Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 6 Disember 2012

Adab Di Dalam Panggung Wayang



SIAPA pernah tengok wayang kat sini. Angkat tangan macam saya *sambil meliuk lentokkan tangan*. Siapa yang tak pernah tengok wayang dalam panggung wayang? Angkat kaki *melarikan diri kerana malu nak mengaku*. Hahahaha.... jangan tak tahu yer, ada manusia yang tak tengok wayang tau? Atas sebab-sebab tertentu *rebah di pusara*. Okey kepada yang pernah tengok wayang atau banyak kali tengok wayang macam aku, pasti pernah mengalami kejadian-kejadian kecil dan besar yang dianggap tidak beradab di panggung wayang. Betul tak? 

Apa yang aku nak ceriterakan di dalam posting kali ini adalah dari pengalaman aku sendiri sepanjang kehidupan ini. Ceh wah... aku tahu korang dah bayar duit tiket. Apa? Ingat aku masuk panggung tu free ke? Dapat tiket percuma menang contest kat stesyen radio bagai? Aku pun bayar tiket okey?

1. Semasa melangkah masuk ke panggung wayang (terkecuali untuk keluarga yang ada anak kecil). Sambil melangkah sambil mulut kokek-kokek. Tak boleh ke kalau masuk tu diam aje. Kaki yang berjalan. Ni dengan mulut-mulut sekali berjalan. Bisingnya dah macam nak masuk kelab malam. Popet-popet. Terutama pada grup atau sekumpulan anak mudalah. Kalau sekumpulan tu lelaki semua lain bisingnya. Kalau semua tu perempuan lagilah lain bisingnya. Bingit pun ada. Gelak-gelak macam nak mencapap *mencari perhatian orang awam*. Kalau golongan 'adik-adik' terover gedik, lagilah, haru biru dibuat macam dia tu vogue sangat semua boleh nampak dia. Wal hal gelap aje... *stress dengan golongan2 macam ni*. Tapi bila dah couple, tengok wayang sama2 boleh pulak senyap? Tak ke pelik tu?

2. Selagi tak start wayang, selagi tu membebel tak henti-henti. Golongan sama macam kat atas. Lagi-lagi kalau budak-budak sekolah yang baru nak naik, masuk panggung, bisingnya macam nak kena pelepang sekor-sekor. Hormatlah sikit manusia lain yang BAYAR TIKET HARGA SAMA nak ketenangan.

3. Menguyah pop corn dah macam kunyah kerpok ikan bisingnya. Kalau boleh nak masuk dalam sound system panggung. Tak boleh ke kunyah perlahan-lahan. Dari start masuk panggung sampai ke habis wayang tak henti makan. Kalau nak makan, kunyah senyap-senyap tak boleh ke?

4. Bunyi kertas pembungkus pop corn yang membisingkan. Aku pun tak tau motif apa panggung kat BP Mall ni dah tukar pembungkus pop corn dari kotak ke kertas. Tahu tak bunyi renyukan kertas pop corn tu menggangu aku yang nak tengok wayang ni? Bising!!! Yang ada tu saje renyukan kertas tu. *Sakit hati kite wak...*

5. Yang kali ni kerja dak2 yang baru nak naik. Baru kenal erti samrt phone atau baru guna smart phone. Sebelum start panggung wayang duk leka bergambar sana sini dengan flash kalau boleh nak terang satu panggung. Pastu nak upload kat Facebook. Hello, perlu ke nak ambik gambar dalam panggung wayang segala? Dah tak ada kerja? Sengal! Sakit mata aku kena flash kemera handphone mahal kau tu.Bangga sanggat dengan Ipad/iphone/tab bagai tuh. Pastu jalan duk leka dakap Ipad/tab kat dada macam nak pergi kelas pegang fail. Tak perlu nak menunjuk sangat.

6. Aku tak suka manusia yang dah tengok cerita tu, tapi tengok buat kali kedua, dia leka berceritalah apa akan berlaku pada setiap babak sehingga aku yang belum tengok cerita tu tak rasa suspennya. Hampeh manusia macam ni. Kalau dah tengok tak payahlah tengok lagi. Fine teman member, tapi tak perlu kau nak ceritakan perjalanan cerita dari mula sampai habis sampaikan aku yang tengok ni macam nak sumbat tapak kaki aku yang saiz 7 ni kat dalam mulut kau. Hampeh penonton macam ni. Harus kena humban dalam perigi celik.

7. Gelak tak kena tempat. Maksudnya, dah sah2 babak tu babak sedih. Hanya kerana wajah pelakon tu agak lucu ketika sedih, dia ketawa. Kuat-kuat pulak tu. Dia  ketawa satu panggung ketawa. Boleh tak hormat sikit orang yang nak feeling2 cerita tu macam aku ni. Suara gelak korang menganggu kosentrasi aku nak menghayati emosi watak, tahu tak?

8. Ni manusia yang aku anggap tak berhemah. Kalau ya pun kau tak suka cerita yang kau tengok tu, tak perlu nak kritik macam kau tu pengkritik tetap American idol musim ke 99. Kalau tak suka, keritik dalam hati aje. Tak pun kritik kat Facebook aje. Ni, kau kritik watak tu bangang, cakap kuat-kuat budjet kau tu bagus sangat dalam panggung tu. Suara kau tu menganggu penghayatan penonton yang berjiwa halus macam aku tahu tak? Kalau aku tak suka, aku rela keluar panggung pergi shopping, tak perlu nak buat bising. Kebiasaannya yang suka buat perkara gini LELAKI, aku pun tak faham kenapa begitu.

9. Yang ni tak ada sivik punya orang. Tengok cerita komedi, kelakar, karton. Peluk-peluknya macam tengok cerita 'blue'. Acane? Kekadang terpandang, macam nak hempuk pun ada. Nasib baik aku baik. Ada yang bertudung pulak tu.. acane tu?

10. Keluar masuk panggung sebab nak terkencing. Tulah, orang tengok wayang nak tengok wayang. Kau pulak macam nak berkelah. Pilih seat pulak setengah-tengah alam. Ke kiri jauh, ke kanan pun jauh. Bila kau keluar menganggu, nak masuk pun menganggu penonton yang lain.  Sebab tu aku tak suka sangat tengok wayang sambil minum atau makan pop corn. Takut nak terkencing. Kalau nak terkencing kuar g tandas mesti dah terpotong feel cerita tu. So, kalau rasa pundi kencing anda kecil, sila duduk seat paling tepi ye? Sekian terima kasih. Hormatilah penonton lain.

So, 10 ajelah aku listkan manusia-manusia yang tak beradap dan perlu di jaga adabnya yer? Aku tak pasti apa yang aku senaraikan ni manusia tak beradab atau cara nak jaga adab. Korang nilailah sendiri okey? Sekian, terima kasih.


Mantap