Headlines
Published On:Khamis, 13 Disember 2012
Posted by RUDI ZONE

Cara Menulis Novel ala HJ - Part 1

ASSALAMULAIKUM... Salam 1 Dunia...

Dukacita dimaklumkan, posting HJ (HASRUDI JAWAWI) sebelum ini berkaitan cara menulis HJ hilang disebabkan akaun Gmail HJ ada masalah. Gambar-gambarnya semua hilang. So, termaksa delete semuanya. Jadi, atas pemintaan adik Rodney Adam Atkins melalui akaun Twitternya, saya memenuhi permintaannya untuk berkongsi cara menulis novel ala HJ.

Terdahulu HJ maklumkan ya, cara menulis novel berbeza mengikut penulis. Setiap penulis mustahil cara menulisnya adalah sama. Pasti ada perbezaannya. Jadi, di sini HJ hanya ingin berkongsi cara HJ aje yang bersesuaian dengan tajuk posting HJ yang ala HJ gitu. Dah macam tajuk resipi pulak... #Pitam.

HJ sebelum menulis sesebuah novel tu, kena cari syarikat penerbitan novel terlebih dahulu. Ini kerana, prosedur menghantar manuskrip, jalan cerita dan gaya bahasa adalah berbeza dengan mengikut syarikat penerbitan. Ada yang nak kisah teladan, ada yang nak happy ending, ada yang nak guna ayat Bahasa Melayu Tinggi (BMT), komedi romantik, ada yang nak unsur Islami dan macam-macam lagi. Di Malaysia ada lebih dari 10 syarikat penerbitan novel yang terkenal.  Di antaranya adalah seperti dibawah.

Logo di atas adalah logo syarikat penerbitan yang kerap HJ beli novelnyalah. Bukan bias atau pilih kasih yer? Kalau HJ nak tempek semua, sampai esok pagi tak siap-siap posting ni. HJ tak segegeh mana yer?

Sebelum memulakan menaip manuskrip, hendaklah melayari lawan web setiap syarikat penerbitan yang hado dan baca tatacara menghantar manuskrip pada syarikat mereka. Tak semua syarikat penerbitan sama cara menghantar manuskripnya. Ada yang masih guna cara lama, kena print out, dan pos. Ada yang dah canggih, boleh send melalui email aje untuk menjaga alam sekitar dan penjimatan berganda sebab tak gunakan kertas. So, macam-macam gayalah ada. 

Ada syarikat yang menetapkan, novel perlu cinta dan happy ending. Sad ending tak diterima. So, perlu tahu hal itu. Nanti dah buat letih penat, tetiba tak diterima kita juga yang kecewa nanti. Di sini HJ berkongsi website tatacara dan jalan cerita yang dikehendaki mengikut syarikat penerbitan.


Senarai di atas adalah diantaranyalah. Kalau nak tahu syarikat yang lain cari sahaja di carian Google. Mesti ada. So, kalau dah tahu nak hantar kat syarikat mana, barulah mula untuk rangka atau memikirkan tema dan jalan cerita mengikut kesesuaian syarikat penerbitan yang anda pilih. Ha, macam mana nak cari tema atau rangka cerita? Akan HJ kongsikan di posting akan datang di bahagian kedua. nantikannya...

Bersambung part 2.


Perhatian

Posted by RUDI ZONE on 10:32 PG. Filed under , , . RUDI ZONE tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

By RUDI ZONE on 10:32 PG. Filed under , ,




Topics :

Change Background

Laman blog ini sesuai dilayari dengan paparan terbaik Mozila Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1280 X 1024.

Lain-Lain


DIARI

ARTIKAL

E-NOVEL

RESIPI

NOVEL PILIHAN

SHARING

HIBURAN

INFO

Popular Posts

Statistic:
Segala kandungan di dalam blog ini dilindungi oleh:
DMCA.com DMCA.com