Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 23 November 2012

6 Tips Melupakan 'Si Dia' yang telah menyakiti kita


PERNAH tak korang mengalamani tekanan atau Stress di sebabkan untuk melupakan seseorang yang pernah anda sayang separuh nyawa. Separuh nyawa okeh? Kalau sepenuh nyawa, sah-sah uols dah arwah dah. Acane? Hantu kak Limah Balik Rumahlah temanya. Tak sesuai uols...

Tak sahlah kalau orang yang bercinta tak kenal erti putus cinta atau sakit kerana cinta. Bak sebuah lirik lagu ni, Kata Orang Cinta itu Indah, kenapa ramai yang menangis kerana cinta? Kata orang cinta itu mengasyikan, kenapa ada yang derita kerana cinta? Acane tu? Konsep apa diguna tu? Balada? Pop Rock? RAP? R&B atau.... Etnik Keriatif? *rebah di pusara*.

Kalau dah sayang tu, memang susah nak melupakan 'si dia', kan? Yang dia senang aje cakap,
 'Dah tak ada jodoh, nak buat maca mana?'. 
Yang menanggungnya kita, mana dia tahu rasa sakitnya, kan? Lagi satu statement yang tak boleh blah.
 'Tak boleh ke, kalau dah break off tu, kita terus berkawan?'. 
Hmboi... hamboi... Cik Senah, ingat hati yang dibuang ni, sakitnya macam kena gigit semut? Sesungguhnya, yang diputuskan lebih sakit dari yang memutuskan. So, please alert! *Take note!* noted!

Tengok, aku dah merapu, dah tiga perenggan, tipsnya tak gak di paparkan. *keji!* So, mana yang teruja *ada ke???* nak tahu tips yang cuba aku senaraikan tu, sabar keh? Takkan lari gunung dikejar *koh gilerr nak kejar gunung? Baik koh main kejar2 dengan hanak2 ikan atau anak2 ayam uols, ada gak dapat di 'makan'. Stop nonsense!!!*

So, sila pastikan keadaan fizikal dan mental uols dalam keadaan sempurna 100% semasa membaca setiap tips yang akan aku senaraikan. *matilerrr 'bonda' nak turunkan ilmu #pitam*

1. Sentiasa sibukan diri. Sibukan diri tu sama ada buat kerja bergaji atau amal. Kalau kerja hanya 8 jam, mintak bos buat OT (over Time) sampai uols rasa penat tak larat nak bangun. Sampai rumah, terus membuta. Esok bangun pagi sambung kerja lagi. Cuti hujung minggu korang buat kerja amal, melawat rumah-rumah orang tua, berbual dengan warga emas yang ada di sana. In Shaa Allah akan dapat melupakan si dia yang selalu menyakitkan hati tu. *Jangan uols 'menjala' bapak gula kat sana dah ler*.

2. Delete, simpan atau buang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan dia. Kalau tak mampu buang atau delete, simpan ajelah. Mana tahu tetiba nak bersatu balik, takderlah macam sedih sangat pemberian dia kita dah buang atau hapuskan, betul tak?

3. Elak fikirkan kebaikan 'si dia'. Fikir hal-hal yang menyakitkan aje yang telah ditinggalkan oleh 'si dia' supaya kita bertambah benci dengan dia lalu membuat hati kita tawar.

4. Luangkan banyak masa dengan kawan-kawan kita. Tebalkan muka uols tu yang sebelum ni abaikan kawan-kawan dan selalu lebihkan 'si dia' tu. Kalau kawan-kawan uols tu sseorang sahabat sejati, pasti dia akan memaafkan dan bisa menerima uols kembali. Kalau deols tak dpt terima uols kembali, nasib uolslah *bunuh diri jek*

5. NEKAD ~ jangan nak hangat-hangat taik hayam sangat uols... masa sedih beria uols bencikan dia bagai. Nak santet *sihir* dia jadi kodoklah, nak sumpah dia jadi cipanlah *ngeee... pernah nampak cipan berzapin? Iols pernah tau? larik!!!* nak santau jadi siput bab* lah... macam-macamlah. tetiba dia berubah jadi baik sikit *jgn ada yang sentap keh?* mulalah feeling-feeling kekasih awal dan akhir dia balik. Wal hal, ada hot dog *motif???* di celah spagety... acane? So, apa-apa pun nekad itu salah satu cara untuk melupakan 'si dia' *yang hangsuang* dengan jayanya...

6. Kalau dah tahap bosan tak tau nak buat apa, sebab kerja semua dah siap, takde mood nak layan movie atau game, atau tak tau nak ke mana, cara yang mudah, pegi ambil wuduk, solat hajat dan istikarah, mintak ditenangkan hati dan dapat lupakan dia. Kalau dah habis buat semua solat, mengaji atau baca al-Quran (doakan agar kekejam Israel membedil GAZA cepat-cepat terhenti) sampai uols rasa tenang. Kalau anda dapait khatam Quran dalam masa 1 minggu *7 hari kesemuanya*, In Shaa ALLAH uols akan boleh lupakan 'si dia' kerana uols sentiasa ingat ALLAH. ALLAH adalah kekasih kita sampai bila-bila.

So, henam aje iols ada ideanak bagi tips, kalau nak lebih korang fikirkanlah sendiri okey? Dadaaaa....





Mantap