Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 18 Disember 2012

OPS! ZULAIKHA... menemui anda JANUARI 2013



SELEPAS di nilai oleh editor kanan BUKU PRIMA, manuskrip HJ yang sebelum ini berjudul ZULAIKHA THE SPY berjaya melepasi piawaian untuk diterbitkan dibawah label Buku Prina dan Grup Buku Karangkraf. Jika mengikut apa yang terpapar di laman web Buku Prima, novel ini akan terbit 17 Disember 2012. Tapi, dari khabar penerbit akan mula berada di pasaran Januari 2013.

Untuk pengetahuan semua, secara rasminya manuskrip ZULAIKHA THE SPY, telah dibuah kepada tajuk baru iaitu OPS! ZULAIKHA... sepertit cover rasmi di atas. Macam mana covernya? Meletop tak? Ala-ala cover filem Skyfall tak? Hahaha... apa-apa pun kisahnya tak ada kaitan dengan Skyfall okey?

Kenapa tukar tajuk? Ini atas kehendak penerbit yang merasakan tajuk yang baru ini lebih bersesuai dengan jalan cerita. Sebagai penulis HJ pun suka dengan tajuk dan cover di atas. Suka tang latar kuning tu. Dari jauh pun boleh nampak di rak buku hehehe... tu salah satu taktik busines tu hehehe.. menarik pembaca untuk membeli.

Buat julung-julung kalinya HJ telah memblender kisah penyiasatan dengan komedi romantik! Macam mana tu? Mungkin dah ramai yang buat. Tapi, HJ baru nak buat. Tak apalah kan, walaupun kedengaran macam tertinggal kereta api, yang penting HJ enjoy masa buat novel ni. Sebelum ni pernah buat kisah pengajaran thriler dalam AKU BUKAN MALAIKAT dan DIA BUKAN NABI, jadi kali ni HJ muncul dengan novel Thriler komedi romantik pulak. Mana tahu lepas ni HJ akan blander pulak kisah seram dengan komedi romantik? Tak gitu? Hehehe...

TERIMA KASIH ALLAH, kerana membuka pintu rezeki HJ dalam bidang penulisan. Walaupun tidak 'semeriah' sesetengah penulis yang baru novel pertama terus kababoom! meletup-letup di pasaran, HJ tetap bersyukur dengan kejayaan CUCUR BAWANG & KOPI O yang sehingga kini masih ada permintaan dan masih ada yang mencari dikedai buku. Walaupun ada pembeli yang hanya kenal tajuk novel itu berbanding nama HJ sendiri, HJ tidak berkecil hati, yang HJ happy dapat buat pembaca tersenyum dan ketawa tatkala membaca kisah Rudiana dan Iskandar itu.

Lumrah hidup di dunia, ada yang suka dan ada yang tidak suka. Kepada yang tidak menykai karya HJ, HJ hanya mampu memohon maaf andai tersalah beli atau menyesal beli. Yang buruk itu datangnya dari HJ, yang baik itu tetap jua dari yang Maha Kuasa. Mungkin ramai yang tak tahu HJ dah banyak karya di pasaran, sebab HJ jarang promosi karya HJ sendiri di mana-mana web site, blog atau Facebook. Bukan malas, cuma kekangan masa dan fokus yang teralih setiap masa membuatkan diri ini jarang untuk sentiasa updatedkan diri di laman sosial. Lebih fokus pada mencari idea dan membuat kajian untuk karya seterusnya. :)

Apa-apa pun di sini HJ nak berkongsi sedikit di sebalik OPS! ZULAIKHA... manuskrip ini memakan masa hampir 6 bulan untuk disiapkan. Kalau dulu HJ boleh siapkan sebuah manuskrip dalam masa 3 bulan. Sekarang dah tak boleh. Sebab, sebelum HJ nak buat cerita HJ kena kaji dulu karya-karya di pasaran. Takut terbuat kisah yang sama, mulalah nanti di kata HJ ceduk karya orang. Terutamanya dari laman web E-novel online yang semakin bercambah sekarang.

HJ juga sukar untuk buat dua cerita dalam masa yang sama. Kalau nak buat dua cerita dalam masa yang sama, pasti ada salah satunya akan terbengkalai. InsyaALLAH andai diberi waktu dan idea yang melimpah ruah, akan menyambung manuskrip yang terbengkalai itu.. doakan ya? 

