Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Ulasan Filem: NGORAT


Sinopsis Ngorat


Filem Ngorat mengisahkan tentang Arjuna Kasih (Aaron Aziz) yang akan muncul di dalam kehidupan seharian Ijam (Iedil Putra), seorang loser yang tidak pernah mempunyai awek.
Berjayakah Ijam mencari teman idamannya?

Filem Ngorat, adalah filem terbitan Grand Brilliance dan bakal ditayangkan di pawagam pada Julai 2012. Filem Ngorat dibintangi oleh pelakon paling popular 2012, Aaron Aziz dan Erra Fazira, Iedil Putra, Nas-T dan Zain Ruffedge, Dira Abu Zahar, Dynas.



Ulasanku:

Siapa dah tengok filem ni. Mesti ramai yang dah tengok, kan? Pada pendapat aku filem ni biasa-biasa je. Elemen klise tu ada. Sama aje macam novel di pasaran dan novel aku sendiri. Banyak yang klise, hanya cara pengolahan pengarah/penulis yang akan menentukan sesebuah cerita itu menarik ke tidak.

Bagi aku filem ni biasa2 aje. Tak ada yang 'wah!' boleh dicari. Kisah lelaki yang tak nampak manusia yang sukakan dia di hadapan mata gara-gara nak cari wanita yang sempurna untuk dijadikan awek.

Keconfusesan berlaku bila sang hero sibuk mencari awek, al kisahnya Arjuna Kasih a.k.a A.K. tu watak rekaan watak yang dipegang Erra Fazira. Si Ijam ni siap boleh berangan Arjuna Kasih tu macam Aaron Aziz. Motif??? Sesuatu sangat, kan? Watak hero di mainkan agak berlebihan terkadang. Yang over acting pun ada, seolah pelakon beria nak memainkan watak komedi tapi tidak berapa menjadi.

So, aku rasa pelakon yang memegang watak utama itu iaitu Iedal Putra, akan mengasah lagi bakat lakonannya untuk drama atau filem yang akan datang dan mungkin dia tidak berapa kena memegang watak komedi. So, kalau korang rasa nak tahu ending cerita ni, kenalah tengok sendiri. hehehe....


Bintang: 2.5677 / 5



Mantap