Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 12 Februari 2013

Terkadang berdiam itu lebih baik...


HIDUP di atas muka bumi ni, bukannya duduk seorang diri. Kita dikelilingi dengan pelbagai makhluk pelbagai sepisis termasuk sepisis kita sendiri ~ mukadimah yang macam tak menarik pulak. Hahaha... setiap manusia ada hati dan perasaan. Ada jiwa dan rasa. Jadi sebagai manusia memang susah nak menjaga hati semua manusia yang ada di sekeliling kita.

Kita tak ada hak untuk memaksa orang suka kita. Kita juga tak ada hak untuk memaksa orang benci kita. Setiap manusia juga punya hak untuk membenci sesiapa sahaja yang mereka suka. Atas sebab-sebab tertentu atau tanpa sebab. Jadi, untuk menjaga hati semua orang memang susahlah.

Haaa... itu intipati tajuk posting aku kali ni. Walaupun mungkin ada yang tak setuju dengan tajuk posting ini, aku tetap jua menulis. Untuk memotivasikan diri aku sendiri ~ ini pointnya. Dan tak mengharap untuk dijadikan sebagai motivasi kepada orang lain. Tapi jika ada yang terkesan, mohon maaf ya?

'Berdiam' yang aku cuba kaitkan ini tidak ada kaitan dengan 'bagai menegakkan benang yang basah' atau 'berputus asa sebelum berjuang'. Tiada kaitan untuk menegakkan kebenaran atau cuba melarikan diri dari kesalahan. Tapi, aku nak kaitkan tetang keterbukaan kita berbicara dan meninggalkan perkataan kepada umum dan seseorang. Emmm... macam pening pulak ayat tu, kan? Tak apa, lama-lama mesti faham.


Pernah dengar tak peribahasa "Sebab mulut badan binasa"? Pasti kalian pernah dengar, bukan? Yang terbaru, yang aku rasa sesuai di zaman serba moden ni, "Sebab jemari, badan binasa", sejajar dengan arus moden yang semakin canggih bila internet jalur lebar semakin meleluasa. Terutama Facebook, blog dan lain-lain. Kerana di Facebook, blog dan lain-lain tu, kita tidak dapat berbicara, hanya mampu meluahkan bicara melalui huruf menjadi perkataan dan menjadi ayat pendek atau panjang. Medium inilah yang semakin popular di zaman era ini. Manusia boleh sebar apa-apa cerita yang betul atau tidak dalam beberapa saat sahaja. Hanya di hujung jari!

Jadi... 'Berdiam' dalam tajuk posting aku kali ni, tidak tertakhluk pada 'berdiam' pada kotak suara. Ia termasuk berdiam dari mengeluarkan kenyataan secara elektronik dalam bentuk gambar, huruf, perkataan, visual dan audio melalui laman sosial dan blogger. So, harapnya tak ada yang tersalah erti apa yang aku cuba maksudkan dalam perkataan 'berdiam' dalam tajuk posting aku kali ni.

Sekarang ni, orang suara tak sedap, bisu, atau sengau pun boleh lantang meluahkan rasa dan pendapat serta mendapat maklum balas pantas dari teman-temannya. Walaupun teman-temannya itu tidak pernah berjumpa secara bersemuka secara terbuka. Itulah kuasa laman sosial dan blogger. Tidak ketinggalan forum-forum terkenal di laman sesawang yang terpilih.

Jadi, 'berdiam' dalam tajuk posting kali ini, aku akan menjurus atau menfokus pada bicara dengan huruf, perkataan dan ayat di laman sosial dan laman-laman web seangkatan dengannya. Bergosip dengan gaya 'mesyuarat tingkap' dah klise zaman sekarang ni. Sekarang, orang akan bergossip hanya menghadap lappy aje. Sanggup duduk menghadap laptop/komputer dari pagi sampai ke malam semata-mata tak nak ketinggalan bergossip/berbicara/meluahkan rasa kepada teman-teman alam maya di forum dan grup.


