Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 17 Disember 2012

90 fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu !



PERLU atau tidak perempuan kena tahu, itu bukan atas jaminan aku yer? Aku copy senarai fakta ni dari blog seorang teman ni di sini. Kalau kau orang rasa musykil tentang fakta-fakta tu, korang terus direct tanya pada tuan tanah blog tu ye? Sekain. hehehe...

Kalau tuan tanah blog tu boleh menyenaraikan fakta-fakta tu. Kat sebelahnya aku senaraikan jawapan dari si lelaki tentang fakta yang si gadis senaraikan. Kalau nak tahu apa balasan si jejaka itu, bacalah di bawah. Aku siap dah buat versi table supaya korang boleh bandingkan. Apa-apa pun aku nak bagi tahu, semua fakta tu adalah dari pandangan mata aku dan tuan tanah blog tu ye? Kalau ada yang mengena baguslah. Kalau tak ada sila abaikan, tak perlu pertikaikan, okey? Setiap manusia berbeza-beza tanggapan dan pendapat.


Kata  Si gadis Kata Si Jejaka
1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi. 1. Tak jugak, kalau kemas dan rapi tudung lilit2 sampai jadi sarang tebuan atas kepala, tapi badan gemuk, muka mengerutu, misai tebal dan lain-lain. Jangan kan pandangan, jeling pun tak.Lumrah hidup, yang hodoh pun nak yang elok. Tepuk dada tanyalah hati.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat. 2. Bukan tak suka, kalau dia biarkan orang lain ngurat korang, nanti korang kata dia lelaki dayus sebab tak marah-marah lelaki yang ngurat tu. Nanti korang rasa tak dihargai. So, nak jaga hati aje tu.
3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit. 3. Tengok aje dia macam boleh lupa. Dalam hati dia kita tak tahu kan? Entah-entah duk nangis dalam bilik air.
4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia. 4. Hakikatnya dalam kepala otak dia duk sibuk fikir benda lain. Tu yang tak boleh nak fokus cerita korang. Selain itu, lelaki memang macam tu, tak boleh nak fikir banyak benda remeh dalam satu masa yang sama.
5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap. 5. Okey betul. Tapi tak pastilah sebab gugup ke apa. Mungkin tak ada idea kut.
6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi. 6. Yang ni aku tak pasti betul ke tak. Aku tengok ada orang yang dah couple, siap boleh tertidur masa tengok TV atau main game, acane?
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda. 7. Tengok keadaan jugak. Kalau korang jenis sedawa tak kena tempat, kentut sesuka hati. Mekap macam pelakon cina, semua pun tak suka.
8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis. 8. Lebih kepada bangga sebab ada perempuan senyum kat dia.
9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis. 9. Termasuk memalukan diri sendiri. Isy... anak siapalah ni. Sila ambik bawak balik.
10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda. 10. Dia bukan benci, nanti kalau dia cerita kebaikan ex-GF dia, korang jugak makan hati. Merajuk kata nak bandingkan ex- GF dia dengan korang. Dah gaduh.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :) 11. Bukan tak beranilah, dah korang tak jemput macam mana nak datang jumpa? Apa da...
12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat. 12. Sebab lelaki tak pandai cipta ayat sangat. Nanti dia guna ayat sempoi dia, adalah yang tension dapat BF tak romantik. Baik diam aje.
13-Lelaki menangis!! 13. Memanglah lelaki menangis. Kalau tak menangis itu bukan makhluk Tuhan tu. Masa dia di lahirkan pun dia menagis. Apa da... masa sakit, dilanda musibah, mestilah memangis. Kalau tak menangis buat apa Tuhan cipta kelenjar air mata pada mata setiap lelaki?
14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah. 14- Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang? Eh....
15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak. 15. Sebab banyak benda dia nak fikirkan. Ingat lepas kawin lepas beban ke? Lagi banyak benda nak fokus.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka. 16. Ini biasanya untuk lelaki tak ada rupa yang nak kan perempuan cantik. Cuba korang hodoh nak lelaki handsome. Korang agak lelaki handsome tu akan berkerja keras nak kan korang tak?
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi. 17. Tak ada maknanya. Dalam hati lelaki tetap ada gear reverse. Korang je tak tahu sebab korang perempuan hahaha.
18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir 18. Tak jugak, lelaki biasanya akan abaikan. Cuma perempuan kekadang suka fikir bukan-bukan. Kita lambat balas sms mulalah missed call banyak kali dan hantar sms tuduh kita tengah sms orang lain atau sebagainya. Betul tak? Wal hal kita tengah berak.
19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka. 19. Aku copy paste fakta ke 14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah. So, perlu ke?
20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka. 20. Mungkin lelaki tu memang dilahirkan gagap kut.
21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting. 21. Sesiapa pun takkan suka perempuan over acting. Terkinja-kinja depan orang. Baik couple dengan monyet.
22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan. 22. Sebab dia rasa dia hodoh dan anda cantik. So, tak nak lepaskan korang, bangga jalan2 dgn korang yang cantik. Tu pasal dia  sayang sangat-sangat. Cuba kalau dia handsome. Agak-agak macam tu ke? Eh...
23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda. 23. Cuba korang simbah asid kat muka korang, agak-agak dia suka anda lagi tak?
24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka! 24. Kalau lelaki sentuh tudung anda, anda suka tak? Mesti tak suka kan? Sebab takut tudung senget. Samalah halnya. Penat tau nak set rambut! Kalau serabai, korang jugak komplen bukan-bukan.
25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan. 25. Tak jugak, biasanya kawan baik dia akan jadi tempat mengadu domba.
26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang. 26. Don't judge a book by its cover. Eh betul ke ayat aku tu?
27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date) 27. Macam mana cara nak ajak keluar yang tak secara tiba-tiba ek?
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda! 28. Tak adalah, jari dia tersepit pintu tu. Tak pun sebab dia baru kehilangan ahli keluarga.
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat. 29. Internet di hujung jari. Klik je di google.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul) 30. Tak berapa betul. Kadang-kadang dia dah ada orang lain. Saje buat alasan!
31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan. 31. Type je kat wall facebook, semua orang boleh tahu.
