Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 23 Februari 2013

Ulasan Filem: GANGSTER CELUP




Gangster Celop (Malay)

Ex-gangsters Aman and Adam are both determined to change their ways after being released from five years in prison. Their first task is to take care of Suzana, the daughter of Mat Jambu, a gang leader who had once offered them protection.


Classification: P13
Genre: Action / Crime
General Release Date: 21 Feb 2013
Running Time: 1 Hour 20 Minutes
Distributor: Skop Production
Cast: Kamal Adli, Syamsul Yusof, Hanis Zalikha
Director: Ahmad Idham

ULASANKU:

Sebuah cerita komedi yang agak menarik, cuma komedinya bagi aku dah boleh dijangka. Maksudnya, ada komedi yang cuba ditampil sudah dilakonkan dalam filem sebelum ini. Tiada keterujaan untuk menonton filem ini. Tonton pun sebab memang niat nak tengok. Tanpa berfikir berbaloi atau tidak. Selain itu demi menyokong filem Malaysia.

Kalau di tanya bab menyesal tengok ke tak, bagi aku, tak. Sebab masih ada komedi yang boleh buat aku sedikit gelak walaupun tak terbahak-bahak. Seperti yang aku katakan, komedi yang ditampilkan adalah sesuatu yang boleh di agak. Yus Jambu dengan trademark 'English suka hati dia aje' memang selalu dia dah buat sejak zaman dia kat Raja Lawak. Azad tu pulak, pun komedi yang selalu dah dia bawak, cuma di tampilkan balik aje dalam filem ni.

Kamal Adli. Bagi aku dialah pelakon yang tampilkan jenaka nampak sedikit bersahaja tanpa di buat-buat seperti Yus Jambu. Samsul Yusof.... emmm... macam mana nak cakap ya? Gaya dia macho, sedikit maskulin terserlah ciri-ciri kelelakiannya yang begitu menjaga kemachoannya. Bila dia nak berlakon komedi tak berapa nak menjadi di dalam filem ni. Lebih suka lakonan komedi dia dalam 'Aku Bukan Tomboy'. *Tetiba nak tengok Aku Bukan Tomboy plak... acane?*

Perjalanan cerita pasal gangster yang dah insaf? Jadi body guard anak ayahanda, sedikit klise dan masih boleh diterima. Watak si penjual ikan dan Eton anaknya, hanya beberapa babak sahaja. Sangat janggal babak tu. Ibarat babak tu diwujudkan untuk mencipta pasangan bagi Ahmad (Kamal). Sebab watak heroin (anak ayahanda) dah tersangkut pada Adam (Samsul). Dari segi pelakon pula, tiada variasi. Kisah 6 orang tu ajelah seperti di dalam poster. Tapi nak di bandingkan dengan kerat 14, filem ni kira okey kut.... takdelah mengantuk sangat.

Tiada aksi yang suspens, atau yang ganas. Pusing-pusing bergaduh macam tu jugak. Kalau dah pasal Gangster memang tak lari dari along.... tetap ada watak along dalam cerita ni yang dilakonkan oleh Kori. Dari lima bintang aku kasi 2.5 bintanglah yer? Kalau untuk lepaskan bosan bolehlah tengok. Kalau tak nak kerugian, tunggu ajelah orang upload dan anda download aje.. :) Sekian, terima kasih.

Bintang: **1/2

tags: Gangster Celup (2013) PPVrip, Gangster Celup (2013) MKV, Gangster Celup (2013) AVI, Gangster Celup (2013) RMBV, Gangster Celup (2013) Mediafire, Gangster Celup (2013) full download, free download Gangster Celup (2013).

Mantap