Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 28 November 2012

Ulasan: The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2


SINOPSIS
 After the birth of Renesmee, the Cullens gather other vampire clans in order to protect the child from a false allegation that puts the family in front of the Volturi.


ULASANKU

SIAPA yang dah tengok yang part 1 mesti kena tengok part 2 ni. Apa yang boleh dikatakan, part 2 ni sama je macam part 1, adegan asmaranya tetap ada. Cumanya tak sebanyak kat part 1. Kalau part 1 lebih banyak mengisahkan Bella dan Edward nak buat anak, untuk part 2 nih, lebih mengisahkan tentang anak yang dah mereka hasilkan. Lucah tak bunyinya? Tak kan? Hehehehe....

Dalam part 2 Bella sudah diiktiraf  menjadi puntianak sepenuhnya selepas melahirkan anaknya. Anak mereka bernama Renesmee.... amboi nama... susah nak membunyikannyer kekeke... anak dia ni dalam masa beberapa hari dah besar. So, konsepnya tahap tumbesaran anak dia tak macam manusia biasa.

Kisah kali ni konflik dia lebih kepada untuk mempertahankan Renesmee dari ancaman pihak berkuasa puntianak yang menurut mereka keluarga Cullen *maaf kalau salah ejaan*, telah melanggar undang-undang dengan memelihara anak abadi. Anak abadi ni anak puntianaklah. So, sesiapa pun tak dibenarkan ada anak puntianak. *Aku tak faham macam mana edward lahir kalau tak jadi bayi*. So, pertelagahan berlaku antara pihak undang-undang puntianak untuk menjatuhkan hukum kepada keluara Cullent terutamanya Edward kerana telah memelihara anak abadi.

Demi nak melindungi Renesmee, keluarga Cullent ni telah meminta bantuan pontianak-pontianak di seluruh dunia termasuk Arab Saudi uols! kelas tak? Ada jugak kedengaran suara Azan berkumandang semasa mereka sampai ke Arab Saudi. Masa babak kat situ aku macam pelik sebab Azan dah melaung pun puntianak ni tak rasa panas dan terbakar pun *motif???*. Memandangkan aku ni seorang yang berfikiran positif aku anggap semua tu rekaan aje. So, tak perlu nak complecatedkan sangat.

Tapi bila disiasat, Renesmee bukanlah anak abadi atau anak puntianak. Renesmee adalah manusia separuh puntianak. Wahhhh... boleh pulak main separuh-separuh kan? So, Renesmee tak termasuk dalam kategori anak abadi yang membahayakan. Kalau aku nak cerita lebih macam aku nak buat sinopsis pulak kan? So, aku ceritakan apa komentar aku untuk filem ni aje.

Perperangan berlaku di antara keluarag Cullent dan pihak berkuasa puntianak. Memang thril giler masa pergaduhan mereka. Masa duk bergaduh tuh, pihak yang jahatlah yang kalah walaupun pada awalnya yang baik macam dah nak musnah. Bila yang jahat dah kalah tetiba... jeng jeng jeng... nak tahu kenalah tengok sendiri okey?

Bagi aku ceritanya best bila perperangan itu berlaku. Awal-awalnya agak bosan kerana banyak sangat cakapnya. Aku sampai menguap beberapa kali kerana kebosanan. Siap boleh pegi kencing dulu. Dari lima bintang aku kasi 4.8 bintang... 




Mantap