32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut. 31. Siapa kata? Cuba korang hempuk kepala dia dengan besi, tengok dia lemah ke tak.
33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka. 33. Tapi rashia yang tersirat lebih banyak dari apa yang terbuka. Percayalah...
34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka. 35.Lelaki pengotor memang macam tu. Korang suka ke lelaki pengotor?
35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar. 36. Relaks depan korang, kawan baik dia ni hari-hari tertekan dengan masalah dia.
36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda. 36. Hantar je ke kedai. Tak pun beli baru. Kalau pakai barang lama rosak lagi, korang gak membebel.
37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain. 37. Siapa suruh percaya? Lelaki tak perlu dengar suara apa-apa pun untuk tidur.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah. 38. Korang pun janganlah mudah aje nak bersumpah. Kena makan sumpah, siapa yang susah? Korang jugak. Lelaki tu akan cari lain.
89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.
89. Jaga hati. Dari pada tak ada orang nak suka.
39-Kebanyakan lelaki benci gay! 39. Tapi bila sering dikecewakan oleh korang, gay jugak dia cari. Cane?
40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki. 40. Korang budjet kalau korang busuk lelaki nak lah? hahaha...
41-Lelaki sayang ibu mereka. 41. Dah tu, korang tak sayang mak ke? Anak derhaka! Sumpah jadi batu!
42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat. 42. Anda juga adalah salah satu masalah mereka. Sekian!
43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan. 43. Takkan nak bercakap pasal lelaki? Nanti korang kata dia gay pulak.
44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi". 44. Lelaki yang nak cuba lagi tu adalah lelaki yang lemah.
45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik. 45. Bolehlah. Cuba korang suruh dia diam dalam panggung wayang. Korang agak dia terus bercakap ke?
46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas. 46. Perlu ke nak berkias bagai? Kang tak bagi merajuk. Salah siapa?
47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros 47.  Lepas tu korang kena belanja dia makan tengah hari. Sama aje konsepnya. Bunga tu ibarat korang beli sendiri.
48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection. 48. Bukan mengalah, kau tak ingin aku pun tak nak.
49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama. 49. Ingat sekolah ke nak ujian-ujian bagai?
50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie) 50. jangan sangka air yang tenang tiada buaya!
51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu. 51. Nak buat 'modal' imaginasi nakal je kut. hahaha... nakal!
52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad 52. Bercouple dengan korang tu bukan satu keputusan muktamad ke?
53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat. 53. Aku tak faham ayat ni, tapi hakikatnya korang suka kan, kena ngurat? Bangga dan perasan cantik wal hal lelaki nak persendakan korang aje.
90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)
53. Ad ake orang suka yang kuat maki? Memalukan!
54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya. 54. Bukan degil, dia nak settlekan masalah yang lebih rumit dulu.
55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak. 55. Tak semualah. Kalau pandai masak lepas kahwin tetap nak ada orang gaji tak guna jugak kan?
56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak. 56. Okeylah tu, kalau dia buang masa dengan perempuan lain, korang jugak makan hati.
57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka. 57. Nanti kalau kata tak sayang adalah yang nak bunuh diri bagai. Emmm....
58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka. 58. Motif nak main tumbuk2? Giler ke apa?
59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda. 59. Sebab dia ada matalah dia pandang. Kalau dia buta sampai mampos korang cat walk depan dia tak di pandangnya der...
60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki. 60.Sebab tu aku kata tadi, kawan baik dia tempat dia tanya pendapat dan nasihat. Bukan korang. Sila jangan perasan.
61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!
61. Korang agak, kalau dia suka perempuan yang macam bapak-bapak mereka boleh jadi tak?
62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.
62. Egois lelaki tinggi. Kalau kau orang tak nak dia akan cari lain. Jangan menyesal korang melapas.
63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.
63. Sebagai perempuan tak perlulah nak percaya. Entah2 sejak form 1 dah duk gatai tengok pompuan.
64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.
64. Tak semua benda boleh dibawa bergurau, kan?
65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.
65. Kalau dia ajak kawan perempuan dia keluar, dia suka kawan perempuan dia jugak ke?
66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.
66. Memanglah boleh. kecuali kalau korang bercinta dengan robot. Tak akan cederi sampai korang mati. Hahaha...
67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.
67. Yang terima lelaki tu adalah perempuan malang. Sanggup terima orang gila jadi ketua rumah tangga. Sewel ke apa?
68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".
68. Takkan nak masuk toilet pun korang nak ikut? Motif?
69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.
69. Korang memang suka lelaki lemah ke? Auwww....
70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.
70. Biasanya korangakan terhegeh-hegeh kat dia balik bila dah break up. Masa tu, jagan harap korang nak dapat dia balik.
71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!
71. Kalau lelaki tu sama berat dengan korang, takkan dia nak demand? Ukur baju di badan sendiri bukan di badan patung. Harap maklum.
72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.
72. Orang gila je tak tahu guna otak. Hahaha...
73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.
73. Anda pasti? Sila fikirkan kembali.
74-Lelaki terlalu banyak berfikir.
74. Dosa korang, anak-anak nanti, dia yang tanggung kut, so, fikirlah sendiri.
75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.
75. Kalau terhad, takkanlah Tun Dr. Mahathir boleh memajukan Malaysia?
76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.
76. Perempuan pun sama. kalau boleh kalau ada 40 org BFF semua rahsia pakwe dia di kasi tahu.
77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.
77. Tak supportive langsung!

