Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 25 November 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu ke 2


SEJUJURNYA sejak musim pertama aku dah tengok atau follow Maharaja Lawak Mega ni. Apa yang pasti Musim pertama memang gempak, bila OSBON jadi juara. Tahun ni teruskan lagi untuk musim kedua. Yang peliknya, peserta yang dah menang tahun lepas pun boleh join sekali dan ditambah dengan beberapa lagi peserta baru. Sangat macam pelik. Ala-ala macam tamak gitu. Dah menang nak menang lagi. Macam tak nak bagi orang lain memang. Kalau bezanya cuma ada ahli baru dalam grup tu serta merta boleh masuk bertanding lagi. Nampak sangat Malaysia dah ketandusan pelawak. Dan kebanyakkan jugak lawak-lawaknya masa yang musim pertama dah ada, tapi diulang tayang balik. Acane? Hehehe...

Kenapa tetiba aku terus ulas untuk minggu kedua? Ke mana hilangnya Minggu pertama? Minggu pertama masih tak berapa nak best. Sebab tu aku tak ulas. Nanti ada yang kata aku ni kerjanya mengkritik aje, cuba buat lawak tengok, boleh tak buat orang ketawa? Sebab aku tak pandailah aku tak masuk pertandingan ni. Bukannya buat-buat pandai dan kekonon dah cukup bangus masuk pertandingan ni. Bila kena cop 'lawak bangang' naik hangin plak. Acane tu?

Okeh, sudah... banyak plak aku membebel hehehe... So, teruskan kepada ulasan aku untuk lawak-lawak yang dibuat oleh peserta-peserta Maharaja Lawak Mega 2012 untuk minggu ni.Untuk yang mengikuti rancangan ni mungkin bisa membayangkannya. Kalau yang tak tengok buat-buat faham ajelah yer? Hehehe...

Tema minggu ini, ajuk atau adaptasi Filem Malaysia dan luar negara.


01. R2
Munggu ni lawak mereka benar-benar menjadi dan buat aku tertawa berbanding minggu lepas dengan lawak 'orang tua nyanyuk' yang tak berapa nak menyengat. Juri Awie pun memuji persembahan mereka. Filem yang diajuk mereka adalah dari filem 'Anakku Sazali' dan 'KL Gangster 2'. Kalau tak silaplah.



02. DADIDU
Ini adalah salah satu kumpulan vateran dalam MLM 2012. Apa yang boleh aku katakan, lawak atau persembahan mereka minggu lepas dengan minggu ni sama aje... BOSAN~  jenaka yang mereka sampaikan tak boleh buat aku dan juri ketawa. Sekurang-kurangnya juri boleh senyum *sebab camera fokus pada dia kut*. Aku??? Jangan kata senyum... menguap adalah.. Bosan... kalau terkeluar awal-awal pun aku tak rasa kehilangan pun kumpulan ni... Filem yang dipilih korang boleh tengok dari pakaian mereka.



03. JOZAN
Dah ada ura-ura mengatakan garenti Jozan akan jadi juara MLM 2012 tahun ni sejak rancangan ni belum bersiaran. Rasanya macam betul sebab... hasil undian penonton, Jozan di tangga pertama sejak minggu pertama lagi acane? Layak kut sebab lawak mereka memang menjadi dan selamba. Buat aku dan juri tergelak-gelak sampai menitiskan air mata. Depa ni memang terbaik. Filem yang dipilih adalah Anakku Sazali dan Bawang Putih Bawang Merah.



04. BALAS
Ini salah satu kumpulan yang menjadi kegemaran aku. Minggu lepas dia orang lawak jugak, tapi kena cop sebagai lawak 'double meaning' yang 'lucah'. So, minggu ni mereka betul-betul berubah dan takder langsung lawak 'double meaning' yang lucah tu. Tapi mereka tetap buat aku ketawa. Memang best. Filem yang mereka ajuk agak banyak iaitu Batman, Mohabateen, Snow White dan Nur Kasih. Terbaik!



05. PMAI
Ini lagi satu peserta veteren selain Dadidu, Musim pertama mereka guna nama Pimai Tangtu. Sebab ada Sathia. Bila musim ni mereka jadi dua orang tu yang jadi Pmai aje tu. Emm... nak komen apa ek? jenaka mereka sama aje macam minggu lepas. Banyak menjerit dan lawaknya macam tak berapa nak kena. Boring sangat... hasil undian Pmai ditangga paling ke bawah... keluar ajelah dua minggu lagi. Boring tengok uols... *keji ayat aku ni* : p



06. BOBOI
Nabil sebagai watak baru dalam Boboi musim ni menjadi Boboinga. Atau untuk singkatan Boboi Telinga sebab telinga dia capang. Macam tulah konsepnya. Dalam boboi kononnya mereka ni adik beradik tiri berlainan ibu. Lawak Boboi bagi aku tiada peningkatan dari minggu lepas. Tapi ayat satira atau sindiran mereka memang menarik. Tetap lucu dan Nabil di situ macam janggal. Tahu ajelah kan, nabil punya mulut 'puaka' sikit. So, macam tak secocok ada kat Boboi. Filem yang mereka ambil adalah Skyfall dan Pontianak Vs Orang Minyak. Sempat lagi promote kaw2 filem sendiri...



07. BANDUNG JOKER
Salah satu peserta dari Indonesia. Aku tak faham lawak dia orang termasuk lawak dia orang minggu lepas... Sorry...



08. SAYWHO
Kumpulan kedua dari Indonesia. Kumpulan ni walaupun macam janggal mengadaptasi filem Bujang Lapuk dalam lakonan mereka dan Azura 2012, tapi lawak yang dibuat tetap buat aku ketawa. Best! Ada identiti sendiri dalam lawaknya...



09. JAMBU
Aku tak berapa nak faham dengan lawak-lawak kumpulan ni. Macam terlalu over xcited pun ada gak. Over acting pun ada gak. Macam kanak-kanak istimewa atau golongan tua istimewa pun ada. Sebab... entahlah. Filem yang diadaptasi Tiga Abdul rasanya tapi... entahlah. Tapi penyokong dia ramai dan top 5. Tak faham aku...



10. SHIRO
Minggu lepas lawak mereka 'tersangkut' bila salah seorangnya terlupa punch line *maaf kalau salah eja*. Lawak dah habis tapi masa tak habis-habis lagi. Tapi minggu ni dengan mengadaptasi drama Cinta Si Pengali Kubur, lawak mereka menjadi. Bila salah seorang meniru gaya Nasir Bilal Khan, semua bersorak ketawa. Terbaik...



11. SABON
Gabungan nama Sathia dan Abon jadilah SABON. Apa yang aku boleh katakan gabungan Sathia dan Abon macam tak kenalah berbanding Abon dengan Os musim lepas. Sathia lebih banyak dialog dan membebel macam 'keretapi' berbanding Abon yang lebih banyak mendengar. Kalau musim lepas Abon yang banyak cakap. Kali dia banyak bisu. Apa-apa pun bolehlah...

Itulah komen aku... kalaua da yangs entap dan tak setuju dengan komen-komen aku atau ulasan aku ni, sorry okeh? Ini cuma apa yang aku rasa... dada....


Kalau nak download Maharaja Lawak Mega 2012 boleh download DI SINI.




Mantap