Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 25 November 2012

Mencuba bidang baru

SEJAK beberapa tahun kebelakang ni, dan mungkin juga selepas meledaknya kontroversi mengenai adaptasi filem dari novel OMBAK RINDU, penerbit atau producer filem mula mencari novel terbaik dan terlaris untuk diadaptasi sama ada ke layar perak atau kelayar gangsa. Ehhh... ada ke? Sorry, ke layar televisyen. 

So, sejujurnya aku pun teringin nak tengok ada novel-novel aku diadaptasi ke drama atau filem. Bila pihak PTS sebelum ni bersungguh call untuk buat proposal drama bagi novel AKU BUKAN MALAIKAT, aku memang cukup teruja dan over xcited gaytuh... tapi dah dekat 2  tahun berlalu, sepi tiada khabar berita. Maybe pihak TV tak berkenan kut. Dan aku berfikiran positif dan menganggap rezeki tidak menyebelahi aku.

Terbaru, beberapa hari lalu dari tarikh posting ini, ada berlaku sedikit overlapping kata orang, tentang novel Cucur Bawang Dan Kopi O (CBKO) yang ingin didramakan. Sebagai penulis tak salah rasanya untuk kita mencuba nasib menghantar proposal kepada pihak producer atau penerbit TV untuk mengadaptasi novel kita. Ini kerana, jika novel di adaptasi, secara tidak langsung bakal meningkatkan sale atau jualan novel kita walaupun sudah bertahun dicetak.

Sebenarnya telah berlaku overlapping untuk novel CBKO tu. Proposal yang aku hantar kepada producer TV ni telah mendapat respond dari pihak Astro untuk di jadikan mini telemovie 13 episod. Tapi masih dalam peringkat pitching atau pembentangan untuk pihak Astro yang sepatutnya berlaku pada hari Isnin, 26 November 2012 jam 2 petang. Tapi, terpaksa dibatalkan kerana pihak penerbit novel CBKO iaitu Grup Buku Karangkraf telah terlebih dahulu memberi kepada pihak producer lain dan masih dalam peringkat pitching jugak. Khabarnya dari pihak RTM. Tapi tu masih belum confirm, jadi kepada pengemar CBKO doa-doakanlah CBKO dapat ke kaca televisyen. Dapat slot menggantikan drama Trilogi CInta 2 tu pun aku dah bersyukur.

Siapa sangka, disebalik perkenalan aku dengan produser TV yang terpaksa membatalkan untuk memini sirikan CBKO tu, terselit hikmah berharga. Terjalin satu ikatan silaturhaim antara aku dan producer TV itu. Banyak juga drama dari production TV itu mengisi slot televisyen swasta Malaysia. Producer TV itu juga sering memaklumkan pada andai ada pihak TV inginkan proposal drama kepada aku. Jadi, aku tidak melepaskan peluang yang ada untuk mencuba nasib menghantar proposal idea cerita aku untuk didramakan.

Tapi apa yang pasti, bukan dari novel-novel akulah. Idea yang belum pernah dijual atau diterbitkan oleh mana-mana pihak. Manalah tahu idea aku sangkut lalu didramakan. So, bercabang karier aku dari novelist kepada pemberi idea untuk drama. 



Sekarang pun tengah belajar-belajar menulis skrip drama. Teringin nak jadi seperti Sharifah Abu Saleem. Yang menjadi penulis skrip drama berjaya ketika ini. Ya, aku tahu menulis novel dan menulis skrip tak sama walaupun masih dalam bidang yang sama. Iaitu masih di bawah label 'penulis'. Menulis novel tak ada due date. Tapi, menulis skrip ada due date kerana setiap perkataan kita dibayar dengan harga yang stimpal. So, bila dah ada kepercayaan dan kawan dalam bidang penerbitan TV, apa salahnya aku mencuba bidang baru ni, kan?

Dulu terlintas juga difikiran untuk menulis skrip. Tapi tak tahu bagaimana skrip tu untuk disalurkan. Tapi, setelah punya kenalan dalam bidang penerbitan TV ini, semakin berkobar-kobar pula mahu menulis skrip drama. Dan mungkin selepas ini menulis novel akan aku jadikan sebagai sambilan. Berangan betul aku ni. Tak apa, kita cuba dan belajar tak salah, kan?

Manalah tahu selepas ni aku akan muncul dengan drama TV kemudian dari drama tu aku susuli dengan versi novel pulak. Betul tak? Kalau orang buat novel ke layar TV atau perak. Aku pulak buat Filem/drama ke versi novel. Wahhh... walaupun kedengaran macam banyak sangat kerjanya tapi kalau ada semangat, minat, usaha dan tawakal, insyaALLAH akan permudahkan.

Beberapa hari yang lalu aku ada menghantar beberapa proposal untuk drama kepada producer TV tersebut. Kalau ada rezeki sangkutlah satu untuk di dramakan. Dan aku akan cuba menulis skrip untuk proposal aku tu. InsyaALLAH. So, kalian semua diharap dapatlah mendoakan bidang baru yang sedang aku ceburi ini. Amin...





Mantap