Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 21 Januari 2013

Novel Pilihan: JANGAN BACA NOVEL INI





Ulasanku:

Dalam kesibukan menyiapkan skrip, tetap punya waktu untuk membaca novel. Ha... novel kali ni, satu yang sedikit berbeza dari segala hal. Dari covernya, jenis tulisan dan tataletak setiap muka suratnya. Ini kali pertama aku membaca karya penulis novel ini. Aku tertarik dengan novel ni sebab.. covernya yang simple dan.. tiada bunga-bunga, tulisan sambung-sambung, gambar pompuan cantik dan lelaki handsome atau gambar objek-objek yang simbolik. Hanya sekadar hitam dan merah.

Pada yang obses pada novel cinta, novel ni maybe tak akan membawa anda ke alam mengasyikan yang melibatkan si dara dan teruna atau si duda dan janda dalam mengejar cinta sejati dan hidup romantika de amor di dalam rumah dan bilik tidur. Novel ni kisah seorang angota polis bernama munir yang keras hati dan tak percaya pada hantu. Klise tak??? Klise kan? Tapi nanti dulu, jangan terus judge buku yang simple ni. Baca dulu okey? Aku takkan ceritakan perjalanan cerita novel ni macam mana, cumanya masa baca buku ni ada part yang mana kalau aku baca di malam hari akan terasa jugaklah 'seoalah' suasana yang penulis ceritakan menerjah ke suasana hidup aku. Ha??? Acane tu? Tak faham mek... #Rebah di pusara jap.

Sinopsis di belakang novel ni pun berbau sinis dan sindiran yang cukup menusuk hati pada yang cepat sesentap gitu. Ini sinopsis kulit novelnya...


Kalau asyik baca novel cinta saja pun kadang-kadang bosan juga kan? Try novel ni. Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman. Sebab ada kemungkinan anda akan merasa aneh dan berhalusinasi benda yang bukan-bukan.

Novel ini bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan menguatkan jantung. Sebab semakin jauh anda membaca. Otak anda akan semakin ligat berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar. Tak percaya? Cubalah.

Bab-bab awal boleh tahan ngantuk gaklah. Tapi kalau korang tak baca page 1 mustahil akan faham cerita page 200. So, kenalah baca. Apa perasaan anda bila kita baca sebuah novel tu, mengisahkan atau menceritakan apa yang sudah, semasa dan akan kita alami??? Ngeri tak? Apa perasaan anda andai nama-nama watak dan jalan cerita dalam novel yang kita baca tu, sebijik sejibon macam cerita hidup kita sedangkan novel tu tak ada kena mengena dengan hidup kita. Itulah konsep yang cuba penulis tampilkan.

Novel ni tak tebal. Tulisan dia pun besar-besar. Guna kertas kuning tebal tu. Tapi harganya, agak mahallah. Macam tak kena dengan jumlah muka surat dan jenis font. Tapi, untuk menyokong penulis yang aku rasa menerbitkan bukunya sendiri, aku tetap beli kerana isinya dan bukan kerana harga. Dan tak menyesal beli untuk novel ni. Sebab jalan ceritanya kena dengan jiwa aku.

Okey, HJ a.k.a aku nak maklumkan di sini. Novel yang tak diulas oleh aku bukanlah tidak bermakna tak menarik atau tak best. Atau tidak bermakna aku tak beli novel yang ada. Beli, cuma apa yang aku ulas tu, bermakna novel yang bagi aku unik dan lain dari yang lain. Bagi akulah, bagi korang tak tahulah kan? Novel ni susah nak dapat. Aku jumpa pun kat Popular Summit Parade Batu Pahat. Popular yang sepi tiada pengunjung walaupun cuti umum. Kat situ banyak stok novel lama tak habis jual. Malangnya novel sendiri tak ada kat sana. Acane? Hehehe... So,bagi aku novel ni syok aku baca di kala malam hari dari jam 12 - 3 pagi... ayok!




Mantap