Terkadang kita akan teruja bila ada penyokong dalam setiap kenyataan atau luahan rasa yang kita luahkan di laman sosial itu. Bila dah ada penyokong, kita pun apa lagi semakin bersemangatlah nak meluahkan rasa dan pendapat di laman sosial kita. Aku dah melalui situasi itu. Awal-awal tahu guna Facebook, memang terlalu gahirah sampaikan tak ingat nak makan dan minum. Sibuk berkomen-komen dan meluahkan rasa dan pendapat di laman sosial. Itu aku akui pernah lalui situasi itu. Aku takkan menafikannya. Mungkin ini dinamakan kadak dan kadar aku. Tak boleh cakap hukum karma, nanti ada yang berhujah, haram mempercayai hukum karma. Itu kepercayaan agama lain. Ya, aku tak nafikan dan tak nak mempertikai isu itu. Sensitif sikit. Sebab, aku pun bukan bijak pandai agama. Jadi, aku tak berani hendak meletakan/menjatuhkan hukum untuk sesuatu perkara aku tak arif.

Dulu akau pernah teruja meluahkan pendapat/rasa di wall Facebook aku. Masa tu masih belum berapa nak berfikiran matang, kan? Mana yang aku rasa okey, aku puji. Mana yang rasa tak okey, aku komen negatif. Sebab masa tu aku tak fikir kesan di masa akan datang. Selepas beberapa tahun, bila hal negatif pasal aku semakin menular hasil 'cakap-cakap' belakang  dari manusia yang aku rapat di alam maya ni, masa tu baru aku sedar kesilapan aku di masa lalu dan aku redha dan ikhlas menerima semua ini sebagai kadak dan kadar aku.

Kadangkala, kalau kita tak suka seseorang tu, kita akan sedaya upaya cari kesalahannya dan sebarkan kepada semua orang. Luahkan di wall Facebbok atau blog dengan tidak menyebut nama orang yang kita benci itu. Setiap hari akan cuba cari kesalahannya dan mengumpul 'puak' untuk membenci manusia yang kita tak suka tu. Istilah yang lebih tepat, manusia tak lari dari perasaan iri dan hasrat dengki. Walaupun tak banyak, sikit itu pasti ada.


TALAM DUA MUKA. Tapi kat atas ni macam talam 3 muka pulak hahaha... realiti yang perlu kita terima manusia yang macam ni memang ada. Janganlah terlalu mempercayai seseorang itu 100%. Baru kenal di alam maya, berkomen-komen, bagai sudah berkawan 10 tahun. Kenyataan itu pernah ada yang luahkan. Tapi, hati dan isi kulit dia kita takkan tahu selagi kita tak jumpa. Kawan yang dah kenal berpuluh tahun pun boleh tikam dari belakang inikan pulak yang hanya kenal di laman sosial tanpa bertemu. Memamng tidak wajar untuk mempercayai 100%.

Hati-hati dengan manusia talam bermuka-muka. Kerana manusia beginilah punca sesuatu kebencian itu tercetus. Berselindung disebalik kebaikan diri. Hakikatnya? Mengutuk di belakang kita hal-hal yang pernah kita kongsikan dengan dia.


Sejak beberapa tahun kebelakang ni, aku juga semakin jarang untuk aktif di laman sosial dan blog. Kenapa? Sebab hal beginilah. Semakin banyak kita bercerita/membebel/komen di laman sosial tak kiralah blog ke, page ke, group ke, sebenarnya akan menambah orang meluat dan membenci kita. Yang menyokong pun biasanya orang yang sama. So, jangan ingat, dengan meluahkan rasa hati kita di laman sosial tu, kita rasa kita hebat. Bila ada yang seokong komen/luahan kita tu, semakin berkobar-kobar semangat sedangkan yang menyokong tu biasanya orang yang sama aje.

Jangan disebabkan sikap keterbukaan kita dalam melontar rasa hati dan pendapat kita, orang semakin membenci kita. Ya, betul, ramai orang yang kata, kalau tak boleh kena kutuk, baik duk surau. Tapi, bila situasi yang sama, berlaku pada diri kita, bila ada yang kutuk/kita tahu pulak kita terasa hati, sentap, siap nak delete akaun Facebook bagai. Samalah halnya apa yang orang yang kita komen tu rasa.

