Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 2 November 2012

SEBELUM & SELEPAS yang .....

LAMA rasanya aku tak updated blog aku yang dah bersawang ni. *Syoh... syoh... dah beranak pinak dah labah-labah kat blog aku ni*. Last up date masa raya haji lepas. Tu pun repost balik poasting lama. Dalam keresahan dan jiwa tak tenang sebab hujan yang tak menantu dan rumah dah macam nak ditenggelami air sebab banjir, sempat lagi aku nak mengup date blog aku yang tak berapa nak meriah gitu.

Topik kali ni pasal produk yang mengiklanan testimonial pelanggan atau pengguna yang menggunakan taktik atau kaedah SEBELUM dan SELEPAS yang jelas tipunya. Ya, dari segi pengiklanan maybe ia satu taktik pengiklanan yang berkesan. Tapi itu untuk pengguna yang buta, rabun atau kurang bijak dalam dunia mekap dan solekan. Mungkin sasaran mereka untuk orang-orang yang cengitu kut. Tapi bukan aku. Okey, kita tengok contoh SEBELUM dan SELEPAS yang aku maksudkan.


Yang kat atas ni untuk testimoni satu produk kecantikan yang ada kat Malaysia ni. Aku tengok sekali imbas aje terus tak percayakan produk ni. Untuk pengetahuan anda, gambar di atas bukan untuk testimonial produk mekap yer? tapi produk untuk haluskan kulit dan hilangkan jerawat, jeragat dan sebagainya.

GAMBAR SEBELUM
Kalau boleh nak ambil gambar guna kamera handphone. Yang lagi kecil pixel dia lagi bagus. Kalau boleh muka yang tidak dicuci selepas lebih 12 jam. Jangan ada secalit mekap pun. Kalau boleh biar lepas berjalan atau berjogging, berpeluh-peluh sikit biar muka nampak berkilat.

GAMBAR SELEPAS
Tetiba dah ber eye shadow, celak dan lip gloss bagai. Siap ada blusher pink lagi kat pipi. Kulit cerah macam ada tepung kat muka. Minyak muka takde langsung. Kening yang tebal jadi halus. kalau boleh nak bergambar guna DSLR 300dpi, kalau touch up kat photoshope gambar tak pecah. Gambar ala2 kat studio.

Hallo,  kalau nak menipu pun agak-agaklah. Ingat semua orang buta ke tak dapat bezakan mekap dan wajah semula jadi? Siap ada shading kat pipi yang tembam nampak tirus ke dagu. Tu belum shading kat hidung. Dari hidung kemek dah jadi macam jenet jackson. Acane tuh? tapi tak semua produklah yer??? Harap maklum.

Aku tergerak hati nak menulis ala2 entry cengini bila aku tertonton sebuah iklan produk kecantikan di WANITA HARI INI tengah hari tadi *kantoi aku tengok WHI #Pitam*. Terkejut bila dia buat sebelum (gambar kat rumah kalau leh amek gambar kat bawah meja biar cahaya kelam) dan selepasnya (Gambar kat studio ala-ala nak jadi cover majalah). Kalau ye pun nak nipu agak2lah. Bukan setakat yang pompuan aje mekap. Yang lelaki pun mekap. Siap berkilat (lip gloss) bibirnya, *Lelaki sekarag tak kisah dah pakai lips gloss acane?*. Dulu masa aku kat kolej pakai lip gloss, kena bantai gelak dengan lelaki2 str8 nih.. bila kahwin nak sanding dia kena pakai lip gloss, aku gelak guling2 atas pelamin. Padan muka.

Sama halnya, bila aku pakai handbag, ada aje lelaki pandang2 bisik2 kutuk2. Tup2 beberapa bulan kemudian tengok dia pegang handbag awek dia siap kepit kat ketiak lagi. Aku pulak catwalk depan dia, jeling sinis sambil tunjuk logo LV kat beg aku sambil berkata, "Kau ada??? Kau mampu?" sentap jantan tu terus pergi Thailand operate jadi ustanyah... acane??? *petir!!!*

Okeh aku dah start melalut. Itu ajelah aku nak kongsi. Terima kasih kerana sudi membaca posting aku yang entah apa-apa ni. Bye...

#Doa2lah tak banjir... adeh...



Mantap