Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 1 Januari 2013

Zapin On The Floor


WAHHH, orang duk update posting analisa 2012, kenangan pahit dan manis 2012, antologi 2012, kira stok novel sepanjang 2012, aku aje update pasal video yang masih baru dan panas di YouTube ketika ini. Video apakah? Tak baca tajuk kah? Hehehe...

Vedio ni aku tertoton melalui Facebook rakan ku Pojiepooh semalam. Bila tengok best pulak tarian unik ala-ala versi remix gitu. Teringat balik masa study kat UTHM dulu, buat show kat Batu Pahat Mall, lagu zapin yang aku remixkan dengan lagu Rosalinda nyanyian Thalia. Letup tak? Malangnya video masa persembahan tu yelek (hilang) sebelum sempat ditonton gara-gara cameraman punya kecuaian... sedih sangat.

Maklumat video seperti yang tertera di YouTube mengenai video ini adalah seperti berikut:

Published on 30 Dec 2012
~ Sanggar Budaya Sri Pengkalan Segamat
~ Panggung Bandaraya
~ 28 - 29 Disember 2012

Video telah di upload oleh Yayasan Negeri Johor. Malangnya kualiti video macam rakaman dari smart phone aje. Dengan bunyi sorakan penonton yang macam kat kelab malam. kalau ada rakaman versi kamera berkualiti tinggi HD dari pihak penganjur kan best. Pasti view lagi menarik. Tak adalah ada Ipad, kamera dan macam-macam jenis bentuk kepala dan nada suara terlihat dan terdengar. Ada dua video yang berlainan view, korang boleh tengok yang mana korang suka okey? Apa-apa pun aku memang suka zapin... ewah!

Nak tahu kenapa aku letak tajuk posting kali ni Zapin On The Floor? Tengok dan dengar video di bawah. Mampooo ko? Berzapin lagu JLo??? JLo menari zapin pun tak pandai tau?








Orange Bowl Rose Parade Taylor Swift Kathy Griffin Chick Fil A Fiscal cliff Rose Bowl Dick Clark Jenny McCarthy Auld Lang Syne Kim Kardashian Hillary Clinton Ned Rocknroll

Mantap