Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 11 November 2012

Ulasan Filem: ZAITON CERITAKU


#SINOPSIS

Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya.

Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. 

Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?


#ULASANKU

Menonton filem ini anda akan dapat tahu kisah perjalanan hidup Zaiton Sameon selepas dia ditimpa kemalangan semasa pulang dari buat persembahan. Mula-mula nampak grand lah, lepas dia kemalangan, dari minit itu sampai minit akhir, sedih memanjang. Cuma aku tak dapat nak merasai kesedihan itu.

Semasa aku menonoton filem ni aku sentiasa berfikir. Betul ke, kisah hidup Zaiton Sameon lepas dia kemalangan begini? Dia seorang diva di kala itu. Lepas kemalangan, tak ada sekor wartawan pun buat liputan. Tak ada pun keratan-keratan akhbar ditunjukan. So, realistik kehidupan seorang diva yang sebenar tak berapa nak nampak.

Aku hanya dapat rasa macam filem ni kisah seorang penyanyi kelab malam yang tak pernah popular yang trajis, sedangkan Zaton dikala itu memang meletop-letop popularitinya. Di hujung cerita dia ada mengaku yang dia buat-buat hilang ingatan sebab tak nak mengingati kisah sedih.

Pengajaran kat dalam cerita ni memang banyak. Kena tengok sendirilah yer? Cuma banyak watak yang mati macam tu aje... Watak kakak dan abang ipar dia, dan adik dia Samsul, hilang macam tu je *ting! hilang dah*. Apa jadi dengan kakak dia yang nak pergi ujibakat nyanyian? Jadi penyanyi ke? Adik dia Samsul, terus duduk di kampung ke? So, banyak persoalan yang tergantung. Tak taulah kalau tetiba muncul Zaiton Ceritaku 2.... aku rebah pengsan berbuih mulut. Yang satu ni pun pening dibuatnya, inikan pula ada yang kedua.

Sebenarnya aku tak tau nak bagi berapa bintang, korang tengok korang bagilah bintang sendiri ye? Sekian, terima kasih...



Mantap