Hentam dengan ayat berhemah dan hentam dengan ayat kurang ajar. Dua cara yang berbeza, dua cara yang meninggalkan kesan yang berbeza. Tapi, kalau dah suka seseorang tu, contohnya artis, memang akan puji melambung tinggi. Kalau ada yang kutuk, memang naik anginlah. Lumrah hidup tu namanya. Biasalah kan, dalam dunia ada yang suka kita dan ada yang membenci kita. Kadang-kadang disebabkan kekurangan seseorang tu pun, boleh buat kita benci pada dia, betul tak? Dah macam kita ni super perfect pulak.

Aku sepi di laman sosial dan lain-lain, bukan sebab kekwat atau sombong. Selain busy dengan kerier, aku sengaja sibukan diri dari terus teruja meluahkan rasa di laman sosial secata 'terang-terangan'. Kalau aku online pun, sekadar nak check inbox/email/dan bayar hutang melalui online banking. Lain, memang jaranglah...

Apa yang aku pasti, setiap ayat yang kita tinggalkan di laman sosial dan laman-laman yang sekangkatan dengannya akan meninggalkan kesan pada sesetengah orang. Kata orang, dosa orang yang berkecil hati itu lebih besar dari orang yang mengecilkan hati. Benarkah? Itu aku tak pasti. Dari apa yang aku baca di satu blog ni, andai kita berkecil hati dengan teguran atau hentaman seseorang itu samalah kita tak redha dengan peringatan dari ALLAH. Kerana peringatan itu adalah dari ALLAH cuma disampaikan melalui hambaNYA yang lain. Lebih kurang macam tulah. Boleh rujuk di sini. Untuk kesahihannya itu kau orang rujuklah pada yang pakar ya?

Mungkin bagi diri aku, kalau aku dikutuk ke apa, kesannya taklah mendalam sangat. Pastu taklah lama sangat. Lebih kepada rasa sedih aje. Cumanya, kalau ada yang memeprtikai kelemahan, kekurangan diri aku tu aje aku mungkin terasa hati sikit. Sebab kekurangan aku ni jugak hasil pemberian Yang Maha ESA. Apakah layak dihentam atas kekurangan yang diberikanNYA? Waulahualam...

So, aku kini lebih mengambil sikap berdiam diri sahaja dari terlalu obses membecokan diri di mana-mana laman sosial dan blog. Ringan tangan nak komen orang. Semakin banyak kita bicara (sama ada dari tutur kata atau perkataan) semakin banyak orang benci kita. Kalau tak suka sesuatu tu, lebih baik simpan dalam diri aje, kecuali kalau betul-betul sesuatu hal yang melibatkan syariah yang perlu dibetulkan. Kalau hal-hal kecil tu, tak perlulah nak kata tak best ke, nak menarik ke, tak tertarik ke, kalau tertarik pun diam kan, kalau tak terarik pun diamkan. Terutama yang melibatkan keikhlasan seseorang.

Kalau orang nak beri makanan kat anda, takkan kau orang nak tolak sebab makanan yang diberi tu bukan makanan kegemaran anda. Pasti kau orang akan terima juga dan bagi pada orang yang suka makan. Nak luahkan ras atak suka pun dalam hati dahlah. Tak perlu terbuka sangat. Kan tangan yang menerima itu lebih baik dari memberi. Kalau tak sudi, tak perlu nak buang makanan tu di hadapannya. Apakah kita bangga kerana membuat orang terasa hati? Tidak bukan? Kalau terkena pada batang hidung sendiri pun, pasti korang akan sentap. Betul tak?

Posting ni tak ada ditujukan kepada sesiapa, tetapi ditujukan untuk diriku sendiri yang terkadang terleser juga. Dosa lindah ni paling bahaya. Kadang-kadang kita tak perasan dah terbuat. Jadi, hati-hati okey? Berdiam diri tidak semestinya tidak setuju atau bersetuju apa yang tak betul. Terkadang berdiam diri tu lebih elok dari mencetus persengketaan di antara manusia dan mencipta puak yang berbeza. 

Sekian, terima kasih.


Mantap