Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 13 November 2012

Aku, beg dan isi beg...


SESETENGAH orang (lelaki terutamanya) penggunaan beg sama ada beg tangan atau beg silang sesuatu yang janggal bagi lelaki. Tapi di zaman serba maju dan moden kini, yang semakin bertambah produk untuk lelaki, menyebabkan seorang lelaki memelukan beg untuk mengisi barang-barang peribadi mereka baik untuk penjagaan diri atau alat telekomunikasi tanpa wayar.

Posting ni khas untuk lelaki 'gegitu' dan metroseksuallah. Untuk lelaki str8 *bukan str8 looking yer??* mungkin mereka tidak menitik beratkan hal-hal begini. Asalkan selesa, wangi dan nampak menarik di mata sendiri sudah memadai. Tapi untuk 'adik-adik', 'akak-akak', 'abang-abang' dan seangkatannya, pasti ada yang memerlukan beg untuk mengisi apa yang patut. Sebab tulah jenama beg tangan kelas antarabangsa semakin galak mereka beg khusus untuk lelaki. Terutamanya Louis Vuitton. Jenama lain seperti Prada, Armani, Levi's, Gucci dan lain-lain tidak ketinggalan.

Termasuklah aku yang amat pentingkan beg/sling beg/handbag untuk diri sendiri. Handphone aje ada dua, kunci kereta, wallet, porch, dan lain-lain takkan nak sumbat kat poket seluar? Huduh jadinya nanti kembung sana kembung sini poket seluar kiri kanan depan belakang. Tak sesuai uols....

So, hand beg/sling beg adalah wajar untuk diriku. Nak tau sebab apa? Ha... ce tengok apa yang aku bawak dalam beg aku setiap kali keluar.


Hanya inilah isi beg aku (wajib ada / di antaranya)... tak banyak mana kan? *matilah berani mampos show off*. Sebenarnya tak elok show off barang-barang yang ada dalam hand beg kita. Menambahkan lagi risiko kena rompak dan kena ragut. Tapi, kalau dia orang ambik kalau jual balik bukan ada orang nak pun, semua dah digunakan. Dalam wallet tu pun tak banyak cash, semua kepingan plastik jek... ops! Kekeke.... mesti ada yang kata, banyak jugak isi beg aku, kan? Kekadang kalau jalan jauh lagi banyak, sunglasses, gula-gula, kipas tangan, tisu, semua pun adalah... hampar 2KG gak... rebeh bahu... kekeke...


Jom kenali barang-barang kesayangan beg dan aku ni kekeke...

1. Wallet ~ barang penting yer... segala kad, IC, lesen, kad keahlian, duit semua dalam tuh.. sentiasa ada bersama.

2. Kunci kereta ~ sebelum ni takde, sejak dah ada kereta, kenalah ada dalam beg yer? Kalau tak de macam mana kereta aku nak bergerak? Guna pedal kayuh kah?? Guna lembu atau kuda? *pitam*

3. Jam tangan ~ kekadang lupa nak pakai, sumbat dalam beg terus. Senang kekeke... kalau kuar outdoor, berpeluh, biasanya akan buka jam tangan tu. Elak berbelang kat tangan heee... jenama? Guess je yang mampu beli. Ehhh...

4. Perfume ~ Barang penting, nak kuar rumah, keluar kereta, keluar tandas, lepas makan, masuk panggung, masuk mall DLL, harus kena beberapa pam. Harus berbau harum sentiasa. Keyakinan baru ada nak berhadapan dengan orang ramai. Jenama pilihan, Chanel No. 5.  : D

5. Spray mulut ~ kekadang bila mulut lama sangat tak berbual, atau tak kunyah apa-apa, atau lepas makan dan minum, pasti akan meninggalkan bau. So, spray mulut ni untuk memastikan mulut setiasa harum dan bebas bakteria. Nak bercakap dengan orang dan teman pun berkeyakinan. :)

6. Deodorant ~ Ni pun penting, kekadang kalau lebih sejam berpeluh, pasti ketiak akan berubah bau walaupun awal-awal dah spray deodorant, kan? Biasanya akan pergi tolet, lap ketiak dengan tisu basah, then sembur lagi. Baru kondifent... hehehe.. jenama pilihan Rexona spray :)

7. Pure Perfume ~ Yang ni tak penting sangat biasanya. Kalau mekap ada foundation (base), perfume pun ada foundation, perfume ni akan disembur sebelum sembur perfume berjenama kita. Ada dua variasi, iaitu variasi wanita dan lelaki. Foundation perfume ni boleh menarik aura pasangan kita andai terbau. Gitulah konsepnya.. Tak berapa nak tahu, orang suggest aku beli dan pakai jek kekeke...

8. Oil Contorl ~ Sesungguhnya mukaku memang jenis yang berminyak. Lepas cuci muka, sejam kemudian mesti dah berkilat. melekit-lekit kalau sentuh.  Cream ni sekadar nak melewatkan sedikit proses pengeluaran minyak tu. Selain tu ada effect sejuk (pudina). Jenama, Garnier Men.

9. Essence Spray ~ sekadar essence untuk segarkan kulit aje... kalau dah seharian keluar, kulit muka pun letih kan. Spray aje... segarkan kulit. Kalau yang pakai makeup tu, essence ni boleh tahankan mekap anda tu. Jenama pilihan Aquara.

10. Porch ~ Biasanya diisi dengan wallet dan handphone. Kekadang nak kuar kereta pergi kedai Mesra Petronas, atau bayar minyak kat kaunter Petronas, tak kan nak berhangkut beg kan? Angkut porch ni aje, ke kaunter, beg letak kat bawah seat. Hehehe... jenama pilihan - Chole'

11. Miracle Water ~ Biasanya digunakan selepas cuci muka. Hehehe... SK2

12. Handphone 1 ~ Blackberry untuk no Maxis (012). No rasmi.

13. Handphone 2 ~ Samsung Galaxy Y Hello Kitty edisi terhad - No DiGi (016) ~ Eksklusif

14. Mp3 Player ~ Sama ada dengar terus guna ear phone atau cucuk kat player kereta. Jenama pilihan Samsung.

15. Vitamin C ~ Khas untuk cantikan kulit dan tambah ketahan antibodi jek :) Supplement kata orang kekeke...

16. Oil Control Film ~ kalau tak sempat nak pakai krim Oil Control, yelah kekadang nak cepat, kan? Lap je minyak di muka guna Oil Controk Film tu hehehe... jenama pilihan Biore'.

17. Tisu ~ Basah dan kering sama penting. Buat lap peluh dan sebagainya :)

18. Earphone ~ Kekadang masa drive ada call, akan guna earphone lah untuk keselamatan bersama :)

Itu ajelah antara barang-barang yang ada di dalam beg aku. Bukan nak menunjuk, tetapi sekadar ingin berkongsi dan sebab mengapa aku pakai hand beg atau sling beg. Bukan sekadar nak bergaya, tapi, perlu isi semua barang-barang kat atas tu. Keadang bubuh gak camera digital dan handycam. Terutama masa pergi bercuti :)



Mantap