Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 14 Februari 2013

Ulsan Filem: KERAT 14

Jumlah Pelawat Ulasan Ini:


SINOPSIS

Kerat 14

Filem misteri dan aksi ini bermula dengan cerita cinta antara Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara ialah satu pasangan yang mencintai satu sama lain walaupun Nuzara tidak selesa dengan aktiviti sosial Haziq. Tiba-tiba, Aril yang tertarik dengan kecantikkan Nuzara apabila ternampak dia di sebuah kelab di Kuala Lumpur muncul. Cerita melompat ke masa depan pada satu tragedi dalam cerita cinta. ASP Razman ialah ketua kumpulan yang menyiasat kes jenayah tersebut. Siapakah pemenang dan siapakah mangsa dalam cerita cinta Haziq dan Nuzara?

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Misteri / Suspens
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: White Merpati Entertainment Sdn Bhd
Pengarah: Arjin Uppal
Pelakon: Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Gous, Ali Arami

------------------------------------------------------------

ULASANKU:

Sebelum tengok filem ni, dan hanya melihat posternya aku menganggap filem ni filem aksi misteri yang penuh debaran. Tapi, sedikit hairan bila tengok lebel untuk filem ini hanya P13. Fikiran aku berubah sedikit dan menganggap aksi di dalam filem ini tidak terlalu ngeri dan remaja berusia 13 tahun ke atas boleh tengok dan 13 tahun ke bawah pun bleh tengok asalkan ada bimbingan dari orang dewasa.

So, aku pun tanpa fikir filem ini bosan dan kuatkan semangat berkobar-kobar yang filem ni ala-ala died hard tu, memulakan tontonan. Awal babak dah muncul pelakon baru yang membawa watak lelaki looser yang memikat perempuan dengan minyak dagu atau minyak pengasih. Sebenarnya aku tak faham apa motif ada babak watak Aril (mangsa kerat 14) tu jumpa bomoh nak minyak dagu dan bomoh tu cakap, kalau salah guna balanya teruk. Aku ingat di hujung cerita hantu dari minyak tu akan menggangu Haziq (Aaron Aziz) atau manusia yang dah bunuh dia. Rupa-rupanya.... aduhyai.... indah tanggapan dari rupa... 

Babak permulaan ala-ala ada babak drama Nora Elena, hanya drama tu je yang berimaginasi dalam kepala aku masa tonotn babak cinta hero dan heroin nak sambut birthday. Agak aneh bila watak Siti Saleha (Zara) yang kononnya tak biasa pergi disko atau kelab malam, tapi berpakaian ala-ala macam selalu ke disko. Kalau dia pakai pakaian yang agak kekampungan sikit mungkin boleh diterima... tapi pakaian seksinya melambangkan dia seolah wanita yang selalu bersosial.

Ada yang pelik bila dompet Zura tetiba aje ada pada Aril. Entah bila masa dia curik pun  tak ditunjukan. Disebabkan dompet dia ada kat Arillah kontoi semuanya. Yang pelik tu, Zura boleh tak kisah keluar tanpa dompet dan IC??? Kat situ macam terlalu komeknya. Tapi aku hadam jugaklah...

Aku sangkakan cerita ni ala-ala aksi pembunuhan kejam untuk membalas dendam. Rupanya, watak Haziq yang digambarkan gangster dan ketua pengedar dadah, terbunuh Aril hanya kerana perempuan. Sebab Aril ni cuba dekati Zura, dia cemburu, bergelut kat dapur, dah terbunuh. Sebab nak buang mayat Aril susah sebab rumah Zura kat tingkat 14 rumah flat, dia pun kerat jadi 14 bahagian supaya senang di buang mayat di dalam plastik sampah tu.

Itu aje motif kerat 14 nya. Aku ingatkan kisah ala-ala pembunuh kejam yang pernah dilakukan oleh pesalah yang dah di hukum gantung tu. Rupanya Kerat 14 ni hanyalah sebuah filem cinta biasa yang divariasikan dengan pembunuhan kejam kerana cemburu. Banyak jalan cerita yang agak janggal jika di lihat. Haziq yang digambarkan ketua gangster, tapi tak ada pun kuncu2nya selain dua orang pelakon tambahan beli dadah dari dia. Pastu, semua kisah dia nak buang mayat tu aje. Dan kisah cinta dia dengan Zura.

Babak bergaduh tak nampak real bila watak seolah sudah bersedia untuk ditumbuk seperti di dalam skrip. Watak Aril masih tak nampak natural lakonannya selain dia terpaksa mempoyokan dirinya supaya nampak natural dalam lakonanya. Punca pembunuhan, cemburu. Itu sahaja....

Katanya Haziq ketua ganster, tapi masa dia kena cekup satu kuncu-kuncunya pun tak datang tolong. Masa babak polis kejar mengejar kat atas jalan raya, ramai yang gelak tengok babak ni. Aku tak tau kenapa. Memang tak berapa nak menjadi aksi kejar mengejar di atas jalan raya. Masa babak kena soal siasat kat balai polis, jalan cerita di hangatkan dengan dialog kasar  Haziq. tetiba hujungnya tetap hero nangis2 sebab heroin. Nangis sebab cinta... jiwang! Tak gangster langsung... mek konfius nok! Cerita apakah ini???

Apa yang boleh aku katakan, Kerat 14 sebuah ceritera cinta agung penuh trajis. Setia Hujung Nyawa sangat bila Haziq kena hukum gantung, Zura kena jail 20 tahun. TAMAT...

Dari 5 bintang aku kasi, 2.5 bintang. Sekian, terima kasih.

 

tags: Kerat 14 Dvdrip mkv, Kerat 14 dvdrip, Kerat 14 PPRip, Kerat 14 avi, Kerat 14 rmbv, download Kerat 14 dvdrip,

Mantap