Proses editing diri sendiri untuk OPS! ZULAIKHA... HJ hanya mampu semak sebanyak 3 kali. Selepas itu, HJ macam nak pitam dah sebab baca cerita yang sama. tapi typing error dan kesalahan lain tetap jua banyak. Jutaan terima kasih kepada editor yang mengedit manuksrip ini. Andai terlalu banyak kesalahannya, jutaan kemaafan. Untuk OPS! ZULAIKHA.. editor yang telah mengolah dan mengedit adalah ENCIK MOHD ALI! Editor kanan Buku Prima. Terasa berdebar juga mula-mula. Tapi selepas mendapat feedback positif dari beliau yang banyak membantu, syukur alhamdulillah, novel ini melepasi piawaian hatinya. Ini novel kedua saya di Buku Prima yang telah diedit oleh Encik Mohd Ali. Yang pertama KAU KUSERU. Hehehe..

OPS! ZULAIKHA... memakan masa hampir 8 bulan baru berjaya proses penilaian. Manuskripnya di hantar bulan April yang lalu. Januari 2013 baru terbit. Jangan ingat HJ ada kelebihan terbit awal ye? HJ sama juga dengan penulis-penulis lain yang perlu tunggu giliran untuk diterbitkan. Pesanan HJ untuk penulis baru yang nak karyanya cepat terbit, buat kisah yang menarik dan kebaboom. Kalau tak banyak kena ubah atau olah semula, insyaALLAH, cepatlah terbitnya. Jika anda diminta mengolah semula, lambatlah terbitnya. Cepat atau lambat itu bukan penghalang untuk jadi penulis. Editor ingin menerbitkan sebuah hasil karya yang terbaik dan menarik untuk pembaca, sebab itu mereka terkadang perlukan masa untuk menilai cerita. Proses pengolahan semula yang diminta oleh editor bukan disebabkan cerita kita tak best, mereka hanya mahu kita perbaiki jalan cerita kita supaya lebih menarik dan insyaALLAH, akan bisa menarik perhatian pembaca. Jangan berkecil hati andai karya direject dan perlu betulkan semula. Editor hanya mahu kita menghasilkan sesuatu yang lebih baik. HJ juga banyak pengalaman kena reject. Tapi, itu bukan alasan untuk berputus asa.

Okeylah melebar pulak HJ membebel hehehe... Apa-apa pun pada mereka yang menanti 'baby' baru HJ untuk tahun 2013 ini, nantikannya di kedai buku berhampiran anda dalam bulan JANUARI 2013 nanti. Berikut adalah sinopsis kulit novel..


Novel ini juga telah di onlinekan di GRUP ILHAM untuk 30 bab yang pertama. Jika anda ingin membaca into novel ini di GRUP ILHAM bolehlah baca di sini. Manalah tahu ada yang bimbang menyesal beli. Boleh baca intro dahulu. Kalau best belilah. Kalau tak best terserah anda untuk menilainya. Sebagai penulis HJ cuba sajikan juadah bacaan yang terbaik untuk kalian. InsyaALLAH....

Oh ya, sebelum terlupa, ilham bagaimana novel ini terhasil, bola dibaca di muka surat terkahir OPS! ZULAIKHA... versi cetak. Hehehe... suspen tak?

Projek seterusnya? HJ tengah confuse sama ada ingin lepaskan SETIA KU KORBANKAN dahulu atau CUCUR BAWANG & KOPI 2? Kena buat solat istikharah nampaknya ni. Dua genre novel berbeza. SETIA KU KORBANKAN tu novel sedih dan air mata dan ada seram-seram sikit. CUCUR BAWANG & KOPO O 2 tu tahu-tahu sahajalah ceritanya macam mana kan? Anda rasa HJ perlu lepaskan cerita yang mana dulu? Hehehe..

Apa-apa pun. TERIMA KASIH ALLAH, terima kasih Mak dan Ayah, terima kasih pembaca karya-karya ku semua, terima kasih editor, terima kasih penerbit, terima kasih kawan-kawan (BFF/LAMAN SOSIAL/DLL) atas sokongan, bantuan dan semangat yang diberikan.


















Mantap