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.
78. Itu untuk yang handsome. Cuba cari yang hodoh, dia akan selalu merendah diri.
79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.
79. Mungkin dia bisu kut. Tak pun tak ada benda nak cakap.
80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.
80. Bukanlah, sebab tempat tu panas. Dah tu kalau duk angkut hangbeg korang sampai dia berpeluh, dia gementar jugak ke? Motif?
81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.
81. Kalau dah kuar dating naik motor hujan turun, macam mana?
82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.
82. Jozan tu melawak dengan semua orang, dia suka kat semua orang lah? Haiyooo...
83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.
83. Kalau anda kena cekup menipu, lelaki tak nak bagi peluang kedua, mesti korang akan ugut nak bunuh diri, kan?
84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.
84. Jaga hati. Senyum tu pun dah satu siksaan bagi dia.
85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.
85. Nanti kalau dia main-main korang jugak terasa hati macam couple dengan bidak hingusan.
86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.
86. Mujur ada usaha. Daripada tak ada langsung.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.
87. Tapi kalau dia dah jumpa yg lebih cun dari korang, senang je kut nak berpisah dengan korang.
90-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.
90. Yang mempercayai kata-kata itu adalah manusia kurang bijak. Cuba korang izinkan dia kahwin lain. Dia menolak tak agak2?


So, di atas tulah diantaranya. 88, ada ong tak nombor tu? Kelas kan? Hahahaha... Apa-apa pun apa yang ada kat posting ni sekadar suka-suka sahaja. jangan ada yang sentap pulak hehehe...

P/s: berlaku ralat pada nombor fakta. Malas aku nak betulkan. Apa-apa pun memang cukup 90.kalau tak caye kiralah sendiri.




Mantap