Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 18 Februari 2013

Novel MELAYU ke, novel INGGERIS?


Satu keluhan yang diambil dari Facebook:

"Wahai Penulis2 novel yang dihormati, izinkan saya menulis karangan yang panjang sikit , saya terpanggil untuk meluahkan isihati beberapa org yang bergelar teman, Mengapakah sekarang ini terlalu banyak novel yang mengunakan bahasa Inggeris dalam penulisannya? Adakah kerana hendak memperjuangkan bahasa lain selain dari bahasa ibunda or hanya sekadar syok sendiri or takde feel bila menulis dalam bahasa ibunda ? Bila saya menilai apa yang dluahkan oleh mereka ni, dan saya membaca novel2 masa kini, memang betul apa yang mereka luahkan, pergunaan bahasa Inggeris yang banyak dalam sesebuah novel ini sekarang semakin berleluasa, maybe untuk sesetengah org takde masalah , memang memahaminya, akan tetapi cuba selami hati insan lain terutama penduduk di luar KL @ Selangor, yang tidak terdedah dengan penggunaan bahasa inggeris dalam percakapan harian, yang tidak mampu untuk menjejakkan kaki ke menara gading yang boleh mempertingkatkan bahasa inggeris mereka. Yang hanya mengertahui perkataan I , YOU ,YES, NO, THANK YOU sahaja. Ada yang meluahkan “ Kak Iman , saya tak boleh baca novel ni, saya asyik lompat sahaja sbb terlalu banyak mengunakan bahasa Inggeris, buat hilang mood sahaja”, 
 
Ada seorang lagi yang tidak lekang untuk mencari makna sesuatu perkataan itu di dalam kamus hingga membantutkan pembacaannya. Bila saya membaca luahan hati mereka, saya terdiam dan hanya mampu senyum, sbb saya tak tahu apa yang ada dihati penulis, so saya takleh komen lebih2. . Wahai penulis2 yang budiman, cuba luahkan apa yang anda inginkan dengan mengetengahkan begitu banyak pergunaan bahasa Inggeris dalam sesebuah novel melayu? Adakah untuk meningkatkan ilmu semua pembaca supaya mengunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka? Atau sekadar untuk memberitahu bahawa English saya ni POWER?  

Pada pendapat saya , boleh, tetapi kena ada hadnya, jangan lah meng”English”kan isi novel melayu anda terlalu banyak, saya perhatikan ada juga tajuk novel melayu ini mengunakan bahasa Inggeris? Kenapa? Agaknya tajuk tul lebih glamour kot? CER CITER CER CITER apa yang u all inginkan? Biar tandatanya para pembaca yang musykil itu terjawap. Cuba cuba cuba pikirkan sikit ya.. Bukan semua pembeli novel2 ni tinggal di KL/ Selangor,ada yang tinggal di luarbandar, hanya berkelulusan SPM dan hanya menjaga makan minum suami dan anak2 jer, terpaksa meminta ihsan dari suami setiap bulan untuk membeli sebuah dua novel tetapi bila baca novel tu terlompat2 macam katak, tak paham sesetengah cerita. Saya juga terpikir, bukan semua insan di Malaysia ini bernasib baik seperti saya, yang terdedah dengan percakapan mengunakan Bahasa Malaysia , English , Mandarin , Hokkien , Kantonis dari kecil lagi. Yang bercampur gaul dengan semua kaum dari umur 6 tahun lagi. Mungkin saya paham apa yang ditulis dalam novel u all, tetapi bagaimana dengan “MEREKA”? Cer pikir , cer piker , cer piker. Hanya anda yang mampu jawap."


Pendapat penulis:

Bagi HJ,isi kandungan novel yang dicampur dengan ayat bahas Inggeris ni dah lama ada. Terutama novel dari penulis yang memang ada trademark gaya penulisan yang begini. So, ada pengikutnya sendiri dan sudah pasti pengikutnya tidak kisah dan menyokong gaya penulisan penulis yang ada trademark begini. Jadi, penulis rasa 'selamat' sebab ada pengikut karyanya sendiri. Tapi tanpa sedar manusia ini semakin hari semakin dewasa. Yang Kanak-kanak akan jadi remaja. Yang remaja akan jadi dewasa. Yang dewasa bakalan menjadi berusia. Jadi penulis juga perlu fikir yang karya kita yang lama-lama itu juga mungkin akan di cari oleh golongan muda alaf baru dan yang telah di maksudkan dalam luahan rasa di atas.

