Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 9 Disember 2012

Ulsan Filem: LIFE OF PI



SINOPSIS

Nama penuh Pi adalah “Piscine Molitor” yang diberikan oleh ibu bapanya sempena nama kolam renang di Perancis. Dia menukar namanya kepada “Pi” apabila dia mula sekolah menengah, kerana dia telah diejek dengan nama samaran “pissing Patel”. Keluarganya memiliki sebuah zoo tempatan, dan Pi amat berminat untuk mendalami sifat haiwan terutamanya seekor harimau Bengal yang dinamakan Richard Parker (selepas kesilapan teknikal ).

Apabila dia 16 (dan mengalami cinta pertama), bapanya memutuskan untuk menutup zoo, dan berpindah ke Kanada disebabkan masalah politik di India. Mereka pergi dengan menggunakan kapal kargo Jepun yang kemudiannya karam di lautan kerana ombak besar. Pi cuba untuk mencari keluarganya, tetapi dicampak ke laut dengan bot penyelamat, dan kapal tersebut karam dan hanya dia seorang sahaja yang selamat.
Selepas ribut, Pi mendapati dirinya berada di dalam bot penyelamat dengan kuda belang yang cedera, orang utan yang kehilangan anaknya,dubuk dan juga harimau Bengal.

Selepas minggu lagi di laut, mereka sampai ke sebuah pulau terapung alga yang boleh dimakan,  hutan kecil, air tawar, dan dipenuhi meerkats,  dan membolehkan Pi dan Richard Parker untuk makan dan minum dengan bebas dan mendapatkan semula kekuatan. Tetapi pada waktu malam pulau itu telah berubah menjadi kawasan air berasid yang bersifat karnivor dan mereka meninggalkan pulau itu.

Bot penyelamat mereka akhirnya sampai ke pantai Mexico. Apabila kembali ke darat, Richard Parker berjalan ke dalam hutan tanpa mengucapkan “selamat tinggal”. Pi dibawa ke hospital, di mana ejen insurans kapal pengangkut Jepun datang untuk mendengar kisahnya untuk jadikan laporan.Mereka mendapati cerita beliau yang luar biasa, dan meminta dia untuk memberitahu mereka apa “benar-benar” berlaku, Pi menukar ceritanya supaya kedengaran lebih realistik.


ULASANKU

Menonton filem ni, korang janganlah nak mengharap seorang hero yang handsome macam Brad Pitt, Aaron Aziz and what so ever! Filem ni kalau korang tak bolek nak 'masuk', memang korang akan menguap banyak kali. Sebab awal penceritaan lebih kurang 30 minit yang pertama banyak membebel. Kisah balik atau flash back. So, kalau korang jenis cepat bosan cerita cengini memang dah terlelap 15 minit yang pertama.

Tapi, kalau anda terlepas 30 minit yang pertama, bimbang anda tidak akan tahu asal usul nama watak utama dan sejarah hidupnya. Aku suka seni grafik dan sinematografi filem ni. Nampak kesungguhan dan kerja keras pengarah dan crew2nya untuk menghasilkan view terbaik untuk tatapan penonton. Kisah kehidupan seorang lelaki India. Korang pun dah tahulah kan dengan membaca sinopsis di atas tu.

Filem ini kisah jati diri. Kisang Pi yang mencari siapa itu Tuhan. Sehinggakan dalam satu masa dia boleh mempercayaai 3 dan lebih agama serentak. Dia sembahyang, dia percaya Jesus, dia percaya dewa dewi ikan dan macam-macam lagi. Bagi aku hal itu agak unik dan kita boleh berfikir sendiri. Filem ini ibarat macam mengaitkan semua kepercayaan yang seolah saling bersangkut paut. Tidak melebihkan dan tidak menyokong mana-mana agama dengan terlalu extrim. So, tak ada istilah pengaruah ke apa okey? Open your mind...

Ada babak-babak suspens. Cuba bayangkan kalau korang tercampak kat tengah laut hidup bersama seekor harimau? Masa tu kita memang dah tak ada apa-apa. Memang brserah pada Tuhan sahajalah. Masa tu kalau tak kuat iman di dada, pasti kita akan menyalahkan setiap Tuhan di setiap agama yang ada sebab tak memunculkan diri untuk membantu.

Masa menonton filem ini aku membayangkan aku berada dalam diri Pi. Berpuluhan hari di tengah laut hidup bersama harimau. Menanti kewujudan Tuhan. Tapi tak muncul2. Tapi tanpa kita sedari Tuhan membantu Pi secara rahsia. Dia tersangkut pada pulau yang penuh dengan pokok2 dan binatang sepertinya musang tapi ssemua spesis yang sama. Pulau tu makan orang! Bila malam dia akan menukar air yang ada di permuakaannya kepada acid, so matilah semua binatang air dalam tu. Siang di antural balik. Macam tulah lebih kurang.

Banyak motif, konsep dan pengajaran yang boleh kita ambil dalam filem ni. Filem yang memakan masa 2 jam lebih ni memang menarik dan simbolik. Kalau nak tahu apa simboliknya? Kenalah tonton sendiri.... Apa yang pasti harimau dia nampak real!!!

Dari 5 bintang aku kasi 4.99 bintang...


Download Filem ini DI DINI.
(P/s: Kami sekadar berkongsi link dan kami tidak bertanggung jawab andai link yang dikongsikan telah pupus atau terpadam. Harap maklum)

Mantap