Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 11 November 2012

Ulasan Filem: ISTANBUL AKU DATANG


#SINOPSIS
Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke Istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya, Azad (Tomok) yang merupakan pelajar jurusan medik. Dian bertekad untuk mengambil kursus pendek di sana disamping merancang pelbagai taktik bagi menyakinkan Azad untuk melamarnya sebelum Dian pulang ke tanahair.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta Dian untuk menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri  dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto).


#ULASANKU

Opening cerita agak menakjubkan bila shoot di buat memaparkan bangunan Ayasofya yang begitu indah hiasan dalaman dan struktur pembinaannya. Bangunan yang begitu gah di Istambul. Tapi masa shoot kat Ayasofya ni watak pelakon tak ada yang muncul kecuali bebelan Lisa Surihani sebagai Dian dalam filem ni. Maybe pihak Ayasofya tak benarkan shooting kat bangunan tu kut. Kalau kita tengok babak view Ayasofya kita dapat tengok macam pengarah ambil video dari rancangan dokumentari pasal Ayasofya lalu ditempek kat filem ni. Sedangkan lokasi pengambaran mereka jauh beno dengan Ayasofya tu. Ini pendapat aku ajelah yer? Kalau silap jangan marah, setiap orang ada hak untuk meluahkan pandangannya.

Aku suka watak Dian yang dibawa oleh Lisa. Seorang gadis gedik, lincah dan ceria yang suka meluahkan perasaan kat blog diarinya. Apa-apa pun perasaan dia, dia akan luahkan dalam blog. Maka rakan alam maya dialah yang selalu bagi komen dan pendapat. Cuma...

Kan dah ada cuma, aku rasa pengarah mengambil Tomok sebagai Azad agak kurang tepatlah untuk membawa watak hero dalam filem ni memandangkan filem ni pasti memakan kos yang besar dan grand sebab dibuat di negara orang. Pengarah yang sebelum ni pernah mengarahkan filem PISAU CUKUR, rasanya lebih berjaya berbanding filem ini walaupun PISAU CUKUR tu dibuat penggambarannya bukanlah di dalam cruse yang sebenar. Ada jugak penggambarannya di buat di sebalik tabir hijau dan tempek-tempek aje video laun. Disebabkan pemilihan pelakon yang bersesuaian, filem itu nampak vogue dan lebih berjaya berbandung filem ni.

Tomok berlakon nampak kaku. Nampak macam teragak-agak. Watak romantik, marah dan kecewa yang cuba dia buat macam tak berapa nak menjadi. Sama aje macam filem pertama dia yang dia jadi robot tu. Entah apa tajuknya lupa dah. Bila aku tengok Tomok berlakon, teringat masa dia berlakon dengan Nabila Huda untuk drama VCD yang bertajuk MERAUNG suatu ketika dahulu. Tak ada perubahan langsung. Sama aje. Watak yang cuba dia jiwai macam tak sampai. 

So, Tomok, lepas ni kena masuk kelas lakonan ya? Apa-apa pun kita nak buat kena belajar dulu. Bukan main redah je. Filem dan drama berbeza ya? Kos berlainan lagi-lagi penggambarannya dibuat di luar negara. Kalau Drama TV atau VCD bolehlah nak main tangkap muat aje. Budjet ciput pasti pihak TV beli pun harga 20 tahun lepas. So, kualiti takderlah dipentingkan sangat. Filem ni lain, penonton BAYAR 10-12 hengget nak tengok ko berlakon. Kalau ko berlakon macam tiang bendera, acane? Rasa macam nak bayar half price untuk tiket. Voley??? Bukan tak menyokong, cumanya... agak kecewa dengan watak yang TOMOK bawak. Tak sampai....

Aizad yang memegang watak tambahan pun macam nak 'tumpang' populariti aje. Babak dia berbual dengan Lisa, dia nampak macam, tak yakin dan tak realistik. Apa yang dapat dilihat hanya plastik. Kalau rasa tak yakin boleh berlakon, jangan nak cuba-cuba. kalau dah yakin ilmu tinggi di dada baru boleh. Awal-awal ni trylah timba pengalaman berlakon drama, baru ke filem. Pasti hebat bila ilmu dah banyak baru ke layar perak.

Beto dan Lisa memang best bawa watak gaduh-gaduh. Dia orang nampak real dalam berlakon. Babak mereka berdua sememangnya tak mengecewakan aku. Ada babak lucu juga lakonan mereka. Babak Beto kencing bersepah-sepah agak lucu. Dian (Lisa) jugak kena cuci. Statement Lisa yang best, "lelaki ni tak boleh ke kecing elok-elok ke? Sesuka hati dia aje nak spray merata-rata" ~ lebih kurang macam tulah. Hahaha..

Babak di Ayasofya memang tak der langsung selain view dari jauh aje. Kalau nak tahu apa kesudahan filem ni, kenalah tengok sendiri kat panggunga atau tunggu kuar Astro First dan download ajelah yer??? hehehe...

Dari 5 bintang aku bubuh 4.7 bintang...







Mantap