Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 17 Februari 2013

Berkesankah White Light?

Baru-baru ni aku adalah beli satu produk pemutih gigi ni. Kekonon aku nak merasa keputihan gigi yang sebenarlah katanya. Yang peliknya tu, produk ni ada dua kategori harga yang berbeza. Harga paling murah boleh dimiliki 30 hengget. Harga paling mahal 60 hengget. Aku pun mencubalah produk ni, yang aku tengok kat testimonialnya, tak ada pun testimonial dari pengguna Malaysia. Tapi testimonial entah dari mana zaman tok kaduk punya kut di tempeknya. Ada jugaklah yang commnet kat FB si penjual produk ni, gigi mereka nampak putih. Tapi, kenapa aku guna tak putih? Dah dua kali beli sama aje. Beli yang murah tak berkesan, yang mahal pun tak berkesan. Apakah? Aku kekadang rasa macam orang bangang pakai produk ni. Duk tahan kat mulut macam bayi isap puting. Selepas 10-15 minit, buka. Bila tengok tak pun putih. So, produk ni auta aje ke? Walaupun dah guna dekat sebulan? Kat situ tulis gigi nampak putih selepas 10 minit pemakaian atau paling lama seminggu... Hareeeemmmmmm uols!

Semakin hari aku tengok semakin bayak pulak orang yang jual produk ni kat FB dan laman web. Siap ada yang nak cari pemborong bagai tu. Kalau dia jual RM 30 dah termasuk kos poslaju. Berapa harga produk ni sebenarnya? Kata produk ni buatan USA, takkan kalau beli harga borong dapat harga satu RM10? Kalau di convert ke dollar, takkan harga benda alah ni kat US $3.23??? Gila murahannya... harga ubat gigi pun lebih mahal keh. So, agak-agal leh caye tak produk ni dari US? Pastu produk tu bila aku bukak, dia punya gel tu dah meleleh kat tepi. Nak tukar dah tak boleh dah... macam barangan buatan China aje aku tengok.

Selain isi gel tu dah meleleh keluar yang mana dah mengurangkan kuantiti gel entah apa-apa rasa macam ubat gigi tu. Dia punya risalah dan lebel produk ni macan print guna pinter dah nak habis ink. Kabur!!! Macam orang scan, and print balik. SAH!!! Produk tiruan. Takkanlah produk US boleh dapat harga borang sampai RM10 seketul?? Takder duti eksport ke apa?

Yang ada tu siap buat kenyataan, "Jangan terpedaya dengan yang mahal itu original yang murah itu tiruan" ~ kalau konsepnya yang mahal aku guna yang murah pun aku guna tak berkesan, apa kekdahnya tu ceq jah? Sah-sah dua-dua pun tiruan. Dan dalam web dia orang yang jual pun tak ada gambar sebenar yang membuktikan produk pemutih gigi yang dia orang jual tu original ke tidak. Takde gambar yang menunjukan produk mereka original yang dibandingkan dengan yang tiruan.

Melambak testimonial dari pengguna Malaysia, tapi sekeping gambar pun tak der. Sesiapa pun boleh buat akaun FB palsu dan menyamar sebagai pelanggannya dan buat testimonial yang produk jualannya berkesan. Merepeklah uols. Kesian mulut aku ni duk tahan gel tu dalam mulut. Nak telan air liur tak boleh sebab amaran dia kata kalau tertelan gel tu cepat-cepat kumur. Gegeh iols lap pakai tisu, air liur iols yang menjejeh kat bibir iols... kekdahnya iols pakai produk ni, dalam keadaan baring terlentang menghadap ke langit. Supaya air liur iols boleh terus mengalir ke kerongkong. Keji kan? Dalam kenyataan boleh pakai dalam keadaan santai bagai. Wal hal nak mengawal lelehan air liur kita tu satu hal. Dah sah2 gel tu berangin ala-ala ubat gigit, semakin mengalir deraslah air liur kita tu kan?

So, kekdahnya, bila kita bagi comment tak berbesan kat si penjual, jawapan skema jawapan UPSR dia orang bagi. Jawapannya ada kat sebelah tu ha. Pembaziran sungguh. So, aku pun memggunakan produk yang aku yakin berkesanlah jugak walaupun lambat, tapi tak derlah sampai nak beli 10 kali baru berkesan. Bayangkan harga 60 hengget kena buat 10 treatment baru berkesan. Cuba kali, tak ke RM600 hengget? Baik uols pergi jumpa doktor gigi, suruh dia orang putihkan. RM600 tu, cukup rasanya. Cepat dan pantas.

So, kekdahnya, sekarang aku guna jenama Pearl Drops... ada jual kat farmasi dan Watson. So, kalau dah dijual kat Watson, surelah yakin dan terjamin produk tu tidak tiruan. Apasal produk ni tak ada jual kat Watson? Siapa nak jawab tu Mak jemah? So, Bila pakai jenama Pearl Drops tu barulah aku lega siiiiiikit! Sebab nampak ada perbezaannya walaupun tak banyak dalam tempoh 3 minggu.

So, kepada sesiapa yang pernah pakai produk ni, dan anda merasakan gigi anda nampak putih, jangan terpedaya uols, aku ni bukan nak sabotaj atau dengki dengan peniaga yang jual produk ni. Cumanya, tak berkean untuk aku walaupun yang mahal dan yang paling murah aku guna. So, kalau uols yang pakai tu ada rasa macam perubahan tu, sebenarnya tu imaginasi uols aje. Supaya uols tak kecewa dan rasa tertipu supaya otak boleh terima kenyataan. Imaginasi anda menghantar data palsu melalui mata supaya anda tidak kecewa.

Aku pun malas nak show off (Upload gambar) gigi aku sebelum dan selepas yg memang tak ada kesan dan perubahan. Mesti ada yang caci maki aku kata tak ada bukti nak kata tak berkesan. Kalau uols pakai berkesan plz upload gambar gigi anda sebelum dan selepas tanpa ada sentuhan photoshop atau buat-buat tak tahu guna photoshop okey? So, aku nasihatkan kaji sesuatu produk tu sebelum beli dan jadikan kes aku ni sebagai salah satu kajian anda.. Sekian, terima kasih.


Mantap