Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 19 Januari 2013

Dress Barbie Doll yang sangat Chantek!

Dah macam tak ada benda nak di-updated kan? Hahaha.... bukan apa, masa aku duk leka mengGoogle tetiba ternampak satu picture ni yang telah menangkap minat aku untuk berkongsi apa yang aku nak kongsikan ni. Bila aku Google kat Google Image, makanya, berlambaklah koleksi dress atau gaun Barbie Doll yang cukup chantek dan menarik kebaboom uols... letops keh... walaupun gambo-gambo tu semua dah lama kat Google, tapi ada aku kisah? Tetap nak buat posting tentang dress/gaun barbie yang telah membuat aku tertegun...


Yang kat atas tu yang pertama. Wahh... warna merah hati dengan rambut barbie yang warna hitam tu memang elegent dan mewah habis. Letup keh... walaupun design ala-ala duyung ni udah lama berlalu. Tapi, Wulan kat Maharaja Lawak Mega 2012 Final tetap pakai baju konsep duyung, mampoo???

Putih itu suci, itulah yang ditampilkan pada rekaan ini. Suka tengok messy reben kat pinggang tu dan messy kain lipatan kipas labuh di bahagian bawah. Nampak sangat cantik di sebalik keseksian. Tema design dia sama aje macam gambar pertama tadi.

GOLD!!! Mahkan hati Mak Jemah kalau tengok baju ni sebab dia tak boleh pakai masa slot Evening Dress Miss Universe 2013 nanti sebab lemak diperut terlebih. Acane tuh? Suka kembangan kain di bahagian belakang tu. Kalau jalan, mesti nampak mewah dari jauh... sesuai dengan tema Lady Million Paco Rabanne... eh, betul ke ejaan aku tu... #Pitam

Dress kat atas ni walaupun old fashon, dan simple, tapi tetap meletop uols... nampak comel pada si pemakai. Kekadang aku terfikir, macam mana depa jahit baju untuk barbie yang comel-comel ni? Ada jual mesin jahit yang kecik ke? Mesin jahit yang besar tu pun senget benget menjahit. Inikan pulak mesin jahit kecil. Terfikir-fikir juga aku kadangkala.

Seperti biasa, kalau Barbie pakai baju pengantin tetap meletop uols.. walaupun simple, aku suka design kat atas ni.. melerrrrrrtop sangat! Hehehe...

Biru laut dan biru nila, wahhh.. gaun ni walaupun simple tak ada manik dan batu batan, kobinasi dua tona biru yang berbeza menampakan baju ni sangat eksklusif dan menarik. Helaian ala-ala selendang di bahu tu memang menampakkan ciri-ciri seorang gadis sopan di sebalik keseksian.. eh, istilah apakah itu?

Kalau tema Hijau dan Emas ni memang tema DCT sangat. Maklumkan perempuan tu kan suka warna hijau. Ni, kalau DCT masih belum bertudung, aku garenti, dia akan design baju cengini untuk konsert dia akan datang. Wahhh.. memandangkan perempuan tu dah bertudung, lupakan sahaja hasrat yer? Nanti dikatakan mangsa fesyen plak.. cukuplah revolusi tudung nampak jambul dia sebelum ni timbul macam-macam spikulasi. Hehehe... Apa-apa pun tahniah atas perubahan pada diri DCT...

Wanita Sinis Di Sebalik Longgokan High Heel, sesuai tak tajuk tu dengan gambar di atas? Hahaha... walaupun design nya simple, tapi aku suka add on (wah dah macam makan kat KFC plak nak add on bagai) warna purple kat belakang tu, meriah keh, very the diva sangat!

So, itulah 8 design pertama yang telah menarik mataku dan hatiku untuk menyukainya. Hope apa yang aku kongsikan ni adalah menariknya, walaupun, macam dah tak de benda nak di post... apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi menjengah blog aku yang sepi ini hehehe...




Mantap