Macam mana nak cakap ek? HJ pun macam tak berapa nk pandai susun ayat yang sesuai walaupun HJ ni seorang novelis. Tapi HJ akui dalam karya penulisan HJ memang banyak kekurangannya dan sentiasa membaik pulih dan buat yang lebih baik untuk karya yang akan datang. Sejujurnya HJ pun ada memasukan ayat Inggeris di dalam novel HJ. Tapi, buat masa ni sekadar beberapa potong ayat. Itu pun di dalam dialog. Di dalam ayat neratif memang tak ada. Selain perkataan Inggeris yang memang tak ada maksud dalam Bahasa Melayu atau kata nama khas. Cuma kadang-kadang terlepas taip memasukan pendrive di dalam slot USB, sedangkan selalu guna 'pemacu data elektronik' untuk pendrive itu. 

Apa yang HJ boleh cakap, terkadang gaya bahasa percakapan seharian akan 'terlepas masuk' ke dalam novel kita. Itu realitinyalah. Di dalam luahan rasa di atas ada beberapa persoalan penulis bangkitkan, di sini HJ cuba jawab dari pandangan HJ sendiri. Tapi, kalau ada salah dan silapnya, HJ awal-awal ni minta maaf. Ini sekadar pandangan HJ sahaja mengenai isu ini.

----------------------------------


SOALAN 1
Mengapakah sekarang ini terlalu banyak novel yang mengunakan bahasa Inggeris dalam penulisannya? Adakah kerana hendak memperjuangkan bahasa lain selain dari bahasa ibunda or hanya sekadar syok sendiri or takde feel bila menulis dalam bahasa ibunda ?

JAWAPAN HJ:
Bergantung kepada sesebuah jalan cerita itu. Andai ada watak orang asing mungkin terasa janggallah andai dialog berbahasa Melayu, kecuali penulis nyatakan dialog itu sebenarnya berbahasa Inggeris tapi penulis dah ubah ke bahasa Melayu. Ala-ala alih bahasa gitulah. Tapi, mungkin cara begitu akan mengurangkan sedikit fiil watak dan perwatakan untuk mereka yang HEBAT dalam bahasa Inggeris berbanding pembaca termasuk HJ sendiri yang tak begitu bagus dalam Bahasa Inggeris.

Tapi, andai di dalam ayat neratif pun, penulis tetap membina ayat dalam Bahasa Inggeris, itu HJ tak pasti apa sebabnya. Mungkin tanggapan penulis luahan hati itu betul? Tapi, syukur alhamdulillah, buat masa ni HJ belum pernah ada karya yang terlalu banyak ayat Inggerisnya terkecuali penggunakan kata ganti nama 'I' dan 'you' dan I love you... hehehe... itu pun sekadar di dialog, untuk ayat neratif bagi HJ tak wajar untuk menggunakan ayat Inggeris sepenuhnya kecuali kata nama khas atau perkataan yang tiada maksud atau belum ada erti dalam Bahasa Melayunya. Bab nak memmartabatkan bahasa asing dan tak ada fiil nak tulsi dalam Melayu tu, HJ tak berapa pasti. Bergantung neluri penulis itu sendiri.

SOALAN 2:
Wahai penulis2 yang budiman, cuba luahkan apa yang anda inginkan dengan mengetengahkan begitu banyak pergunaan bahasa Inggeris dalam sesebuah novel melayu? Adakah untuk meningkatkan ilmu semua pembaca supaya mengunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka? Atau sekadar untuk memberitahu bahawa English saya ni POWER?  

JAWAPAN HJ:
Berkemungkinan penulis merasakan dia lebih yakin ayatnya cantik dalam bahasa Inggeris berbanding menulis dalam bahasa Melayu. Sebab, HJ ada teman yang dia hebat cakap Inggeris, tapi bila cakap Melayu, merangkak-rangkak macam sesetengah rakyat Malaysia berbangsa Cina atau India yang teragak-agak dalam bertutur dalam bahasa Melayu. Tatabahasa tunggang langgang dan sebagainya. Berkemungkinan ada penulis yang sebegitu. Jadi, berlakulah novel bercampur gaul dua bahasa yang berbeza. Mungkin niatnya cuba menarik pembaca Melayu, sebab tiu dia cuba selitkan bahas Melayu dalam novelnya. Tapi tidak semua pembaca Melayu boleh hadam novel yang ada ayat-ayat yang dia tak berepa nak faham.

