Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 19 Disember 2012

Cara Menulis Novel ala HJ - Part 2




Salam semuanya...

Okey, kalau sebelum ni HJ buat part 1 'Cara Menulis Novel ala HJ - part 1'. Kali ni HJ sambung untuk part 2 pulak. Part 1 HJ lebih fokus memilih syarikat penerbitan. Sebenarnya cara itu tidak diwajibkan. Anda boleh terus menaip idea anda di Microsoft Office Word (MOW) tanpa melihat atau membaca kriteria-kriteria syarikat penerbitan yang telah ditetapkan. Boleh juga, sudah siap manuskrip anda, baru cari penerbit yang bersesuaian dengan manuskrip anda untuk diterbitkan. Tapi, dengan cara itu, HJ tak dapat jamin menuskrip anda akan diterima terus, kecuali jalan cerita anda memang bersesuaian  dengan kehendak penerbit.

Kalau mereka yang dah pilih syarikat penerbitan seperti yang dicadangkan HJ pada part 1, sekarang masa untuk ke peringkat seterusnya iaitu part 2 pulak. Sebelum ni, HJ memang menulis ikut suka hati HJ aje. Maksudnya bukan masalah format okey? Tapi hal yang berkaitan cerita tanpa memikirkan kehendak pembaca masa kini. Jadi, sebelum menulis kita kena kaji dulu niat hati kita, jiwa kita, minat kita dan... tujuan kita menulis.


Niat/Tujuan kita menulis.

Point ni penting. Kalau tujuan kita hanya sekadar nak glomour, dikenali, nak ramai peminat, memang sukarlah. Kebarangkalian untuk kita mencapai niat kita tu 50/50. Kalau nasib menyebelahi anda, popularlah anda. Kalau tidak, suam-suam kuku ajelah.

Kalau niat nak kaya raya, niat ni pun boleh, tapi anda kena pastikan cerita yang anda buat tu bersesuaian dengan kehendak pembaca masa kini. Kena tahu pembaca lebih suka cerita yang bagaimana. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam. So, sebarang risiko perlu bersedia dari awal. Bohonglah kalau menulis sekadar nak suka-suka. Tak kisah pasal royalti. Tapi, bila penindasan berlaku terhadap diri bila karya macam diseleweng, masa tu baru anda terasa ruginya. Jadi, menulis sebab nak duit tu, mesti ada dalam diri sentiap penulis. Cuma sikit atau banyak aje yang membezakannya.

Niat ingin berkongsi cerita, ilmu dan pengalaman ~ niat ini baik, teruskan usaha. Semua yang di atas tu termasuk yang ini semuanya memerlukan MINAT. Minat itu penting, kalau anda tiada minat untuk menulis, harapannya, 'bagai melepas batuk di tangga' ajelah hasilnya.

Ada banyak lagi niat dan tujuan menulis, tepuk dada tanyalah diri dan hati anda, okey? Untuk jadi penulis novel di zaman ini, tidak perlukan diploma, ijazah atau master. Budak sekolah menengah yang ada bakat dan minat pun boleh jadi penulis novel. Jadi, pastikan jangan takut dengan saingan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di persisiran pantai. Okey?


Bila dah tahu niat kita menulis.

Pilih tema cerita yang anda rasa anda boleh jiwai, yang boleh anda masuk dalam suasana cerita yang akan anda coretkan dalam bentuk ayat dan perenggan. Penulis perlu memiliki imaginasi yang tiinggi ya? Semasa mengarang sesuatu bab atau plot itu, penulis perlu merasai suasana, rasa makanan, cuaca, emosi yang dirasai setiap watak yang dicipta,  butir kata-kata, dan lokasi juga perlu diceritakan. Barulah penulis dapat bercerita dengan gambaran 99.99% seperti suasana yang sebenar. Jika pembaca dapat berimaginasi sama seperti imaginasi anda sehingga 98%, itu sudah dikira kejayaan bagi anda. Tidak mustahil tapi sukarlah. Sebab, pembaca juga punya imaginasinya sendiri.

Tema yang sering mendapat permintaan tinggi ketika ini adalah Komedi Romantik. Kisah hero dan heroin gaduh dan benci pastu jatuh cinta, kahwin kontrak, Thriller fiksyen, kahwin ganti dan cerita sedih. Luar dari cerita tu sukar sikit. Bukan tak ada pembaca, tapi tidak sebanyak seperti genre di atas. Anda tetap boleh mencuba genre lain dari yang di highlight di atas. Realitinya pembaca perempuan lebih banyak dari pembaca lelaki. Itu anda kena tahu.


