah pekan kecil diperintah oleh tiga kumpulan gangster yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India semenjak 50 tahun yang lalu.

Selepas kematian misteri ketiga-tiga ketua kumpulan tersebut, anak-anak mereka mulai merasa kebencian yang mendalam terhadap kaum yang lain dan masing-masing cuba untuk merampas wilayah kepunyaan kumpulan yang lain. 

Dengan bantuan dari seorang wira yang tidak berkemampuan bernama Te Sai (Namewee), roh ketiga-tiga ketua yang berasa tidak tenteram kembali ke alam manusia untuk membantu anak-anak mereka dari terjebak kedalam isu perkauman yang dirancang oleh musuh.

Pelakon Hantu Gangster: Namewee, Farid Kamil, Diana Danielle, Noh Hujan, Mizz Nina, Dato Jalaluddin Hassan, Dato David Arumugam, Amber Chia, Reshmonu, Dennis Lau


Ulasanku

Usai sudah menonton filem ini. Download jek. Bukan tak sokong filem Malaysia. Cuma tak ada member nak tengok kat panggung hehehe... Walaupun cerita lama, tapi, ada aku kisah??? Hari ni dan kelmarin, dua cerita hantu sengal aku tengok.

Kelmarin HANTU KAPCAI, hari ni HANTU GANGSTER. Antara dua cerita ni aku lebih suka filem ini. Bagi aku HANTU KAPCAI tu macam sangat banyak kesampahannya berbanding cerita ni yang maybe macam mengarut tapi elemen perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang bangsa tu, sangat kuat.

Filem ini bukan filek komedi kosong. Lawak-lawak yang dibuat bukan lawak kosong. Ada mesej positif yang boleh diambil. Walaupun sambutan untuk filem ni ala2 suam-suam air yang dijerang tak sempat mengelegak sebab gas dah habis, tapi komedinya menjadi, aksinya nampak sedikit real dan sesuai dengan standard filem Malaysia buat masa ini.

Dalam kelakar dan mengarut tu yang penuh ketahyulan, tetap ada babak sedih yang melibatkan kasih seorang bapa dan seorang anak. Ada jugak lah babak air mata yang tak dapat ku tahan dari menangis, pada babak akhir filem ni. Kalau nak tahu kenalah tengok sendiri okey? Walaupun ceritanya dari minit pertama sampai habis asyik bergaduh aje... tapi mesej yang cuba disapaikan memang sampai kepada aku dan latar belakang cerita pada tahun 1997 juga dapat dirasai bila propsnya berkesan iaitu handphone kedabak besar siap ada arial lagik...

Dari 5 bintang aku bubuh, 4.8 bintang...



Mantap