Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 20 Januari 2013

Amran Ismail - Ini Janjiku Official Video



AMRAN ISMAIL - sape peminat drama Melayu memang akan kenal lah siapa mamat ni. Buat masa ni, nama dia tak adalah segah Aaron Aziz, Ady Putera dan lain-lain tu. Dia pun mula berlakon sebagai watak tambahan aje sebelum ni. Kalau ada watak hero pun tak banyak. Tak tahu kenapa, dan mengapa. Tapi, terpandang jugaklah wajah dia di kaca-kaca TV yang hado...

Baru-baru ni dia ada lancarkan albun single pertama dia yang berjudul INI JANJIKU, korang leh tengok cover di atas. Mulanya aku sekadar baca status-status dia di FB. Masa tu dia belum upload official video klip untuk single pertamanya itu kat Youtube. Bila dia dah upload di Youtube, aku pun dengan xcitednya pun mendengar. Sejujurnya yer... sebelum aku menonton dan mendengar single pertama dia ni, aku membayangkan lagu INI JANJIKU ni, adalah sebuah lagu berentak alternatif (maaf kalau salah ejaan) atau rock. Mungkin jugak pop rock yang lebih ke arah rentak muzik lagu tomok gitu... Bukan lagu tomok masa dia kat kumpulan New Boyz yang tetap new walaupun dah bertahun kat persada seni Malaysia tu. Tapi lagu tomok selepas dia menang OIAM tuh. Sejujurnya aku suka rentak lagu-lagu Tomok selepas dia menang OIAM.

Selain tu, aku juga membayangkan lagu INI JANJIKU ni, berentak ala-ala lagu Faizal Tahir. Yelah, dari pandangan mata kasar aku ni, wajah Amran Ismail, dengan tubuh yang ketak-ketak aku sangka dia berjiwa rock. Muka dia yang punya alis 'ganas' memang sesuailah kalau pegang watak gengster, atau lelaki ganas. Gaya cakap dia yang nampak kasar dalam setiap lakonannya  membuatkan aku bertanggapan dia berjiwa rock yang mana di dalam hatinya ada taman.

Tapi, bila aku dengar single pertama dia ni... aku terdiam, tergamam dan keliru. Cengitulah lebih kurang. Korang boleh bayangkan tak kalau Awie atau Hazama, tetiba buat album baru tukar konsep muzik kepada muzik ala-ala muzik lagu Justin Biber masa awal-awal kemunculan dia. Bukan Justin Biber sekarang yer. Lagu album terbaru Justin Biber bagi aku rentak muziknya sudah berbeza sesuai dengan umur dia sekarang. So, macam tulah aku membayangkan untuk lagu ini. Suara Amran Ismail ni memang berbeza sangat semasa dia menyanyi dan bercakap. Aku terbayang ibarat Awie tetiba buat album baru dengan konsep muzik Justin Biber. Serius, itulah yang aku fikrikan masa dengar dan tengok video klip untuk lagu ni.

Apa yang aku dapat nilai dari rentak muzik, tema lirik dan konsep lagu ni dia ala-ala macam muzik Justin Biber masa awal kemunculannya dulu. Tapi bagi aku muzik tu sesuai dengan Justin Bibier sebab usianya yang masih muda. Tapi, untuk muzik sebegitu dinyanyikan oleh penyanyi yang lebih kurang sebaya aku yang dah nak masuk 27 tahun tu, bagi aku agak janggal. Di sebabkan Amran Ismail ni verylah the macho yang sering menjadi rebutan gadis-gadis dan hadek-hedek (Terbabas jugak hakak2) gitu, macam tak kena dengan konsep rentak lagu sebegini. Mungkin ini eksperimen pertama Amran. Hope, single kedua nanti kalau ada, boleh pilih konsep muzik yang kena dengan gaya dan jiwa. Mungkin Amran suka muzik begini, jadi tak salah dia mencuba.

Satu percubaan yang bagus dari pelakon kepada penyanyi. Sebab dah banyak penyanyi jadi pelakon kan? So, di harap single pertama Amaran ni boleh diterima oleh para pengemar muzik tanahair terutama peminat-peminat beliau. Nak tahu lagu dan videonya macam mana? Tontonlah video ini;





Mantap