Pilih jenis/genre cerita yang anda minat atau boleh hayati untuk diterjemahkan dalam ayat dan perkataan.

Pilihan gendre ini penting. Kalau anda memang tak suka cerita cinta, tapi anda menulis novel cinta, agak sukar bagi anda. Bukan tak boleh, mungkin tak boleh nak mendalami erti cinta yang sebenar. Cinta itu sendiri subjektif. Tak terakhluk pada lelaki dan perempuan sahaja. Samalah halnya macam HJ. Awal kemunculan dulu HJ menulis cerita seram. Sebab masa tu memang obses dengan cerita seram. Bila sambutan pembaca hambar, dan HJ pun suka cerita cinta komedi romantik dan Islami, HJ cuba, maka terhasillah KUPERCAYA ADA CINTA, CUCUR BAWANG & KOPI O, CINTA AWEK & PAKWE dan yang terbaru OPS! ZULAIKHA. Novel-novel gendre komedi romantik ini memang mendapat pemintaan yang tinggi. Alhamdulillah... HJ dapat menjiawi setiap watak,komedi, romantik dan cinta setiap watak yang HJ cipta. Tak ada pengalaman bercinta? Itu bukan masalah, anda boleh beli satu novel cinta cuba hayati watak yang diceritakan. InsyaALLAH, anda akan tahu perasaan cinta itu. Cubalah!

Novel cinta HJ telah mengalahkan novel seram HJ iaitu TANGISAN BERDARAH, KAU KUSERU dan CERMIN. Mana kala novel Islami HJ puna tenggelam jugak iaitu AKU BUKAN MALAIKAT dan DIA BUKAN NABI. HJ sebelum ini, semua genre pun nak balun. Versetile katanya. Sebenarnya bukannya tamak atau apa. HJ buat eksperimen melihat feedback pembaca. Selepas 7 novel dipasaran, baru HJ dapat tahu novel jenis yang macam mana mendapat sambutan. Jadi, HJ fokus pada genre itu sahaja. Genre yang HJ maksudkan adalah Komedi Romantik. So, HJ fokus pada genre itu buat masa ini.

Tapi itu tidak bermaksud HJ melupakan genre yang pernah HJ tulis sebelum ini. HJ akan cuba selit-selitkan gendre seram, thriller, Islami dalam novel-novel komedi romantik  HJ juga. Macam tulah.


Tentukan 'ending' cerita terlebih dahulu.

Hal ni penting. Anda perlu tahu ending cerita yang anda nak buat. Supaya sepanjang penceritaan anda, perlulah tertuju pada 'ending' cerita yang anda nak buat ni. Contoh ending cerita yang HJ pernah buat.

1. Hero dan heroin kahwin dan bahagia. - Happy ending.
2. Hero mati, muncul kembarnya lalu habis tergantung. Maksudnya ada dwilogilah tu. - Tanda tanya.
3. Diakhiri dengan keinsafan dan kebahagiaan. - Sad & happy ending.
4. Diakhiri dengan penyakit lalu mati. - Sad ending.
5. Cinta tak kesampaian. - Sad ending.

Yang kat atas tu adalah di antaranyalah. Anda boleh tentukan cerita anda sendiri, kan? Jadi, jalan cerita anda perlulah berlandaskan point yang anda pilih. Kalau HJ, HJ set dalam kepala aje cerita ni endingnya macam mana. Tapi ingat ending ni sebagai hala tuju cerita aje tau? Apa-apa pun, ending cerita mungkin akan berubah mengikut pengolahan cerita. Mungkin akan tersasar dan mungkin akan mengena. Itu semua anda tentukan.

HJ jarang menulis terus menaip cerita suka hati kita aje. Tidak, HJ akan tetapkan dulu ending dia macam mana nak dibuat baru start menulis dan cipta watak-watak yang ada.

Okey, bila dah masuk watak-watak ni. Haaa.... faham-fahamlah ya? Akan bersambung part 3 untuk bahagian watak dan perwatakan yang pada HJ penting supaya tidak berlaku kecelaruan watak. Kalau nak tahu, tunggu bahagian ketiga nanti. HJ harap buat setakat ni, anda jelas. Kalau tak jelas boleh tanya terus di bahagian komen di bawah..


Bersambung part 3.




Mantap