HJ sendiri ada pengalaman baca novel yang banyak bahasa Inggerisnya. Jujur HJ yang tak berapa hebat dalam bahasa Inggeris ni, terasa lari sedikit mood cerita bila ada dialog bahasa Inggeris yang begitu hebat perkataan dan ayatnya. Banyak pulak tu. Tapi, HJ tak lah abaikan. HJ tetap baca ayat tu, dan diam sejenak, fahamkan dan sambung baca balik. Syukur, walaupun HJ tak berapa hebat Inggeris, HJ tetap boleh faham ayat-ayat ringkas dalam bahasa Inggeris. Jadi, andai rasa lebih yakin dengan ayat bahasa Melayu, tulislah dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Kalau tak sepenuhnya pun, 98% pun tak apa. Gunakan Inggeris bagi HJ boleh, tapi sekadar kat dialog dahlah. Tu pun tak perlu nak banyak sangat kalau watak-wataknya sah-sah dah nama Melayu, anak dato' dah duduk kat US/Landon/Paris bertahun-tahun atau sebagainya.
 
SOALAN 3:
Mungkin saya paham apa yang ditulis dalam novel u all, tetapi bagaimana dengan “MEREKA”?
("MEREKA" merujuk kepada kenyataan di atas)

JAWAPAN HJ:
HJ bersetuju dengan tanggapan penulis luahan hati itu mengenai golongan pembaca yang pelbagai. Di Malaysia ni bahasa Inggeris bukanlan bahasa kebangsaan kita. Tak semua yang bernasib baik seperti HJ dan mungkin penulis hebat di luar sana. HJ sendiri terkadang ingin menulis novel yang terlalu banyak bahasa asing, bimbang  untuk pembaca dari golongan yang dimaksudkan. 

Ya, mungkin ada yang kata. Kalau tak faham tak payahlah beli. Baca aje novel yang sepenuhnya Melayu yang melambak kat pasaran tu. Sebenarnya agak kurang bijak untuk mereka (penulis/pembaca) berfikiran begitu. Tidak adil andai jawapan sebegitu diberikan kepada pembaca sedangkan pembaca itu sudah membeli kerya kita. Di kedai selain MPH, mana boleh bukak dan bacanovel terdahulu sebelum beli, kan? Selain novel yang memang sedia tidak berbungkus dari penerbit. Tapi, ada ke masa nak menelaah setiap helai novel sebelum beli? Tidak, kan? 

Terpulang pada penulis/penerbit itu sendiri sama ada memang menerbitkan sesebuah karya tu hanya untuk golongan tertentu atau memang nak semua pembaca boleh baca. Kalau ada yang cuba menerbitkan sesebuah novel tu untuk golongan tertentu (yang suka baca novel campuran bahasa Inggeris), penerbit mungkin harus letak lebel di depan atau belakang kulit novel tersebut peratus bahasa Melayu dan Inggerisnya di dalam novel itu. Sama halnya untuk novel untuk bacaan dewasa. Jadi, pembaca boleh tengok lebel itu dan terserah pada mereka untuk membelinya atau tidak. Itu cadangan HJ ajelah. Jangan dek dikaburi dan mengejar 'bestseller' tidak terpandang apakesan negetif dari isi kulitnya.

-------------------------------

Apa-apa pun, segala kebaikan dan perubahan itu haruslah bermula dari diri sendiri dulu. Andai ada yang berubah dan ingin berubah, inshaaALLAH, akan ada perubahan dari masa ke semasa.Yang penting niat kita sebenarnya untuk sesuatu perkara itu. Mustahil kita buat sesuatu perkara tanpa tujuan, betul tak? Kalau niat kita baik, inshaaALLAH baik kesannya. Cuma terkadang, kita perlu fikirkan orang lain dari memikirkan tentang kepuasan dan kehendak hati. Maaf andai ada luahan rasa, pendapat atau cadangan HJ yang macam tak kena dengan topik. Sekian, terima kasih.


Mantap